Browsing Tag

orang sakit

ganti puasa sembuh
Hukum,

Adakah pesakit yang disangka tidak akan sembuh, wajib ganti puasa jika tiba-tiba sembuh?

Adakah pesakit yang disangka tidak akan sembuh, wajib ganti puasa jika tiba-tiba sembuh?

PUASA merupakan ibadah yang wajib dilakukan oleh umat Islam apabila tiba bulan Ramadan. Walaupun ia wajib, namun ada pengecualian bagi golongan tertentu seperti orang sakit, musafir dan juga wanita yang dalam keadaan haid, dengan syarat ia perlu diganti pada hari yang lain.

Bagi keuzuran kerana sakit yang membolehkan seseorang tidak berpuasa pada bulan Ramadan, secara asasnya ia terbahagi kepada dua jenis:

1. Sakit yang ada harapan untuk sembuh.
2. Sakit yang tiada harapan untuk sembuh.

Baca juga Ikhlaskan hati, usah mengeluh menjaga orang sakit kerana ganjaran besar menanti

ganti puasa sembuh

ORANG sakit antara golongan yang diberi keringanan daripada berpuasa di bulan Ramadan. Foto: 123RF

Baca juga Solat tak boleh ditinggal walau sakit, ini cara berwuduk pada luka berbalut

Bagi pesakit yang ada harapan untuk sembuh, dia dibenarkan meninggalkan puasa tetapi wajib menggantikan puasa itu apabila sudah mampu berpuasa.

Bagi pesakit yang memang tidak ada harapan sembuh dan memang tidak mampu berpuasa contohnya orang yang sakit tua, maka dia tidak wajib berpuasa, dan tidak wajib menggantikannya tetapi wajib membayar fidyah bagi bilangan hari puasa yang ditinggalkan.

ALLAH SWT berfirman dalam, “…dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.” (Surah al-Baqarah, ayat 184)

Baca juga Jika tak mampu ganti puasa dan bayar fidyah, apa patut dibuat?

Namun, timbul persoalan seandainya pesakit yang disangka tidak akan sembuh kemudian sembuh, adakah dia wajib menggantikan semula puasa yang ditinggalkan? Fidyahnya pula masih belum dibayar?

Dalam hal ini, portal Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan, mazhab Syafie berpandangan bahawa dia tidak wajib ganti puasa kerana pada awalnya telah diwajibkan fidyah untuknya.

Al-Syabramallisi serta Imam Ibnu Hajar al-Haitami mengatakan bahawa dia tidak wajib menggantikan puasa, hanya perlu bayar fidyah sekalipun fidyahnya masih belum langsai.

Begitulah Islam memberikan kemudahan dan keringanan dalam hal ini. Takdir ALLAH memberikan kesembuhan buat pesakit tersebut dan dia tidak perlu menggantikan puasa, hanya perlu membayar fidyah sahaja

Sumber: Tzkrh & Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF

Adakah pesakit yang disangka tidak akan sembuh, wajib ganti puasa jika tiba-tiba sembuh?