Browsing Tag

Rahmah

Rahmah
Berita Semasa,

Bukan sekadar Menu Rahmah, tapi pasakkan nilai murni itu dalam diri dalam setiap perkara

BUKAN sekadar Menu Rahmah, tetapi ungkapan rahmah juga boleh diterjemahkan ke dalam sektor lain.

Demikian harapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub ketika berucap pada Majlis Perasmian Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor, pada Khamis.

Jelas beliau, besar impiannya mahu melihat budaya rahmah menjadi aktiviti utama dalam setiap aktiviti rakyat di negara ini.

“Kita mahu akhirnya (nilai) rahmah bukan hanya (dibudayakan menerusi) program, menu, jualan dan seumpamanya, tetapi lebih daripada itu.

SALAHUDDIN

“Bila sudah menjadi suatu nilai, maka ia akan mampu untuk dinikmati oleh semua. Ia bukan kerana disebabkan satu kempen daripada kerajaan atau kerana sesuatu yang mendorong kita memberi pertolongan, tetapi biarlah ia menjadi nilai dalam diri sendiri,” katanya.

Baca juga Menu Rahmah; Jamu orang makan antara kriteria Muslim paling ideal

Sebesar mana gudang mahupun suatu industri itu, kata Salahuddin, sifat murni itu akan menjentik hati pengusaha perniagaan secara rela dan reda memperuntukkan sesuatu kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang agama.

“Ia akan memupuk negara kasih sayang yang mana rahmah itu untuk semua,” ungkapnya.