Browsing Tag

sebelum

amalan ke mekah
Istimewa Panggilan Baitullah,

Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah

BOLEH dikatakan bahawa rata-rata umat Islam memasang niat untuk menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur hayat mereka.

Tidak menghairankan kerana ibadah itu merupakan pelengkap bagi lima rukun Islam, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadan, mengeluarkan zakat serta melaksanakan haji.

Pun begitu, ibadah haji adalah sedikit berbeza daripada amalan lain kerana ia bukan sahaja memerlukan kesediaan fizikal, tetapi juga memerlukan persiapan harta dan rohani.

Baca juga Wanita tolak panggilan haji, alasan diberi cukup mengharukan

Turut disyorkan Memang perlu ada kemampuan untuk kerjakan haji, tetapi kita tak diwajibkan simpan wang untuk tujuan itu

Atas sebab itu, ALLAH SWT hanya mewajibkan haji ke atas orang yang benar-benar mampu dan bersedia, terutamanya dari segi kewangan dan mental.

Menyentuh tentang persediaan menunaikan haji, dalam kitab Ihya Ulumiddin, Hujjatul Islam Imam al-Ghazali pernah menitipkan beberapa amalan yang boleh dilakukan oleh para jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Baca juga Cabaran umat Islam era pra-merdeka menunaikan ibadah haji.

amalan ke mekah

RATA-rata umat Islam memasang impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Foto: 123RF

Baca juga Bukan sahaja pendosa yang perlu bertaubat, ini yang perlu kita tahu

1. Taubat.
Amalan pertama yang dianjurkan kepada jemaah haji ialah bertaubat kepada ALLAH dengan memohon agar diampunkan segala dosa.

Sebelum berangkat untuk menunaikan haji, jemaah juga seharusnya mengembalikan semua hak orang lain yang pernah diperoleh, seperti membayar hutang, memulangkan barang yang dipinjam, selain memberi nafkah kepada setiap orang di bawah tanggungannya, membawa harta yang halal serta bersedekah.

Turut disyorkan Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga

2. Solat sunat dua rakaat dan doa.
Amalan kedua yang dianjurkan ialah solat dua rakaat ketika hendak keluar rumah untuk berangkat ke Tanah Suci. Tatacaranya adalah seperti solat sunat secara umum, iaitu membaca surah al-Kafirun pada rakaat pertama dan surah al-Ikhlas pada rakaat kedua.

Cumanya, ketika solat selesai, bacalah doa ini:

اللهم أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ وَأَنْتَ الْخَلِيْفَةُ فِي الْأَهْلِ وَالْمَالِ وَالْوَلَدِ وَالْأَصْحَابِ اِحْفَظْنَا وَإِيَّاهُمْ مِنْ كُلِّ آفَةٍ وَعَاهَةٍ اللهم إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي مَسِيْرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى اللهم إِنَّا نَسْأَلُكَ أَنْ تَطْوَى لَنَا الْأَرْضَ وَتُهَوِّنَ عَلَيْنَا السَّفَرَ وَأَنْ تَرْزُقَنَا فِي سَفَرِنَا سَلَامَةَ الْبَدَنِ وَالدِّيْنِ وَالْمَالِ وَتُبَلِّغَنَا حَجَّ بَيْتِكَ وَزِيَارَةَ قَبْرِ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلىَّ اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Ya ALLAH, Engkau adalah kawan dalam perjalanan dan Engkau adalah penjaga keluarga, harta, anak, dan teman, selamatkan kami dan mereka dari bencana dan penyakit. Ya ALLAH, dalam perjalanan ini kami memohon kepada-MU kebaikan, ketakwaan, dan amal yang Engkau redhai. Ya ALLAH, dekatkan dan mudahkanlah perjalanan ini untuk kami. Anugerahkan pada kami dalam perjalanan ini keselamatan badan, agama, harta, serta sampaikanlah kami untuk menunaikan haji ke rumah-MU dan menziarahi makam Nabi-MU Muhammad SAW.

Selain itu, sebelum melangkah keluar dari pintu rumah, dianjurkan membaca doa berikut:

بِسْمِ اللهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللهِ وَلاَ حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ أَعُوْذُ بِاللهِ رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضِلَّ أَوْ أَذِلَّ أَوْ أُذِلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزِلَّ أَوْ أَظْلَمَ أَوْ أُظْلِمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ اللهم إِنِّي لَمْ أَخْرُجْ أَشِرًا وَلاَ بَطَرًا وَلاَ رِيَاءً وَلاَ سُمْعَةً بَلْ خَرَجْتُ اتِّقَاءَ سَخَطِكَ وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِكَ وَقَضَاء فَرْضِكَ وَاتِّبَاعَ سُنَّةِ نَبِيِّكَ وَشَوْقًا إِلَى لِقَائِكَ

Maksudnya: “Dengan menyebut nama ALLAH, aku bertawakal kepada ALLAH, tidak ada daya dan kekuatan selain dengan pertolongan ALLAH. Tuhanku, aku berlindung kepada-MU dari kesesatan dan yang menyesatkan, dari hina dan dihinakan, dari tergelincir dan yang digelincirkan, dari perbuatan zalim dan dizalimi, atau dari kebodohan dan memperbodoh. Ya ALLAH, aku keluar bukan untuk keburukan, tidak pula terburu-buru, tidak kerana ingin dipuji dan pamer, tapi aku keluar untuk menjauhi amarah-MU dan mengharap reda-MU, dan untuk menunaikan kewajiban-MU, mengikuti sunah Nabi-MU, dan kerana kerinduan ingin bertemu dengan-MU.”

