Browsing Tag

membuka aib

gambar mangsa kemalangan
Berita Semasa,

Ingatan bekas Mufti kepada netizen, hentikan sebaran gambar, video mangsa nahas pesawat kerana dianggap membuka aib

Ingatan bekas Mufti kepada netizen, hentikan sebaran gambar, video mangsa nahas pesawat kerana dianggap membuka aib

BERHENTI menyebarkan gambar atau video mangsa kemalangan di media sosial, lebih-lebih lagi jika ia memaparkan muka atau tubuh badan individu berkenaan.

Hakikatnya, perkara itu kerap berlaku sejak negara digemparkan dengan kejadian nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam pada Khamis.

Baca juga Jangan suka-suka viralkan gambar jenazah, ini hukumnya yang wajib kita tahu

gambar mangsa

 

Susulan peristiwa itu, ada segelintir pihak yang seolah-olah berlumba-lumba ingin menjadi ‘wartawan segera’ dengan menyebarkan gambar dan video mangsa yang terbakar tanpa sekelumit rasa bersalah.

Perlakuan sedemikian ditegur oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi satu ciapan di Twitter.

Kata beliau, perlakuan tidak bermoral itu akan melukakan hati keluarga mangsa yang terlibat.

“Haram sebarkan video atau gambar mangsa yang rentung dalam tragedi tersebut. Itu akan melukakan hati keluarganya, malah ia juga melibatkan maruahnya (mangsa),” ciap Zulkifli.

Sabda Nabi SAW, “Hak setiap Muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

ARTIKEL BERKAITAN:

MENYEBARKAN gambar atau video mangsa kemalangan boleh membuka aib individu tersebut selain melukakan hati keluarganya. Gambar hiasan/123RF

Baca juga Solat jenazah ghaib bukan untuk arwah yang hilang atau di luar negara sahaja. Ini perinciannya

Manakala, pendakwah Ustaz Mohammad Abdul Kadir Sahak memberitahu, penyebaran gambar mahupun video yang memaparkan wajah atau tubuh badan mangsa kemalangan dalam laman media sosial adalah perkara yang haram di sisi agama Islam.

Tambahnya, kematian tersebut tidak kira sama ada meninggal secara biasa, mangsa kemalangan maut, mangsa bunuh atau kes bunuh diri.

“Kita masih ditegah untuk mengambil gambar, video kerana mencemar kemuliaan seseorang manusia tidak kira sama ada gambar orang yang meninggal dunia secara biasa atau akibat kemalangan.

“Yang berlaku, biarkan kekal berlaku dan diketahui orang yang ada di lokasi kejadian, siapa yang mampu membantu, maka dia bantu.

“Bukan untuk ambil kesempatan untuk dapat ‘like’ di Facebook dan seumpamanya, maka perkara ini ditegah dalam agama,” kongsinya menerusi laman Facebook miliknya.

Titip agamawan itu, sebaliknya kita disunahkan untuk menyelimutkan jenazah dengan niat untuk menjaga kehormatan mangsa sekiranya bertemu dengan mangsa kemalangan yang disahkan meninggal dunia.

Sumber: Facebook & Majoriti

Foto: BERNAMA & 123RF

stiker Whatsapp dosa
Berita Semasa,

‘Design’ muka orang jadi stiker ‘Whatsapp’, memanglah kelakar tapi boleh datangkan DOSA!

‘Design’ muka orang jadi stiker ‘Whatsapp’, memanglah kelakar tapi boleh datangkan DOSA!

KECANGGIHAN dunia komunikasi digital pada masa kini telah membuahkan pelbagai inovasi baru bagi menambah minat pengguna media sosial yang rata-rata terdiri daripada golongan belia.

Misalnya, penggunaan stiker dan emoji yang memaparkan imej tertentu semasa membalas mesej seseorang adalah suatu perkara yang tidak asing lagi.

Malah fitur digital itu begitu popular dalam kalangan semua lapisan masyarakat, baik tua mahupun muda, kerana ia mampu menggambarkan perasaan si pengguna dengan lebih terperinci berbanding teks biasa.

