Browsing Tag

MOTAC

Kos umrah naik
Berita Semasa,

Kos umrah naik: MOTAC bakal bincang dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi minggu depan

KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bakal membincangkan kos umrah yang naik mendadak ketika pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah pada minggu depan.

Demikian kenyataan dikeluarkan MOTAC kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini ketika diminta mengulas tindakan lanjut berhubung isu berkenaan.

Baca juga Ibadah umrah diwajibkan bagi mereka yang mampu, ini maksud sebenar kemampuan tersebut

“Daripada pihak kami, Timbalan Menteri MOTAC (Khairul Firdaus Akbar Khan) baru-baru ini mempengerusikan mesyuarat dengan pihak berkepentingan antaranya termasuklah Amal by Malaysia Airlines (penyedia penerbangan sewa khas untuk haji dan umrah).

“Tujuannya bagi memastikan tiket penerbangan tidak terlalu mahal,” katanya.

Berkuatkuasa 17 Oktober lalu, MOTAC menetapkan kos paling minimum RM6,900 bagi pakej bajet umrah dengan kelaziman tempoh di Tanah Suci selama 12 hari 10 malam.

Kos umrah naik

PENINGKATAN harga tiket penerbangan dan penginapan di Tanah Suci antara faktor menyebabkan pakej umrah melambung. -Foto: Canva

Harga pakej minimum itu kali terakhir ditetapkan pada 2017 iaitu sebanyak RM4,900.

Baca juga 11 Amalan Yang Pahalanya Setara Seperti Tunaikan Haji, Umrah

Dalam pada itu, MOTAC menjelaskan, harga kos umrah bergantung kepada pasaran semasa iaitu mengikut penawaran dan permintaan.

“Kebimbangan utama kami adalah keselamatan para jemaah. Namun, kami percaya harga (pakej umrah) akan kembali stabil selepas Hari Raya Aidiladha setelah perbincangan semasa dengan pihak berkaitan.

“Pada masa sama, MOTAC juga akan memberi tumpuan untuk memastikan ejen berlesen mematuhi peraturan semasa,” jelasnya.