Baca juga 9 doa para nabi yang boleh dijadikan amalan harian kita

amalan ke mekah

SUNAT mendirikan solat sunat dua rakaat sebelum dan selepas tiba di Tanah Suci. Foto: Unsplash

Kemudian, apabila sudah melangkah keluar dari rumah, bacalah doa ini pula:

للهم بِكَ انْتَشَرْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَبِكَ اعْتَصَمْتُ وَإِلَيْكَ تَوَجَّهْتُ اللهم أَنْتَ ثِقَتِي وَأَنْتَ رَجَائِيْ فَاكْفِنِيْ مَا أَهَمَّنِيْ وَمَا لاَ أَهْتَمُ بِهِ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ عَزَّ جَارُكَ وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ وَلَا إِلَهَ غَيْرُكَ اللهم زَوِّدْنِيْ التَّقْوَى وَاغْفِرْ لِيْ ذَنْبِيْ وَوَجَّهْنِيْ لِلْخَيْرِ أَيْنَمَا تَوَجَّهْتُ

Maksudnya: “Ya ALLAH, bersama-MU aku pergi, kepada-MU aku berserah diri, kepada-MU aku berpegang teguh, dan untuk-MU aku mengarahkan diriku. Ya ALLAH, Engkau adalah kepercayaanku, dan Engkau adalah harapanku, cukuplah apa yang penting bagiku, dan (juga) apa yang tidak aku angap penting, dan Engkau lebih mengetahui daripada aku tentang hal ini. Sungguh mulia perlindungan-MU, dan agung pujian kepada-MU, tiada Tuhan selain Engkau. Ya ALLAH, tambahkanlah ketakwaan padaku, ampunilah dosaku, dan arahkan aku ke jalan kebaikan, ke mana pun aku menuju.”

Baca juga Ingin haji mabrur, amal 7 adab saranan al-Ghazali

Turut disyorkan LIMA amalan yang nilainya seperti menunaikan haji

3. Membaca doa ketika menaiki kenderaan.
Amalan yang dianjurkan selanjutnya adalah berdoa ketika hendak menaiki kenderaan. Dalam hal ini, orang-orang yang hendak menunaikan ibadah haji dianjurkan untuk membaca doa berikut:

بِسْمِ اللَّهِ وَبِاللَّهِ وَاللَّهُ أَكْبَرُ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ، مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ، وَمَا لم يشاء لَمْ يَكُنْ، سُبْحَانَ اللَّهِ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ. اللهم إِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيْ إِلَيْكَ وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ كُلَّهُ إِلَيْكَ وَتَوَكَّلْتُ فِي جَمِيْعِ أُمُوْرِيْ عَلَيْكَ أَنْتَ حَسْبِيْ وَنِعْمَ الْوَكِيْل

Maksudnya: “Dengan menyebut nama ALLAH, dengan (pertolongan) ALLAH, dan ALLAH Maha Besar. Aku berserah diri kepada ALLAH, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan ALLAH Yang Maha Mulia, dan Maha Agung. Apa yang ALLAH kehendaki, maka ia akan ada, dan apa yang tidak DIA kehendaki, maka tidak ada. Maha Suci ALLAH, yang telah menundukkan semua ini bagi kami padahal kami sebelumnya tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya ALLAH, sungguh aku menghadapkan wajahku kepada-MU, dan memasrahkan semua urusanku kepada-MU, aku berserah kepada-Mu dalam semua urusanku, Engkau yang mencukupiku dan dan sebaik-baik pelindung.”

IMAM al-Ghazali pernah sarankan beberapa adab untuk diamalkan oleh para jemaah haji bagi meraih haji mabrur. Foto: 123RF

Baca juga Bersendirian di saf belakang atau berada lebih tinggi dari imam, antara posisi makruh makmum perlu elak ketika solat berjemaah

Manakala, setelah menaiki kenderaan, jemaah dianjurkan pula untuk membaca tasbih dan doa berikut:

سُبْحَانَ اللَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، وَلَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ، وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Maksudnya: “Maha Suci ALLAH, segala puji bagi ALLAH, tiada Tuhan selain ALLAH, dan ALLAH Maha Besar.”

Bacaan tasbih tersebut dilafazkan sebanyak tiga kali, kemudian baca doa berikut:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ اللهم أَنْتَ الْحَامِلُ عَلَى الظَّهْرِ وَأَنْتَ الْمُسْتَعَانُ عَلىَ الْأُمُوْرِ

Maksudnya: “Segala puji bagi ALLAH yang telah menunjukkan kami ke (syurga) ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk sekiranya ALLAH tidak menunjukkan kami. Ya ALLAH, Engkau adalah Zat yang menanggung punggung, dan Engkaulah yang diminta pertolongan atas semua urusan.”

Baca juga Sambut orang balik haji, antara sunnah yang dilupakan

Turut disyorkan Ramai salah faham waktu mustajab doa pada Hari Arafah

4. Solat dua rakaat dan membaca doa ketika sampai.
Jemaah haji turut dianjurkan mendirikan solat sunat dua rakaat setelah tiba di Tanah Suci dan membaca doa berikut:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ الَّتِى لاَ يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ، وَلاَ فَاجِرٌ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat ALLAH yang sempurna, yang tidak dapat dijangkau orang yang baik dan yang jahat dari keburukan semua makhluk.”

Demikian beberapa amalan yang dianjurkan kepada bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci, bermula dari rumah hinggalah sampai ke tanah haram Makkah.

Sumber: NU Online

Foto: 123RF & Unsplash

Jemaah haji fokus 4 amalan ini sebelum berangkat ke Mekah