Browsing Tag

peristiwa bulan Syaaban

arah kiblat
Ibadah,

Syaaban saksi banyak peristiwa besar, antaranya arah kiblat dialih dari Baitulmaqdis ke Kaabah di Makkah

Syaaban saksi banyak peristiwa besar, antaranya arah kiblat dialih dari Baitulmaqdis ke Kaabah di Makkah…

TIBANYA bulan Syaaban menandakan umat Islam semakin hampir dengan bulan mulia, Ramadan al-Mubarak.

Walaupun dalam kalendar Islam, Ramadan dianggap sebagai bulan teragung, namun kita juga tidak boleh mengetepikan Syaaban yang memiliki keistimewaannya tersendiri.

Bahkan, ada pelbagai peristiwa penting dan menarik yang pernah berlaku pada bulan Syaaban wajar diingati serta direnungkan akan hikmahnya buat umat Islam.

Antara detik penting dalam sejarah Islam yang berlaku pada Syaaban adalah peristiwa arah kiblat ditukarkan dari Baitulmaqdis ke Kaabah di Masjidil Haram, Makkah.

Baca juga Amalan bulan Syaaban bukan bidaah, tapi jangan lakukannya khusus untuk bulan atau hari tertentu sahaja

arah kiblat

ANTARA detik penting dalam kalendar Islam yang berlaku pada bulan Syaaban adalah peristiwa pertukaran arah kiblat bagi umat Islam. 

Arah kiblat beralih dari Baitulmaqdis ke Kaabah

Seperti yang diceritakan portal Tzkrh, peristiwa perpindahan kiblat dari Baitulmaqdis ke Kaabah di Makkah berlaku dalam bulan ini iaitu pada tanggal 15 Syaaban.

Selepas peristiwa Hijrah, orang Islam solat menghadap ke arah Baitulmaqdis yang juga merupakan kiblat bagi kaum Yahudi. Kaum Yahudi mengambil peluang tersebut untuk menghina umat Islam kerana masih menggunakan kiblat yang sama dengan mereka.

Namun, umat Islam tidak menghiraukan cercaan itu dan tetap teguh menunaikan perintah ALLAH SWT. Tetapi Nabi Muhammad SAW tidak tergamak melihat umatnya dihina, lalu baginda berdoa kepada ALLAH agar memindahkan kiblat ke arah Kaabah.

Baca juga 15 rahsia keajaiban Kaabah yang perlu diketahui

Lalu ALLAH menjawab melalui surah al-Baqarah ayat 144. Firman-NYA:

KAMI melihat wajahmu (Muhammad) sering menengadah ke langit, maka akan KAMI palingkan engkau ke kiblat yang engkau senangi. Maka hadapkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja engkau berada, hadapkanlah wajahmu ke arah itu. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) tahu, bahawa (pemindahan kiblat) itu adalah kebenaran dari Tuhan mereka. Dan ALLAH tidak lengah terhadap apa yang mereka kerjakan.

Mengikut para ulama, umat Islam hanya sempat menghadap kiblat ke arah Baitulmaqdis selama 17 bulan 3 hari. Ini kerana, Rasulullah SAW tiba di Madinah pada hari Isnin bersamaan 12 Rabiulawal, kemudian ALLAH memerintahkan baginda menghadap ke Kaabah pada hari Isnin pertengahan bulan Syaaban, sewaktu baginda mendirikan solat Zuhur.

Turut disyorkan Amalan tahunan diangkat pada bulan Syaaban

Syaaban kiblat

SELAIN itu, ada satu malam dikenali sebagai ‘Nifsu Syaaban’ yang berlaku dalam bulan Syaaban.

Baca juga Ramadan ‘tak lama lagi’, jom latih diri berpuasa sunat pada bulan Syaaban ini

Peristiwa lain berlaku pada bulan Syaaban

1. Turunnya ayat untuk berselawat.
Selain itu, pada bulan Syaaban juga, ALLAH SWT telah menurunkan ayat perintah membaca selawat kepada Nabi Muhammad SAW.

