Browsing Tag

ruang solat muslimat

Tabir
Soal Jawab Agama,

[Video] Perlukah buka tabir tempat muslimat ketika solat berjemaah?

PERASAN atau tidak, setiap kali kita berkunjung ke masjid atau surau, pasti ada tabir atau kain yang memisahkan ruang solat muslimat dan muslimin.

Lazimnya, tirai sebegitu dilihat tidak kekal dan boleh dipindahkan ataupun dibuka. Maka jika ada program yang melibatkan ceramah dan seumpamanya, jemaah wanita boleh melihatnya dengan jelas sambil mendengar nasihat disampaikan.

Bagaimanapun ketika solat pula, adakah kain pemisah bahagian muslimat itu perlu dibuka supaya sembahyang mereka sah?

Dalam hal itu, Imam Masjid Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Ustaz Mohamad Zulkarnain Khalid menjelaskan, Imam Syafie menyatakan bahawa tidak boleh ada halangan antara imam dan makmum tidak kiralah sama ada penghadang itu berbentuk halangan boleh ditembusi ataupun tidak.

USTAZ MOHAMAD ZULKARNAIN

“Bagi menjamin pahala solat berjemaah yang diterima itu solid (padu), perlu pastikan bahawa tiada halangan di antara kedua-dua imam dan para jemaah,” katanya menjawab soalan warganet menerusi video Soal Jawab Agama Sinar Islam Plus.

Baca juga Sutrah, penghadang daripada orang ramai ketika solat

Sementara itu, mengulas berkaitan keperluan untuk menutup tabir atau tidak bagi para muslimat yang berjemaah, pendakwah berkenaan merujuk kepada fatwa Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Jelas beliau, kedua-dua pihak berkuasa agama itu menyatakan, sekiranya ruangan solat umat Islam diwartakan sebagai sebuah masjid, tempat sembahyang ataupun surau untuk berjemaah, maka dibolehkan untuk menutupnya menggunakan tirai dengan syarat ia mampu ditembusi.

“Mudah kata, golongan muslimat boleh melihat orang di hadapan dan pergerakan imam dengan jelas serta mendengar dengan baik.

“Andai kawasan tersebut tidak diwartakan sebagai tempat untuk berjemaah, maka tidak boleh ditutup. Ini kerana dikhuatiri menimbulkan isu seperti makmum teragak-agak untuk melakukan perbuatan dalam solat kerana tidak pasti pergerakan imam,” ujarnya.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.