Browsing Tag

Pijak bendera

Pijak bendera
Soal Jawab Agama,

[Video] Jangan pijak bendera, hormati dan pertahankan Jalur Gemilang

PIJAK bendera sememangnya merupakan perbuatan tidak wajar dilakukan. Tidak tergamak, apatah lagi terlintas dalam ruang fikiran untuk bertindak sedemikian.

Cuma yang menjadi masalahnya adalah apabila tiba bulan kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Ramai yang pasang atau kibarkan bendera sama ada pada kenderaan, kediaman mahupun mana-mana tempat dirasakan sesuai. Namun, apabila Jalur Gemilang jatuh akibat terbang ditup angin dan seumpamanya, orang buat tidak kisah sahaja.

Lebih malang lagi apabila ada orang yang mungkin tanpa sengaja pijak bendera.

Baca juga Kibar Bendera Putih Untuk Minta Bantuan, Ini Hukumnya Yang Perlu Kita Tahu

Bukankah agama Islam melarang kita daripada memijak bendera?

Menjawab persoalan itu, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor, Ustazah Noor Rashidah A Rahman terlebih dahulu mengajak kita memahami bahawa Jalur Gemilang merupakan simbol dan identiti penting bagi Persekutuan Malaysia.

USTAZAH NOOR RASHIDAH

“Ia mempunyai nilai dan darjat yang melambangkan kedaulatan, kemerdekaan dan kebebasan negara kita,” katanya dalam segmen Soal Jawab Agama Sinar Islam Plus.

Dalam Islam, jelas beliau, kita amat digalakkan untuk mentaati pemerintah, selain daripada memberi ketaatan utama kepada ALLAH SWT dan juga rasul-NYA.

“Jadi, dalam menghormati dan mempertahankan Jalur Gemilang, ia merupakan salah satu tanda ketaatan kita kepada pemerintah negara.

“Menjadi tanggungjawab kita sebagai warganegara Malaysia untuk mempertahankan bendera kita iaitu Jalur Gemilang yang dicintai daripada dijatuhkan mahupun dihina,” ungkapnya.

Baca juga Bukan kita sahaja, Nabi SAW sendiri pernah zahirkan rasa cinta terhadap tanah air baginda

Beliau kemudian menceritakan kisah yang berlaku kepada Ja’afar bin Abi Talib RA dalam peperangan Islam.

Beliau masih ‘memegang’ bendera walaupun kedua-dua tangannya sudah tiada!

“Bayangkan Ja’far bin Abi Talib RA masih menjaga dan mempertahankan bendera sekalipun kedua-dua tangan beliau ditetak.

“Bahkan, beliau menggunakan tangan yang lain untuk kekal memegang bendera,” jelasnya.

Justeru, Ustazah Noor Rashidah menyeru masyarakat agar menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia untuk tidak memijak bendera kebangsaan.

Sebaliknya, beliau menyarankan agar ia diletakkan di tempat yang tinggi.

“Selain itu, gantikanlah bendera yang lusuh. Jadilah warganegara yang baik kerana ia memberi penghormatan sewajarnya kepada benderanya iaitu Jalur Gemilang,” titipnya.