Browsing Tag

menyanyi

Putri Ariani
Antarabangsa,

Bukan sekadar meraih Golden Buzzer America’s Got Talent, Putri Ariani juga mengalunkan al-Quran dengan indah

Bukan sekadar meraih Golden Buzzer America’s Got Talent, Putri Ariani juga mengalunkan al-Quran dengan indah

SEORANG gadis dari Indonesia mencuri perhatian netizen baru-baru ini selepas memberikan persembahan memukau dalam siri realiti TV America’s Got Talent (AGT).

Meskipun memiliki kelainan upaya penglihatan, namun itu bukan penghalang buat Putri Ariani, 17 tahun untuk turut meraih ‘Golden Buzzer’ yang jarang diberikan kepada peserta, lebih-lebih lagi daripada juri Simon Cowell.

Menariknya, suara merdu Putri tidak terhad kepada nyanyian sahaja. Malah, suatu perkongsian daripada seorang warganet menunjukkan gadis tersebut juga mampu melantunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan begitu indah.

Baca juga Sultan Al Neyadi, angkasawan Arab Muslim pertama ‘berjalan’ di ruang angkasa selama 6 bulan

Turut disyorkan Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung

Putri Ariani

GADIS Indonesia itu mempunyai pelbagai kebolehan termasuk menyanyi, bermain alat muzik serta fasih al-Quran Braille. Foto: Canva

Baca juga Wanita Israel Derma Buah Pinggang Sempena Hari Jadinya kepada Kanak-Kanak Gaza

Turut disyorkan Terpaut dengan alunan merdu al-Quran di Masjid Negara, dua pelancong Jepun peluk Islam

Sebagaimana dikongsikan pengguna Instagram Addie MS, selain berkebolehan menyanyi, bermain piano dan seruling, Putri turut fasih mengalunkan al-Quran Braille.

Putri kini merupakan salah seorang peserta akhir dalam AGT musim ke-18. Dia akan bersaing dengan peserta lain daripada pelbagai latar belakang untuk merebut hadiah bernilai AS$1 juta dan kontrak persembahan di Las Vegas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ADDIE MS (@addiems999)


Baca juga Majlis Khatam Al-Quran 2.0 SI+ serlah kehebatan OKU penglihatan, malah ada peserta hafiz yang hafal sepenuhnya kitab suci itu

Nama Putri Ariani mungkin hanya dikenali selepas videonya tular tetapi gadis kelahiran Riau itu mula dikenali di negara kelahirannya selepas memenangi Indonesia’s Got Talent pada 2014, ketika usianya lapan tahun.

“Salah satu cabaran saya adalah orang melihat saya sebagai orang buta dan bukan sebagai penyanyi, tetapi bila saya menyanyi saya rasa seperti seorang legenda,” katanya seperti yang dipetik dari portal Astro Awani.

Putri Ariani

PUTRI Ariani memenangi Indonesia’s Got Talent pada 2014, ketika usianya lapan tahun.

Baca juga Rahsia Safwa, hafizah al-Quran cemerlang ACCA

Dalam pada itu, Putri mula menyanyi ketika berusia dua tahun dengan meniru bunyi yang didengarinya. Ibu bapanya pula menyokong bakatnya dan mendaftarkan gadis itu di sekolah muzik.

Selepas kemenangannya di Indonesia’s Got Talent, Putri terus mengeluarkan album studio dan pelbagai single. Salah satu kemuncak kerjaya mudanya setakat ini ialah beraksi pada majlis perasmian Sukan Para Asia 2018 di Jakarta.

Sumber: Astro Awani & Instagram Addie MS

Foto: Twitter & Instagram