Browsing Tag

melewatkan solat

solat haid
Ibadah,

Para wanita, jangan lewatkan solat sehingga datang haid atas sebab ini

Para wanita, jangan lewatkan solat sehingga datang haid atas sebab ini…

LUMRAH bagi insan bergelar wanita untuk mengalami rutin bulanan yang dikenali sebagai haid. Bagi kaum hawa yang mempunyai kitaran haid normal, mereka mampu mengagak dengan lebih tepat tarikh seterusnya fenomena biologi itu akan berlaku berdasarkan kiraan serta pengalaman bulan sebelumnya.

Namun ada pula wanita yang mempunyai kitaran haid yang tidak tetap. Ditambah pula, tidak ada tanda-tanda seperti sakit perut, maka mungkin agak sukar untuk mengagak dan lebih bersedia.

Sebagai wanita Muslim, apabila bercakap tentang waktu haid, ia juga berkait rapat dengan ibadah khususnya solat. Umum mengetahui hukumnya haram untuk wanita solat apabila sedang dalam keadaan haid. Namun bagaimana pula jika waktu solat telah masuk tetapi seorang wanita melambat-lambatkan solat dan tiba-tiba haid datang?

Baca juga Bolehkah wanita haid memegang al-Quran dengan kain pelapik?

solat haid

Baca juga [VIDEO] Wanita berhadas besar tak boleh masuk ke masjid walaupun untuk menimba ilmu dalam majlis agama

Hukum wanita lambatkan solat sehingga datang haid
Dalam hal ini, penerangan daripada pihak Mufti Wilayah Persekutuan dirujuk. Terlebih dahulu hukum bagi solat di awal waktu adalah diharuskan tetapi tidak sampai ke tahap wajib. Jika seseorang telah berazam untuk solat sebelum habisnya waktu, maka dia tidak berdosa.

Sama juga keadaannya dalam hal haid, apabila seseorang wanita telah berazam untuk menunaikan solat sebelum habis waktu, dan tiba-tiba haid datang dan menghalanginya solat, dia tidak dianggap meninggalkannya dengan sengaja.

Turut disyorkan Wanita period boleh amalkan doa ini untuk dapat pahala macam solat

APA pandangan Islam jika sudah masuk waktu solat tetapi seorang wanita melambat-lambatkan solat dan tiba-tiba haid datang?

Baca juga Sah hanya untuk satu solat fardu, ini cara wuduk sebenar wanita istihadah

Selepas haid berakhir tetap kena ganti solat, kerana…

Seterusnya, jika tempoh antara waktu solat masuk dan waktu datang haid memungkinkan dia untuk solat, dalam erti kata lain mempunyai cukup waktu untuk menunaikan solat, maka wajib untuknya menggantikan semula solat tersebut.

Tetapi jika tempohnya tidak memungkinkan dia untuk menunaikan solat, mudahnya tidak sempat pun untuk menunaikan solat, maka tidak perlu qada’. Contohnya waktu masuk solat Asar ialah pada pukul 4.19 petang dan dia didatangi haid pada pukul 4.20, maka waktu tersebut terlalu singkat untuk memungkinkan dia solat, maka dikira tidak wajib qada’.

Solat di awal waktu adalah lebih baik daripada solat di hujung waktu, sekalipun tempoh bagi satu-satu solat itu masih panjang.

Namun, Islam juga memberikan kelonggaran berdasarkan keadaan. Yang penting, telitilah waktu masuk solat, dan usah melambat-lambatkan solat agar tidak terlepas peluang untuk solat seandainya didatangi haid.

Sumber: Tzkrh 

Foto: Pexels