Browsing Tag

Letupan bom Peshawar

Letupan bom masjid Peshawar
Antarabangsa,

Letupan bom di masjid Peshawar ketika Muslimin sedang solat Zuhur, ini fakta-fakta yang perlu diketahui

SATU insiden letupan bom berlaku masjid di bandar Peshawar di barat laut Pakistan semasa solat Zuhur pada Isnin mengakibatkan sekurang-kurangnya 59 orang terbunuh dan 157 lagi cedera.

Demikian yang dilaporkan oleh jurucakap hospital kepada agensi berita BBC News pada Selasa.

Menerusi laporan sama, serangan pengebom berani mati itu menyasarkan anggota polis yang sedang menunaikan solat di masjid yang berada di dalam kawasan ibu pejabat polis dikawal ketat.

Bagaimanapun dalam laporan media antarabangsa lain, ada yang menyatakan bahawa kejadian berlaku ketika sebilangan besar orang berkumpul untuk mendirikan sembahyang.

Baca juga Serangan Israel setiap kali RAMADAN?

Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif dalam kenyataannya berkata: “Pengganas mahu menimbulkan ketakutan dengan menyasarkan mereka yang menjalankan tugas mempertahankan Pakistan.”

Letupan bom masjid Peshawar

PEGAWAI polis membuka laluan kepada ambulans untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital dari tapak letupan bom di Peshawar, Pakistan pada Isnin. -FOTO: AP

Ketika kejadian sekitar jam 1.30 petang waktu tempatan (4.30 petang waktu Malaysia), Ketua Polis Peshawar Muhammad Ijaz Khan berkata, terdapat antara 300 dan 400 pegawai polis dalam kawasan berkenaan.

Sementara itu, menurut laporan Agensi, pegawai polis, Sikandar Khan berkata, pengebom tersebut duduk di saf hadapan solat berjemaah di dalam masjid berkenaan.

Portal berita The Hindu melaporkan, pengebom yang berada di barisan hadapan itu meletupkan dirinya menyebabkan bumbung runtuh menimpa jemaah.

“Muhammad Ijaz Khan berkata, sekurang-kurangnya lima subinspektor dan imam masjid, Maulana Sahibzada Noorul Amin adalah antara mangsa yang maut,” katanya sebagaimana dipetik menerusi thehindu.com.

Baca juga [Video] Himpunan bantah bakar al-Quran jadi perhatian di Kedutaan Sweden

Insiden itu turut mengakibatkan kerosakan kepada masjid. BBC melaporkan, menerusi video yang tersebar di media sosial dan disahkan, separuh dinding masjid runtuh.

“Bangunan itu hanya tinggal batu-bata pada satu sudut dan serpihan ketika orang ramai memanjat runtuhan tersebut untuk melarikan diri.

“Beberapa jam selepas letupan, BBC News menyaksikan masjid dipenuhi dengan mangsa cedera dan ramai mangsa yang memakai pakaian seragam polis.

Letupan bom masjid Peshawar

SEORANG lelaki yang masih memakai seragam polis menerima rawatan di hospital di Peshawar. -FOTO: BBC NEWS

“Malah, terdapat sebilangan mangsa diselaputi krim melecur pada badan, selain kulit mengalami kemerahan akibat melecur. Segelintirnya pula patah tulang selepas terkena runtuhan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laporan agensi berita berkenaan.

Peristiwa malang itu turut mengakibatkan salah seorang daripada mangsa tidak dapat mendengar kerana bunyi letupan tersebut.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Antonio Guterres mengutuk serang tersebut.

“Jurucakapnya berkata, amat menjijikkan bahawa serangan sedemikian berlaku di tempat ibadat,” katanya.

Baca juga Arab Saudi negara penderma bantuan kemanusiaan nombor satu dunia

Sehingga artikel ini ditulis, Taliban Pakistan menafikan penglibatan mereka dalam insiden tersebut.

Kumpulan tersebut menamatkan gencatan senjata pada bulan November lalu. Sejak itu, keganasan semakin meningkat.

Pada bulan Disember lalu, sebuah balai polis seperti di Peshawar di barat laut negara itu pernah disasarkan sehingga membawa kepada kematian 33 militan.

***Foto: Getty Images & BBC News