Browsing Tag

Lupa baca doa awal dan akhir tahun

Hidup tak lancar
Soal Jawab Agama,

[Video] Tak baca doa awal dan akhir tahun penyebab hidup tak lancar?

“PATUTLAH hidup aku tak lancar, baru teringat hari tu terlupa baca doa awal dan akhir tahun masa Maal Hijrah.”

Walaupun nampak remeh, tetapi pernyataan itu cukup membuatkan hati kita bergetar. Tiba-tiba rasa waswas mula membelenggu diri.

“Takkanlah gara-gara itu, urusan hidup kita tak lancar dan menjadi kucar-kacir?”

Sudahlah setahun lamanya hendak menunggu tahun baharu lagi, baru boleh membaca doa awal dan akhir tahun itu.

Memperbetulkan persepsi tersebut, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Universiti Teknologi Mara Cawangan Selangor, Ustazah Noor Rashidah A Rahman menjelaskan, terlupa membaca doa pada hujung atau awal tahun tidaklah menyebabkan kehidupan kita dalam setahun itu menjadi kucar-kacir.

USTAZAH NOOR RASHIDAH

Baca juga Amalan pada hujung dan awal tahun Hijrah tiada dalil? Berikut penjelasannya

“Ini kerana kita sememangnya kena berdoa kepada ALLAH setiap hari dan masa tanpa henti serta tanpa nanti.

“Mengertilah bahawa doa sebenarnya merupakan suatu ibadah yang tiada ketetapan waktu khusus atau di mana tempat kita perlu berdoa,” katanya sebagaimana ketika menjawab persoalan warganet menerusi segmen Soal Jawab Agama Sinar Islam Plus.

Jika diteliti maksud doa, pendakwah itu menjelaskan, ia merupakan permohonan pertolongan dan bantuan oleh seorang hamba kepada Tuhannya.

“Demikian definisi doa menurut Imam al-Khattabi Rahimahullah.

“Malah, hakikat doa itu adalah kita mengekspresikan kefakiran, kelemahan dan kehinaan kita kepada ALLAH SWT,” ungkapnya.

Sebagai hamba, katanya, kita memang diperintahkan untuk sentiasa berdoa kepada ALLAH SWT.

Ia sebagaimana disebutkan dalam firman ALLAH SWT: “Dan apabila hamba-hamba-KU bertanya kepadamu mengenai AKU, maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya AKU (ALLAH) sentiasa hampir (kepada mereka); AKU perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-KU…” (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Lupa baca doa awal dan akhir tahun
Video,

[Video] Urusan hidup tak lancar kalau lupa baca doa awal dan akhir tahun, benarkah begitu?

Urusan hidup tak lancar kalau lupa baca doa awal dan akhir tahun, benarkah begitu?

ADA yang mendakwa, kehidupan kita akan menjadi kucar-kacir dan tidak teratur apabila tidak membaca doa awal dan akhir tahun ketika masuknya tahun baharu Maal Hijrah tempoh hari.

Masalahnya, bukannya sengaja tidak membaca doa tersebut, tetapi terlupa sebenarnya.

Bagaimana pula jika begitu situasinya? Jom sama-sama kita dengar penjelasan Ustazah Noor Rashidah A Rahman dalam program Soal Jawab Agama.