Browsing Tag

pintu no 79

mekah 79
Istimewa Panggilan Baitullah,

Usah gusar kalau ‘period’ di Mekah, cari pintu 79 Masjidil Haram teruslah bermunajat

Usah gusar kalau ‘period’ di Mekah, cari pintu 79 Masjidil Haram teruslah bermunajat

ALANGKAH bertuahnya andai dalam ribuan manusia, kita antara yang terpilih menjadi tetamu ALLAH ke Tanah Suci tahun ini.

Lebih istimewa jika penantian untuk menunaikan rukun Islam kelima itu sudah bertahun lamanya. Pasti ada perasaan berkobar-kobar ingin melaksanakan segala amal ibadah tuntutan agama.

Namun, harus diingat, ALLAH MAHA BERKUASA, secekap mana pun perancangan manusia, hebat lagi ketentuan-NYA. Khususnya bagi kaum wanita yang masih memiliki kitaran haid.

Semua sedia maklum bahawa wanita yang mengalami haid tidak dibenarkan melakukan ibadah tertentu seperti solat dan membaca al-Quran.

Baca juga Bolehkah wanita haid memegang al-Quran dengan kain pelapik?

Turut disyorkan Amalan yang boleh dilakukan oleh wanita ketika haid

mekah 79

MANFAATKAN sebaik-baiknya masa yang ada di Tanah Suci walaupun dalam keadaan berhaid. Foto: Canva

Namun, bagi jemaah Muslimah yang berada di Makkah dan tiba-tiba datang bulan, ia tidak bermakna anda tidak dapat beribadah serta terpisah daripada melihat Kaabah.

Sebaliknya dalam hal sebegini, anda disarankan membasahkan lidah dengan zikrullah, bermunajat, berdoa serta memohon keampunan daripada ALLAH SWT.

Malah, satu perkongsian oleh seorang wanita dengan akaun @bebelancikmin di Instagram menjelaskan, kaum Hawa masih boleh melihat Kaabah walaupun didatangi haid.

Baca juga Rupanya sudah 15 tahun ibadah tidak sah gara-gara tidak sempurna mandi wajib

Turut disyorkan Meninggal dunia selepas tiba di Mekah dengan basikal dari Jerman

mekah 79

PASTINYA semangat berkobar-kobar untuk melaksanakan amal ibadah apabila menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Foto: 123RF

Baca juga [VIDEO] Wanita berhadas besar tak boleh masuk ke masjid walaupun untuk menimba ilmu dalam majlis agama

Turut disyorkan Ingin haji mabrur, amal 7 adab saranan al-Ghazali

Pintu khas untuk bermunajat

Titipnya, bagi golongan Muslimah yang sedang uzur, usah bersedih. Sebaliknya carilah pintu nombor 79 di Masjidil Haram. Pintu itu juga dikenali dengan nama ‘King Fahd Gate’ atau ‘Bab al-Malik Fahd’.

Pintu berkenaan dikhaskan buat wanita-wanita yang dalam keuzuran tetapi ingin bermunajat dan berdoa di hadapan Kaabah.

Oleh itu, bagi para wanita, usah bazirkan masa anda ketika haid dengan duduk di hotel atau berbelanja sakan, sebaliknya manfaatkan sepenuhnya masa yang ada dengan beribadah kepada ALLAH melalui zikrullah dan doa, kerana bukan senang hendak sampai ke Tanah Suci.

MASJIDIL Haram di Mekah mempunyai banyak pintu masuk yang boleh dilalui oleh jemaah. Foto: 123RF

Baca juga Bersederhana ketika melakukan kenduri haji kerana ia hanya sunat

Turut disyorkan Memang perlu ada kemampuan untuk kerjakan haji, tetapi kita tak diwajibkan simpan wang untuk tujuan itu

Ibadah yang boleh dilakukan

Selain itu, haid tidak menghalang wanita daripada mengerjakan semua rukun dan wajib haji atau umrah kecuali tawaf di Baitullah.

Aisyah meriwayatkan: “Kami keluar dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan haji. Apabila kami tiba di Saraf, aku didatangi haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Adakah kamu didatangi haid? Aku menjawab: Ya! Maka Baginda bersabda maksudnya: Sesungguhnya perkara ini (haid) sudah ditentukan Allah ke atas anak perempuan Adam. Maka, tunaikanlah apa saja yang biasa dikerjakan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf di Baitillah sehingga kamu suci.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Lantas, berdasarkan hadis itu, amalan selain tawaf seperti berniat haji atau umrah, wukuf di Arafah, sa’ie, mabit di Muzdalifah dan melontar jamrah masih boleh dilaksanakan oleh kaum Hawa yang sedang haid.

Sumber: Instagram @bebelancikmin

Foto: 123RF & Canva

Usah gusar kalau ‘period’ di Mekah, cari pintu 79 Masjidil Haram teruslah bermunajat