Dalam pada itu, ramai memandang ringan terhadap stiker serta tidak ambil peduli mengenai hukum di sebalik penggunaannya kerana hanya menganggap ia sebagai suatu hiburan kecil.

Baca juga Tiga kesalahan bergurau yang boleh mendatangkan dosa di media sosial

stiker Whatsapp dosa

Hati-hati dengan stiker melanggar syarak
Jelas penceramah bebas Dr Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi), sememangnya hukum menggunakan stiker dalam Islam menurut pandangan ulama kontemporari tidaklah menjadi masalah selagi mana ia tidak melanggar hukum syarak.

Namun, stiker tersebut boleh dikira melanggar hukum syarak sekiranya ia mempunyai unsur yang membawa kepada keruntuhan akhlak seperti sticker berbaur lucah ataupun sticker berupa gambar orang lain yang digunakan tanpa kebenaran, apatah lagi jika ditambah pula kata-kata mengaibkan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Memetik sebuah media tempatan, agamawan itu berkata, ada beberapa situasi yang boleh menyebabkan stiker menjadi haram untuk digunakan.

1. Menggunakan stiker identiti orang lain dengan cara mengaibkan.
Menghormati saudara seislam yakni menjaga maruah dan air mukanya merupakan satu kewajipan sesama muslim.

Sabda Nabi SAW, “Muslim yang satu dengan muslim yang lainnya adalah bersaudara tidak boleh menyakiti, merendahkan, atau pun menghina. Takwa itu ada di sini (Rasulullah menunjuk dadanya), Beliau mengucapkannya sebanyak tiga kali.

“Seseorang telah dianggap berbuat jahat apabila ia menghina saudaranya sesama muslim. Muslim yang satu dengan yang Iainnya haram darahnya. Hartanya, dan kehormatannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis ini dengan jelas mengharamkan seorang muslim menjatuhkan maruah muslim yang lain dalam apa-apa bentuk termasuklah dengan menggunakan stiker yang boleh menjatuhkan maruah seseorang.

Baca juga Hati-hati, berdosa mendedahkan aib sendiri

stiker Whatsapp dosa

KECANGGIHAN teknologi kini telah mewujudkan pelbagai aplikasi serta fitur digital baharu. Foto: 123RF

2. Menggunakan stiker dengan imej orang lain bertujuan menghina.
Kita mungkin akan ketawa dan seronok akan kecacatan seseorang yang diuji oleh ALLAH ke atas mereka. Tetapi pernah atau tidak kita memikirkan akan hukum tersebut?

Firman ALLAH: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka, dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puan perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka.”(Surah al-Hujurat, ayat 11)

Baca juga Meski teruja dengan kemunculan AI, perhati juga kedudukan hukum dalam penciptaan imej manusia

Turut disyorkan Teknologi AI sempurnakan fardu kifayah

TIDAK salah menggunakan stiker atau ’emoji’ di aplikasi media sosial, namun jangan sampai mencabuli privasi dan maruah orang lain. Foto: 123RF

Baca juga Tawaf pun hendak buat ‘live’, jauhi perbuatan kongsi ibadat di media sosial

3. Menggunakan stiker wajah orang lain tanpa kebenaran.
Dr Nur Mohammad Hadi turut mengingatkan umat Islam agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan wajah orang lain untuk dijadikan stiker tanpa meminta kebenaran individu itu terlebih dahulu.

Ujar beliau, hukum menggunakan stiker gambar orang lain tanpa kebenaran boleh jadi berdosa di samping mampu menjatuhkan maruah seseorang.

Titipnya, setiap muslim haruslah menjaga lidah dan tangannya daripada menyakiti orang Islam yang lain khususnya dengan penggunaan stiker yang memaparkan wajah orang lain sehingga membuka aib mereka.

Walaupun nampak remeh, namun ingatlah bahawa setiap perbuatan yang kita lakukan akan dicatat amalannya tanpa kita sedari. Jangan sampai kita mengumpul dosa kerana mengaibkan orang lain melalui kecanggihan teknologi.

Sumber: mstar

Foto: 123RF

‘Design’ muka orang jadi stiker ‘Whatsapp’, memanglah kelakar tapi boleh datangkan DOSA!