Browsing Tag

PBB

krisis makanan
Antarabangsa,

Dunia Islam turut menanti solusi lebih tuntas depani krisis kemanusiaan sejagat pada 2023

KEADAAN dunia yang lebih kelam pada 2022 – disebabkan konflik bersenjata berpanjangan; krisis kebuluran; soal pelarian yang tidak menarik kepedulian tuntas; kemelesetan ekonomi sejagat; soal inflasi yang memburuk; kekurangan sumber makanan sedunia; dan pandemik Covid-19 yang berlarutan, dijangka akan terus ‘menguasai’ keadaan dan melaratkan lagi kehidupan rakyat di negara-negara miskin.

Dalam pada itu, perubahan iklim dirasakan akan mempercepatkan krisis kemanusiaan di seluruh dunia pada 2023.

Ini tentunya akan meningkatkan lagi bebanan yang harus dipikul masyarakat sedunia sedang ia baru sahaja bersiap untuk meraikan ketibaan tahun baru dengan harapan kehidupan yang lebih baik.

Kajian oleh Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa NGO (IRC) – sebuah agensi yang berpangkalan di New York – dan diketuai oleh bekas ahli politik Britain, David Miliband, menunjukkan, jumlah orang yang memerlukan bantuan kemanusiaan telah meningkat dalam dekad yang lalu, menghampiri 339.2 juta berbanding 81 juta yang dilihat pada 2014.

Perubahan iklim adalah antara faktor utama mempercepatkan kecemasan kemanusiaan, kata IRC, walaupun pada hakikatnya 20 negara dalam senarai pemerhati kecemasannya – seperti Haiti dan Afghanistan – menyumbang hanya 2 peratus kepada pelepasan karbon dioksida (CO2) sejagat.

“Tahun 2022 telah menunjukkan bahawa peranan perubahan iklim dalam mempercepat krisis kemanusiaan sejagat tidak dapat dinafikan,” kata laporan itu.

 

Negara dunia perlu melabur secara proaktif

Ia menunjukkan tempoh hujan yang panjang, yang telah ‘membawa bencana ketidakcukupan makanan kepada Somalia dan Habsyah’, dan banjir di Pakistan tahun lalu sahaja menjejaskan lebih 33 juta orang dan mengorbankan lebih 1,700 rakyat negara itu.

IRC juga menyatakan perlunya negara-negara sedunia lebih ‘melabur secara proaktif dalam pencegahan dan mitigasi perubahan iklim.’

Ketidakcukupan makanan sudah berleluasa berikutan konflik yang semakin meningkat serta krisis ekonomi yang dicetuskan oleh pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan wabak koronavirus, katanya.

Selain itu, jurang antara keperluan kemanusiaan dan pembiayaannya telah meningkat kepada defisit sejagat sebanyak AS$27 bilion ($36.5 bilion) pada November 2022.

“Hasilnya ialah, masyarakat yang terjejas oleh krisis tidak dapat mengakses perkhidmatan yang mereka perlukan untuk terus hidup, pulih dan membina semula.”

Negara Islam seperti Somalia dan Habsyah, yang kedua-duanya adalah negara dalam lingkungan Afrika dan diketahui mengalami kemarau dan konflik berpanjangan, akan menjadi negara paling membimbangkan pada 2023, menurut Senarai Pemerhatian tahunan yang dikeluarkan oleh kumpulan bantuan Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa pada minggu lalu.

Laporan itu juga menyenaraikan 20 negara, 11 daripadanya di Afrika, yang dikatakan berisiko paling besar dalam menghadapi krisis baru atau berdepan permasalahan semakin teruk tahun depan dan menjadi rumah kepada 80 peratus daripada semua orang yang menghadapi masalah kekurangan makanan yang teruk – walaupun hanya menyumbang 13 peratus daripada populasi sejagat.

Senarai teratas untuk pertama kalinya ialah Somalia, dan ia menjadi mangsa gabungan kesan kemarau sepanjang dua tahun, pemberontakan dan militan serta kenaikan harga makanan sejagat hingga menyebabkan kekurangan makanan yang teruk yang meragut nyawa rakyat termasuk kanak-kanak.

Malangnya keadaan yang dihadapi di Somalia dijangka akan bertambah buruk. Kumpulan militan Al- Shabaab diketahui menghalang akses kemanusiaan, dan meningkatnya pertempuran antara kumpulan militan itu dengan tentera Somalia pada akhir 2022 menunjukkan konflik domestik ini dijangka berterusan sehingga 2023, kata IRC.

Menurut Miliband, berjuta-juta rakyat Somalia kini kelaparan dan negara kaya tidak seharusnya menunggu sehingga pengisytiharan rasmi kebuluran untuk menutup jurang pembiayaan $1 bilion dalam rayuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Somalia.

