Browsing Tag

mangsa nahas

Abdur Rahman Amir Ruddin,
Berita Semasa,

Rawat Jiwa depan Kaabah, Abdur Rahman dibawa ke Mekah tunaikan umrah

Rawat Jiwa depan Kaabah, Abdur Rahman dibawa ke Mekah tunaikan umrah…

WALAUPUN tidak berada di tempat kejadian, akan tetapi trauma yang dihadapi pasti akan meninggalkan bekas di hati apatah lagi apabila melibatkan kehilangan ahli keluarga tercinta.

Bagi mengubat jiwa Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, yang baru sahaja kehilangan enam ahli keluarganya secara sekali gus dalam nahas kemalangan, pemilik syarikat umrah, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd, Jay Ibrahim tampil membantu dengan menawarkan pakej umrah kepadanya.

Katanya, kecekalan Abdur Rahman mengimamkan solat jenazah semua ahli keluarganya juga menyentuh jiwanya dan memahami ujian berat dihadapi remaja itu yang kehilangan insan disayangi dalam sekelip mata.

Baca Juga Imamkan solat jenazah untuk ibu bapa meninggal, anak lebih afdal daripada tok imam

“Saya tidak dapat meringankan beban kesedihannya, apa yang boleh saya bantu ialah memberi peluang Abdur Rahman merawat jiwa laranya di tempat terbaik di depan Kaabah.

“Kami tahu dugaan dihadapinya sangat berat, jadi kami beri dia peluang merawat jiwa laranya di hadapan Kaabah, biar dia mengadu pada ALLAH atas kesedihannya selepas hilang enam ahli keluarga serentak,”

ENAM mangsa nahas kemalangan terdiri daripada Allahyarham Amir Ruddin Ismail, 46 dan isterinya Norahimah Noor Muhammad, 43 serta empat orang lagi adik beradiknya.

“Biar dia mengadu kepada ALLAH dan berdoa di makam Rasulullah. Mungkin dengan cara ini, Abdur Rahman dapat membina semula kekuatan dirinya yang kini sebatang kara.

“Kita berharap Abdur Rahman dapat menerima takdir ini dengan tabah,” katanya kepada laman berita tempatan.

Jay sebelum itu mengunjungi Abdur Rahman di rumah keluarganya di sini.

Baca Juga [Video] Adakah orang yang meninggal akan disoal malaikat walaupun tiada kubur?

Turut Disyorkan Usah persiakan usia, mengabaikannya lebih teruk daripada kematian

Dalam tragedi memilukan itu, mangsa yang maut ialah pasangan suami isteri, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Noorahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anak mereka iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Seorang lagi anak mereka, Abdullah, 15, parah dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Ahmad Zamry Marinsah mengesahkan, Abdullah Amir Ruddin yang masih mendapat rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Segamat itu, kini menggunakan alat bantuan pernafasan.

JAY (dua kiri) menawarkan pakej umrah percuma kepada Abur Rahman (tiga dari kiri) ketika mengunjunginya di rumahnya di Muar hari ini. Foto: Jay

Kemalangan berlaku ketika tujuh beranak itu dilaporkan dalam perjalanan dari Kluang ke Segamat untuk menghantar Noorahimah yang bertugas sebagai guru Sekolah Agama Kemedak.

Jay berkata, pihaknya menyerahkan kepada Abdur Rahman memilih sendiri tarikh yang sesuai untuk ke Tanah Suci dan sedia menguruskannya jika dia mahu segera ke Mekah.

Baca Juga Jangan mengelak bila ada kematian, lelaki Muslim digalakkan iring jenazah ke pusara kerana pahalanya sebesar Gunung Uhud

Sementara itu, ditanya reaksi Abdur Rahman mengenai tawaran diberikan, Jay berkata, dia sangat terharu mendapat peluang itu tetapi berbelah bahagi untuk meninggalkan adiknya yang masih dirawat di hospital.

“Jadi saya minta dia berbincang dulu dengan waris keluarganya. Mereka ahli keluarga yang baik, Abdur Rahman sendiri adalah bilal dan arwah ayahnya seorang imam, manakala arwah adik-adiknya hafaz al-Quran,” katanya.

“Jika dia mahu pergi sekarang, mungkin baik juga kerana dia boleh mendoakan kesihatan adiknya, Abdullah yang parah dan masih dirawat di ICU Hospital Segamat,” katanya.