Browsing Tag

omar shifa

Clarion India
Berita Semasa, Gaya Hidup, Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Masjid Buka Dewan Bedah Untuk Golongan Miskin Secara Percuma

no comment

SEBUAH masjid di kota lama Shaheennagar, Hyderabad, India telah membuka perkhidmatan dewan untuk prosedur pembedahan (OT) yang dikhususkan kepada golongan miskin secara percuma.

Majlis Perasmian Dewan Bedah di Masjid Omar Shifa baru-baru ini.

Masjid Omar Shifa antara satu-satunya masjid di India yang memiliki kelengkapan untuk melakukan pembedahan kecil selain Hospital Umum Osmania (OGH) yang terletak berhampiran kota lama itu.

Masjid itu juga sebelum ini ada menjalankan pusat rawatan kesihatan utama dan kini memperluaskan operasinya dengan membuka dewan bedah yang dikhususkan kepada penduduk miskin di kawasan itu.

Suasana di dalam dewan bedanh bagi pembedahan kecil.

Sekumpulan doktor ditugaskan di masjid itu untuk menjalankan kerja-kerja pembedahan dengan hasil dana yang disumbangkan oleh Badan Bukan Kerajaan (NGO) American Muslim Physicians of Indian Origin (AMPIO).

Selain bilik OT yang lengkap, masjid itu juga mempunyai klinik pergigian, pusat oftalmologi komuniti dan unit perundingan penyakit tidak berjangkit.

Semua perkhidmatan perubatan adalah percuma untuk semua masyarakat tanpa mengira agama. Helping Hand Foundation (HHF) sebuah NGO dipertanggungjawabkan untuk menguruskan perkhidmatan OT dan kemudahan perubatan lain.

Kawasan sekitar yang dilanda banjir tahun lalu menjadi punca merebaknya pelbagai penyakit.

“Sebilangan besar daerah di sekitar pusat kesihatan masjid ini pernah dilanda banjir tahun lalu. Akibatnya, kawasan kumuh ini menghadapi endemik kepada penyakit kulit bawaan air. HHF bekerjasama dengan AMPIO telah mengurus keperluan kesihatan kepada lebih 20 kawasan kumuh, ‚ÄĚkata Pemegang Amanah HHF, Mujtaba Hasan Askari.

Dengan angaran kira-kira 700 pesakit hadir setiap hari, pusat kesihatan masjid itu menjadi seperti hospital mini bagi golongan miskin di kota lama itu.

Kebanyakan pesakit menghidap diabetes, darah tinggi dan penyakit kronik yang lain. Oleh kerana komplikasi yang disebabkan oleh penyakit gaya hidup sering memerlukan prosedur pembedahan yang tidak dapat dilakukan oleh pesakit, OT di masjid itu akan menguruskan keperluan itu.

Orang ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan beratur menunggu giliran untuk pemeriksaan.

Kira-kira tiga peratus pesakit diabetes yang mengunjungi pusat kesihatan masjid itu mempunyai masalah jangkitan pada kaki.
Selain itu, kes penyakit seperti kematu, lipoma, keloid, kuku yang tumbuh ke dalam, fibroadenoma jinak, luka terbakar, sista ovari, serta bisul yang tidak sembuh juga akan dirujuk ke pusat kesihatan masjid berkenaan.

“Faktor kebersihan yang buruk antara punca menyebabkan komplikasi kepada ramai pesakit sehingga memerlukan operasi pembedahan. Sehingga kini sebanyak 25 pembedahan kecil telah dilakukan dengan jayanya,” kata Pakar Bedah Umum, Pusat Kesihatan Masjid Omar Shifa, Dr Arif Hussain.

Sumber: Times Of India