Browsing Tag

MTHQ

MTHQK
Personaliti,

Hilang penglihatan bukan halangan Qayyim jadi juara

Hilang penglihatan bukan halangan Qayyim jadi juara…

MAJLIS Tilawah dan Menghafaz al-Quran Kebangsaan (MTHQK) 1444H/2023M telah melabuhkan tirainya pada malam Jumaat (6 Jun 2023) setelah berlangsung selama enam hari di Pusat Konvensyen PICCA @Arena Butterworth, Pulau Pinang.

Apa yang menarik perhatian orang ramai kali ini, apabila johan tilawah al-Quran telah disandang oleh Muhammad Qayyim Nizar Sarimi, 25, yang juga Qari Orang Kelainan upaya (OKU) Penglihatan.

Muhammad Qayyim memperoleh 92.67 peratus sekali gus meletakkannya sebagai juara orang kelainan upaya (OKU) pertama sejak pertandingan berkenaan berlangsung pada 1947.

Baca Juga Qayyim OKU penglihatan masih berbisa di pentas tilawah al-Quran

Johan bagi kategori qariah pula dimenangi Penolong Pegawai Islam Yayasan Islam Terengganu, Nor Hidayah Abd Rahman, 32.

Dengan kemenangan itu, Muhammad Qayyim dan Nor Hidayah akan mewakili negara bagi menyertai Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur pada 20 hingga 26 Ogos depan.

Sebelum ini, persembahan Muhammad Qayyim yang menggunakan al-Quran Braille pada malam kedua MTHQK 2023 menarik perhatian dan menyentuh hati ramai orang.

KEPUTUSAN MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QURAN PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 1444H/2023M. Foto: JAKIM

Latar belakang saudara Muhammad Qayyim Nizar Sarimi

– Berasal daripada Ketereh, Kelantan dan berusia 25 tahun.

– Mendapat pendidikan di peringkat Ijazah Sarjana Muda Tahfiz dengan Pengurusan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa sultan Ismail Petra (KIAS).

– Antara guru-guru beliau iaitu Allahyarham Ustaz Abdul Rahim Ahmad dan Ustaz Yahya Daud (kini).

Baca Juga “Walimah nak nampak Islamik, panggil ustaz baca doa dan ayat al-Quran sikit-sikit” – Kamilin Jamilin

Turut Disyorkan Pertandingan bina badan patuh syariah di Kelantan, pertama seumpamanya di dunia

– Saudara Qayyim juga menguasai tujuh jenis tarannum iaitu Bayati, Soba, Hijjaz, Nahawand, Rast, Sikah dan Jiharkah.

– Johan Qari Peringkat Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Negeri Kelantan pada tahun 2017, 2019 dan 2020.

– Beliau memiliki minat yang sangat mendalam terhadap al-Quran sejak kecil bermula dengan mendengar kaset dan cakera padat (CD) yang dibelikan oleh ibunya, Rozan Mohamed dan ayahnya, Sarimi Yusoff.

Qayyim, buta mata tapi tidak hati

QAYYIM membuktikan walaupun buta mata, bukan alasan untuk tidak mendalami al-Quran. Foto: Amin Idris

Pengacara dan Personaliti TV terkenal, Amin Idris menerusi satu hantaran di laman media sosialnya meluahkan rasa kagum dengan kehabatan insan yang buta mata tetapi celik hati dengan al-Quran itu.

“Buat Adik Qayyim, terima kasih kerana menjentik hati kami yang punya nikmat mata untuk lebih mendampingi Quran. Qayyim buta mata tapi tidak buta mata hati.

“Qayyim membuktikan walaupun buta mata, bukan alasan untuk tidak mendalami al-Quran.

Baca Juga Jaga adab ketika dengar bacaan al-Quran, Ustaz Hariri tegur penonton majlis Tilawah

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” (Surah ar-Rahman).

“Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Sementara itu, Kerajaan Negeri menerusi satu hantaran di laman Facebook turut merakamkan ucapan tahniah kepada qari daripada negeri Kelantan iaitu Muhammad Qayyim Nizar Sarimi kerana telah mendapat johan dalam Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023.