Browsing Tag

Paranormal

Paranormal
Hukum,

“Lebih baik hadiri majlis ilmu dari kejar hantu” – respon Dr Zulkifli al-Bakri terhadap pemburu entiti paranormal

“Lebih baik hadiri majlis ilmu dari kejar hantu,” respon Dr Zulkifli al-Bakri terhadap pemburu entiti paranormal

“JIKA kau tanyakan kepada kami, apa yang kami nak, kami cuma nak melihat kewujudan kau” – paranormal live

Itulah antara kata-kata yang dilontarkan oleh pasukan paranormal ketika membuat siaran langsung di media sosial dalam misi mencari dan melihat kewujudan makhluk halus atau hantu.

Umumnya, peristiwa paranormal ialah fenomena yang digambarkan dalam budaya, masyarakat dan badan-badan pengetahuan yang tidak diketahui, yang kewujudannya dalam konteks ini digambarkan sebagai di luar pengalaman biasa atau penjelasan saintifik.

Baca Juga Larangan berkeliaran waktu Maghrib bukan mitos

Kepercayaan paranormal yang ketara termasuklah yang berkaitan dengan telepati, persepsi luar biasa, kerohanian dan pseudosains memburu hantu, kriptozoologi, dan ufologi.

Baru-baru ini, satu persoalan telah diutarakan oleh seorang individu kepada agamawan terkemuka, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengenai hukum di sebalik menghasilkan kandungan paranormal.

Menerusi artikel terbaharu di portal Maktabah Al-Bakri, beliau menyatakan sebagai umat Islam khususnya, sebaiknya menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dianggap tidak bermanfaat.

SEBAGAI umat Islam khususnya, sebaiknya menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dianggap tidak bermanfaat. -Foto: Canva 

Jelasnya, Syeikh Mustafa al-Maraghi menyebut bahawa beriman dengan perkara yang ghaib ialah percaya bahawa adanya kewujudan di sebalik alam nyata yang mana ia dipandu dengan dalil dan akal yang waras.

“Begitu juga ALLAH menceritakan akan kewujudan syaitan yang sentiasa menjadi musuh nombor satu kepada manusia.

Baca Juga Syaitan dan jin boleh melihat aurat kita. Ini cara untuk elak dari dipandang

Firman ALLAH SWT “Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka.” (Surah al-‘Araf ayat 27)

“Tohir Ibn ‘Asyur menyebut bahawa mereka melihat kita dalam keadaan kita tidak boleh melihat mereka. Sekalipun kita tidak boleh melihat mereka, itu tidak bermakna kita tidak boleh melihat mereka selama-lamanya.

DI dalam Islam antara perkara ghaib yang wajib kita imani adalah kewujudan jin dan syaitan. -Foto: Canva 

“Tidak dapat melihat mereka pada waktu sekarang, tidak bermakna kita boleh menafikan kewujudan mereka secara mutlak.

“Di dalam Islam antara perkara ghaib yang wajib kita imani adalah kewujudan jin dan syaitan. Namun, dari sudut penyerupaan, Syeikh Sulaiman al-Asyqar menyatakan bahawa kadangkala syaitan mendatangi manusia bukan dengan membisikkan perkara was-was akan tetapi ia juga boleh datang menyerupai manusia.

Baca Juga ENAM cara syaitan sesatkan manusia

Turut Disyorkan Ustazah Asma’ Kongsi Doa Elak Daripada Gangguan Syaitan

“Kita boleh dengar suara tapi tidak nampak tubuhnya. Ia juga boleh menyerupakan diri dengan bentuk-bentuk yang pelik,” katanya.

Berdasarkan penjelasan di atas, beliau menasihatkan sebaiknya janganlah melakukan perkara-perkara sedemikian dan buatlah perkara yang lebih bermanfaat seperti membaca al-Quran, hadiri majlis ilmu, bersukan dan seumpamanya.

“Membuat perkara yang berunsur mistik secara berlebihan dikhuatiri akan membawa kepada kesyirikan, ketahyulan dan khurafat. Semoga ALLAH memelihara akidah kita daripada dicemari syirik dan khurafat,” titipnya.