Browsing Tag

pusat jagaan kanak-kanak

Kemudahan nurseri
Antarabangsa,

Kemudahan nurseri diperkenal di Masjidil Haram, bantu jaga anak-anak jemaah yang beribadah

Kemudahan nurseri diperkenal di Masjidil Haram, bantu jaga anak-anak jemaah yang beribadah

BAGI jemaah yang beribadah di Masjidil Haram di Makkah, mereka tidak perlu risau jika membawa anak-anak ke tempat berkenaan.

Ini kerana pihak masjid suci tersebut kini menyediakan kemudahan sebuah pusat penjagaan kanak-kanak atau nurseri untuk anak-anak jemaah yang beroperasi buat pertama kalinya sejak pertengahan Ramadan lalu.

Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini yang mana rumah ALLAH itu sentiasa menerima kunjungan daripada sejumlah besar umat Islam.

Baca juga Lebih 950,000 pengunjung dan jemaah umrah di Masjidil Haram sejak awal Ramadan

Menurut pengurusnya, Razan Al Dahlawi, pusat serba lengkap itu adalah yang pertama seumpamanya didirikan di halaman Masjidil Haram.

“Tujuan utamanya adalah untuk menjaga kanak-kanak dalan persekitaran yang selamat,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal berita Gulf News.

Dalam laporan sama, ruangan tersebut disediakan di bahagian perluasan ketiga Masjidil Haram.

Kemudahan nurseri

KEMUDAHAN nurseri atau pusat penjagaan kanak-kanak disediakan di Masjidil Haram untuk anak-anak jemaah yang mampu menempatkan sehingga 80 orang si cilik. -Foto: Gulf News

Kemudahan itu antara lain menawarkan perkhidmatan kepada para jemaah dengan sokongan dan pengawasan agensi kerajaan berwibawa.

Baca juga Uji kualiti makanan para jemaah, Makkah sediakan makmal mudah alih berhampiran Masjidil Haram

“Pusat berkenaan menjaga kanak-kanak berusia di bawah enam tahun, sementara ibu bapa mereka menunaikan umrah, ziarah kecil mahupun beribadah di dalam masjid.

“Menariknya, kemudahan itu beroperasi sepanjang masa dan boleh menampung sehingga 80 kanak-kanak pada satu masa. Bahkan, ia mempunyai zon untuk permainan dan bilik tidur serta diawasi oleh pakar,” katanya sebagaimana dipetik menerusi gulfnews.com.

Meskipun demikian, perkhidmatan itu dikenakan bayaran selepas tiga jam, cuma tidak diperincikan tentang caj berkenaan.

“Hanya tiga jam pertama sahaja perkhidmatan tersebut ditawarkan secara percuma,” katanya.

***Foto: Gulf News