Browsing Tag

seksaan neraka

gambaran-neraka
Aqidah,

Ini seksaan neraka paling ringan, namun tetap terlampau mengerikan!

Ini seksaan neraka paling ringan, namun tetap terlampau mengerikan!

SEMENTARA sisa usia kita masih berbaki lagi, jangan sesekali lengah mempersiapkan diri dengan amal soleh agar kita beroleh syurga.

Hakikatnya di akhirat nanti, ada dua tempat sahaja yang boleh dituju manusia setelah bangkit daripada mati, sama ada syurga atau neraka.

Sesiapa pun pasti tidak mahu ditempat ke neraka kerana ia terlalu mengerikan sebagaimana yang diceritakan berkali-kali oleh ALLAH SWT dalam kitab suci al-Quran.

Baca juga Anakku, ibu ayahmu adalah penentu syurga dan nerakamu!

Gambaran neraka dalam al-Quran
Firman ALLAH, “Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus-menerus membakar kulit manusia!” (Surah al-Muddassir, ayat 27 hingga 29)

Tambahan pula, penghuni neraka kelak, tidak akan mati walaupun tubuh badan mereka sentiasa dibakar, dicincang, dipotong atau dirosakkan.

Dalam surah al-Furqan, ayat 65 dan 66, firman ALLAH, “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengerikan. Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk.

Baca juga Siapa sangka syurga dan neraka mampu mendoakan kita

Seksaan neraka paling ringan
Selain itu, setiap ahli neraka akan mendapat seksaan berbeza-beza sesuai dengan tingkatan neraka yang dihuni.

Bayangkan, golongan yang mendapat seringan-ringan seksaan di dalam api neraka nanti adalah seorang lelaki yang diberi pakai kasut atau selipar daripada api neraka.

Sebaik sahaja meletakkan kakinya di atas selipar berkenaan, maka akan terbakar dan menggelegak otaknya.

Waktu itu, dia merasakan dialah yang mendapat azab neraka paling pedih, sedangkan itulah seringan-ringan azab di dalam neraka.

Turut disyorkan Selamatkan diri dari azab neraka dengan menjaga lidah dan lisan

Ulama Islam, al-Albani mengatakan dalam Mukhtasar Shahih Muslim, orang yang dihukumkan azab tersebut adalah bapa saudara Rasulullah SAW sendiri, iaitu Abu Talib bin Abdul Muttalib.

Sesungguhnya, tiada manusia yang mampu menahan azab neraka ALLAH SWT. Justeru, bersama-sama kita memanjatkan doa dengan penuh pengharapan supaya ALLAH selamatkan diri dan ahli keluarga kita daripada menjadi bakaran api neraka.

Ibn Mas’ud menyatakan, Rasulullah SAW mengajarkan satu doa. Sabda baginda, “Jika seorang kamu bertasyahud, maka hendaklah dia memohon perlindungan kepada ALLAH daripada empat perkara iaitu “Allahumma inni a’uuzubika min ‘azaabi jahannama, wamin ‘azabil qabr, wamin fitnatil mahya wal mamaaat, wamin syarri fitnatil masih al-Dajjal.”

“Ertinya: Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada-MU dari seksa neraka Jahannam, dari seksa kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari kejahatan fitnah al-Masih Ad-Dajjal).” (Hadis Riwayat Muslim)

Sumber: Detik Hikmah

Foto: Getty Images