Firman ALLAH: “Sesungguhnya ALLAH dan malaikat-malaikatNYA berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzab, ayat 56)

Oleh sebab ayat itu diturunkan pada bulan Syaaban, sebahagian ulama menganjurkan agar umat Islam memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah dalam bulan ini.

2. Ketetapan wajib berpuasa di bulan Ramadan.
Kewajipan berpuasa bagi umat Islam di bulan Ramadan pada tahun ke-2 Hijrah ditetapkan pada bulan Syaaban.

Turut disyorkan Jika tak mampu ganti puasa dan bayar fidyah, apa patut dibuat?

Syaaban kiblat

ANTARA peristiwa lain berlaku dalam bulan Syaaban adalah ketetapan berpuasa di bulan Ramadan bagi umat Islam. Foto: Unsplash

Baca juga Dah bersedia untuk Ramadan? Ini ‘checklist’ tujuh perkara anda boleh lakukan mulai sekarang

3. Perang Badar Kedua (as-Sughra).
Ketika Perang Uhud, Abu Sufyan berkata kepada orang Islam bahawa mereka akan kembali menyerang Badar pada tahun hadapan. Rasulullah SAW bersama-sama 1500 orang sahabat yang terdiri daripada 10 orang pahlawan berkuda datang menanti kedatangan orang Musyrik di Badar pada bulan Syaaban tahun ke-4 Hijrah.

Namun, Abu Sufyan bersama 2,000 orang tentera dan 50 orang pasukan berkuda berhenti di pertengahan jalan, kemudian kembali ke Mekah kerana Abu Sufyan merasakan pada tahun tersebut akan berlaku kemarau.

Tentera Islam menunggu selama lapan hari sebelum kembali ke Madinah tanpa sebarang peperangan yang berlaku.

4. Peristiwa al-Ifki.
Peristiwa al-Ifki adalah peristiwa fitnah tentang kecurangan Saidatina Aisyah dengan Safwan bin Mu’aththa yang disampaikan oleh Abdullah bin Ubay.

Peristiwa ini berlaku selepas Perang Bani Mustaliq iaitu pada tahun ke-6 Hijrah. Lalu Allah SWT menurunkan ayat 11 hingga 13 surah an-Nur yang menjelaskan bahawa Saidatina Aisyah difitnah dan tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu.

Turut disyorkan Ketahui kelebihan amalan tawaf di hadapan Baitullah ketika musim umrah atau haji

UMJAT Islam wajar tahu tentang setiap peristiwa penting pada bulan Syaaban supaya dapat mengambil iktibar daripadanya. Foto: Pexels

Baca juga Kaabah diangkat ke langit menjelang kiamat

5. Peristiwa Nahrawan.
Peristiwa ini bermula daripada terpecahnya pengikut Ali bin Abi Talib menjadi kelompok Syiah dan kelompok Khawarij. Dalam peristiwa ini, Ali bin Abi Talib telah menang dalam pertempuran namun Muawiyah mengangkat al-Quran sebagai tanda berdamai.

6. Perampasan Baitulmaqdis.
Dalam Perang Salib Pertama, tentera Kristian berjaya merampas Baitul Maqdis daripada umat Islam dan menduduki kota itu, iaitu pada 13 Syaaban 492 Hijrah iaitu dalam tahun 1099 Masihi. Namun beberapa puluh tahun kemudian, kota itu berjaya dimiliki oleh umat Islam semula.

Selain daripada peristiwa yang dinyatakan, terdapat peristiwa lain yang berlaku dalam bulan Syaaban ini; iaitu kewafatan Sayyidah Ummu Kultsum, puteri Rasulullah SAW dan kewafatan salah seorang isteri Baginda yang bernama Hafsah binti Umar Ibn Khathab RA.

Justeru, umat Islam perlu tahu tentang setiap peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban supaya dapat mengambil pengajaran dan hikmah daripadanya.

Sumber: Tzkrh 

Foto: Freepik, Pexels & Unsplash