“Kekurangan dana bagi rayuan itu adalah satu demonstrasi yang jelas bahawa dunia berpendapat ia bukan saat yang mendesak. Itu satu kesilapan,” kata Miliband kepada Reuters dalam temu bual menjelang keluaran Senarai Pantauan minggu lalu.

Miliband, berkata banyak negara kaya terlalu tertumpu kepada diri mereka sendiri dan ini tidak betul sama ada dari segi moral atau strategik.

“Keterpencilan, pandangan kepada keperluan sendiri yang terlampau dilakukan oleh negara-negara terkaya di dunia menyebabkan terlalu banyak bahagian termiskin di dunia terpaksa membela diri dengan cara yang tidak mampu mereka lakukan,” katanya. – Reuters.

 

 

 

 

 

 

Syria Care 3
Berita Semasa, Jendela Dunia,

Lubnan Semakin Tenat

no comment

Oleh RAZALI AWANG

Lebih separuh daripada keluarga di Lubnan jatuh di paras kemiskinan sejak 18 bulan lalu, memaksa sebahagian besar berhempas pulas untuk menyediakan bekalan makanan bagi berbuka puasa.

Apa yang memeritkan lagi, harga makanan – walaupun yang asas – sudah melonjak hampir 400 peratus berikutan matawang Lubnan – Lebanese pound- susut nilai sebanyak 90 peratus berbanding 2019.

Badan amal terpaksa melipat-gandakan usaha masing-masing untuk meliputi lebih ramai penerima bantuan, apabila kadar pengangguran di negara lima juta orang penduduk itu meningkat.

Di beberapa kawasan seperti di Lembah Bekaa, sebahagian daripada penduduknya begitu terdesak sehingga mereka terpaksa merayu bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mendapatkan makanan dan keperluan asas.

Jika pada tahun sebelum ini, Sawa For Development and Aid menyediakan makanan kepada 4,000 keluarga di lembah itu, tetapi pada Ramadan 1442 Hijrah, ia meningkat kepada 7,000 keluarga dan dibuat tanpa henti bagi menampung keperluan termasuk pelarian dari Syria.

Menurut The Lebanon Crisis Observatory , kejatuhan matawang dan kenaikan harga barang-barang menyebabkan pendapatan sebahagian besar rakyatnya tidak lagi dapat menampung keperluan.

Sebahagian besar keluarga pelarian Syria di Lubnan hidup di bawah kemiskinan melampau dengan pendapatan sekitar USD25 sebulan dan dengan jumlah itu mereka tidak mampu untuk membeli sekilo ayam yang dijual dengan harga LP23,000 atau USD60 sekilo.

Itu kisah penduduk tempatan. Bagaimana pula nasib lebih 1.5 juta pelarian Syria yang berlindung di negara itu?

Hasil kaji selidik yang dibuat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati sebahagian besar keluarga pelarian Syria kini hidup di bawah kemiskinan melampau dengan pendapatan sekitar USD25 sebulan.

Hasil kaji selidik yang dibuat agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendapati sebahagian besar keluarga pelarian Syria kini hidup di bawah kemiskinan melampau dengan pendapatan sekitar USD25 sebulan.

Berdasarkan harga semasa, pendapatan itu hanya cukup untuk membeli minyak masak yang dijual dengan harga LP31,000 atau USD20.3 bagi 1.5 liter yang mana pada tahun ini ia mencatatkan kenaikan 16 kali ganda berbanding sebelumnya.

Pendapatan itu jauh daripada kemampuan untuk membeli ayam yang dijual, LP23,000 atau USD60 sekilo.

Ia adalah realiti yang perlu dihadapi bukan sahaja oleh pelarian Syria, tetapi penduduk Lubnan itu sendiri dan juga pelarian Palestin di negara berkongsi sempadan dengan Palestin dan Syria itu.

Lubnan meskipun pernah tersohor satu ketika dahulu sebagai negara ciptaan dan model Barat di Asia Barat, sehingga Beirut dikenali sebagai “Paris of The Middle East”, tetapi perang saudara pada 1975 hingga 1990 menjadikannya miskin dan antara yang tidak stabil di rantau berkenaan.

Insiden letupan gudang penyimpanan ammonium nitrat pada 4 April tahun lalu di pelabuhan Beirut yang mengorban lebih 200 nyawa memburukkan lagi krisis ekonomi sedia ada.

Dalam tempoh lebih 18 bulan, lebih separuh dari penduduknya berada di bawah paras kemiskinan dan ia semakin kritikal.

Razali Awang
Media Syria Care.

Hasil sumbangan Syria Care yang telah diagihkan.