Browsing Tag

penyakit umat akhir zaman

penyakit umat akhir zaman
Aqidah,

Enam penyakit bakal melanda umat akhir zaman, ini pesanan Nabi SAW

Enam penyakit bakal melanda umat akhir zaman, ini pesanan Nabi SAW

HIDUP di dunia ini tidak lain hanyalah suatu medan ujian yang disediakan ALLAH SWT untuk menentukan siapa di antara kita yang mampu beristiqamah dan bertakwa di jalan-NYA.

Ada segelintir umat Islam yang hidupnya hanya untuk memuaskan hawa nafsu. Ajaran Islam pula ditinggalkan dan dia hanyut dibawa arus jahiliah.

Tidak kurang juga, mereka yang mengambil Islam dalam bentuk ibadah khusus semata-mata sedangkan hubungan sesama manusia melibatkan pergaulan, cara berpakaian, muamalah dan sebagainya begitu jauh daripada syariat Islam.

Sudahnya, Islam hanya tinggal nama saja sedangkan semangat Islamiah tidak lahir dalam kehidupannya meskipun bergelar Muslim.

Baca juga Umat Islam terlalu sibuk dengan tanda-tanda kiamat tetapi lupa bersedia menghadapinya

penyakit umat akhir zaman

Baca juga Binatang pelik, boleh bercakap ini akan keluar dari perut bumi pada Hari Kiamat nanti

Hakikatnya, terlalu banyak kepincangan dihadapi umat Islam hari ini, menyerupai penyakit-penyakit umat terdahulu yang dibinasakan oleh ALLAH atas keingkaran mereka mematuhi ajaran yang dibawa oleh para rasul.

Dari Abu Hurairah RA berkata: “Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat–umat terdahulu itu?

“Nabi Muhammad SAW menjawab: “Penyakit-penyakit itu adalah terlalu banyak berseronok, terlalu bermewah, menghimpunkan harta sebanyak mungkin, tipu menipu dalam usaha merebut harta benda dunia, saling memarahi, hasut-menghasut sehingga menjadi zalim-menzalimi antara satu sama lain.” (Hadis Riwayat Hakim)

1. Terlalu banyak berseronok
2. Terlalu bermewah
3. Menghimpunkan harta sebanyak mungkin
4. Tipu menipu dalam merebut harta dunia
5. Saling memarahi
6. Hasut-menghasut sehingga menjadi seorang yang zalim

Turut disyorkan Tak mengapa hodoh di dunia, di akhirat nanti kita dapat memilih wajah yang diinginkan

penyakit umat akhir zaman

ANTARA azab ALLAH termasuk berasa seronok bergelumang dalam maksiat. Foto: Pexels

Baca juga Usah seronok bergelumang maksiat, rupanya itu antara azab ALLAH

Penyakit terlalu suka berseronok

Sudah tentu jika ada penyakit mesti ada ubatnya. Sebagaimana yang difirmankan oleh ALLAH SWT: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali ALLAH (agama Islam)…” (Surah Ali Imran, ayat 103)

Bahkan Rasulullah SAW berpesan kepada kita sebagai umatnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kalau kamu berpegang dengannya nescaya kamu tak akan sesat selamanya iaitu: al-Quran dan sunnahku.”

Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW turut bersabda: “Semua umatku akan masuk ke dalam syurga melainkan yang enggan.”

“Sahabat berasa kehairanan lalu bertanya; “Ya Rasulullah! Siapa yang tidak mahu masuk syurga?” Rasulullah SAW menjawab: “Siapa yang taat kepadaku bererti dia mahu masuk syurga dan siapa yang menyalahi ajaranku maka itulah yang tidak mahu masuk syurga.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Turut disyorkan Tiga tempat ini Rasulullah SAW akan menunggu kita pada hari akhirat nanti

Foto: Freepik & Pexels

Enam penyakit bakal melanda umat akhir zaman, ini pesanan Nabi SAW