Browsing Tag

lelaki lebih 4 perkara

Lelaki lebih 4 perkara
Gaya Hidup,

Seeloknya lelaki lebih 4 perkara ini daripada wanita, hayati saranan Imam al-Ghazali

Seeloknya lelaki lebih 4 perkara ini daripada wanita, hayati saranan Imam al-Ghazali

BUKAN mudah untuk menjadi lelaki. Maklum sahajalah, mereka diberikan tanggungjawab untuk memimpin tanggungan masing-masing.

Tidak cukup sekadar menjadi ‘imam’ kepada isteri dan anak-anak, mereka juga diamanahkan untuk memberi nafkah serta mendidik mereka.

Dek kerana amanah yang dipikul itu, sudah tentulah kaum Adam perlu memiliki sesuatu yang ‘lebih’ daripada seorang wanita.

Pendakwah dan penulis, Ustaz Addien Abdul Kadir menjelaskan, Imam al-Ghazali pernah menyatakan empat hal yang mana lelaki perlu ada lebih daripada wanita sebagaimana disebutkan dalam karyanya, Ihya’ Ulumiddin.

Ia supaya kelompok itu tidak mudah diremehkan atau dipandang rendah oleh kaum Hawa.

Baca juga Rasulullah SAW memenuhi imej lelaki maskulin, sihat dan cergas

Berikut perincian berkaitan lelaki lebih 4 perkara daripada wanita:

  1. Lelaki lebih tua daripada isteri.
  2. Lelaki lebih tinggi daripada isteri.
  3. Lebih berharta daripada isteri.
  4. Keturunannya lebih baik.

Meskipun demikian, Ustaz Addien menjelaskan, ia bukanlah satu kewajipan mahupun kemestian yang perlu dipenuhi.

“Semua itu hanyalah nasihat dan tip berdasarkan kepada hidup manusia zaman-berzaman.

Lelaki lebih 4 perkara

KAUM lelaki disarankan supaya lebih 4 perkara daripada wanita. -Foto: 123rf

“Bukan semua isteri yang kaya daripada suami itu tak baik. Cuma biasanya, dalam banyak keadaan, lelaki itu kalau kurang bab tersebut, dia akan dipandang rendah. Begitulah,” kongsi beliau dalam bebenang di Twitter miliknya.

Bukan sahaja kaum Adam, pendakwah itu menjelaskan wanita juga perlu lebih empat perkara daripada lelaki.

Beliau kemudian memetik pandangan Imam al-Ghazali dan al-Dimyati tentang keunggulan wanita lebih daripada lelaki dalam empat perkara iaitu:

  1. Rupa paras.
  2. Adab.
  3. Fizikal.
  4. Warak (menjaga diri daripada hal haram dan syubhat).

“Namun begitu, Imam Khatib as-Syirbini berkata, amat jarang empat sifat itu ada pada seorang wanita.

Baca juga Keistimewaan wanita dalam Islam yang ramai tidak perasan

“Lelaki boleh cuba mencari yang ada semua sifat ini, tetapi kalau tak jumpa, jangan ‘frust’ sebab ulama beratus tahun dulu lagi sudah cakap bahawa ia ‘rare’.

“Kalau jumpa, ia dikira bertuah kerana empat sifat itu adalah sifat-sifat wanita-wanita syurga,” ungkapnya.

Kepada mereka yang mahu berumah tangga, Ustaz Addien berkata, boleh melihat empat perkara yang disarankan para ulama tersebut.

“Boleh dijadikan sebagai panduan untuk mencari calon suami dan isteri masing-masing,” titipnya.