Browsing Tag

rukun wuduk

berwuduk
Ibadah,

Berwuduk di dalam tandas, perlu atau tidak lafaz niat dimulut ?

SEBELUM menunaikan solat, umat Islam perlu berwuduk terlebih dahulu bagi memastikan diri bersih melaksanakan ibadah itu.

Jika di masjid, ada ruangan tertentu yang disediakan kepada jemaah untuk mengambil wuduk tanpa perlu bercampur dengan bilik air.

Namun, lain halnya ketika berada di rumah yang mana rata-rata orang terpaksa mengambil wuduk di dalam tandas gara-gara reka bentuk rumah yang sedia ada.

Baca juga Wuduk gugurkan dosa kecil, perhati setiap anggota sunat ketika bersuci

berwuduk

SEBELUM menunaikan solat, umat Islam perlu berwuduk terlebih dahulu bagi memastikan diri bersih daripada sebarang kekotoran. Foto: Google

Umum mengetahui bahawa niat yang biasa dilazimi masyarakat ketika berwuduk mengandungi kalimah ALLAH iaitu:

Nawaitul wudu a lilahi Taala

Ertinya: “Saya niat berwuduk kerana ALLAH Taala.”

Justeru, adakah kita dibenarkan melafazkan niat setiap kali ambil air sembahyang ketika di tandas rumah?

Baca juga Ini Perkara Makruh Ketika Wuduk Yang Sering Dilakukan Tanpa Sedar

Niat antara rukun wuduk

Jelas portal Mufti Wilayah Persekutuan, niat merupakan salah satu rukun sah wuduk yang dilakukan semasa membasuh muka ketika berwuduk, lantas ia tidak boleh ditinggalkan.

Menurut pandangan ulama mazhab Syafie, kita wajib berniat semasa mengambil wuduk, namun hanya dalam hati. Sebaliknya, hukum melafazkan niat tersebut dengan lidah sekadar sunat sebagai menguatkan kehendak perbuatan berwuduk itu.

NIAT yang biasa dilazimi masyarakat tempatan mengandungi kalimah ALLAH menimbulkan persoalan sama ada ia boleh dituturkan di dalam tandas.

Tulis laman web itu lagi, niat wuduk juga tidak disyaratkan untuk menambah “اللَّهِ تَعَالَى” (kerana ALLAH) bahkan memadai berniat hanya “mengangkat hadas”. Hal ini kerana ibadah semestinya khusus semata-mata kerana ALLAH.

Dalam pada itu, hukum membaca basmalah (bismillah) adalah sunat dan sah sahaja wuduk yang dilakukan jika tidak menyebutnya.

Turut disyorkan Istinsyaq, sunnah cuci rongga hidung yang dapat mencegah penyakit

Jangan sebut nama ALLAH dalam tandas
Pihaknya turut mengingatkan, hukum berzikir menyebut nama ALLAH semasa berada di dalam tandas atau ketika menunaikan hajat adalah makruh.

Oleh itu, dalam situasi seperti terbersin di dalam tandas, maka kita tidak perlu menjawab “Alhamdulillah”. Jika ingin menjawab juga, memadai hanya dalam hati tanpa menyebutnya di lidah.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan 

Foto: Google