Browsing Tag

legasi

Hagia Sophia
Antarabangsa,

Hagia Sophia, legasi Sultan Muhammad Al Fateh sambut ulang tahun ketiga

BANGUNAN ikonik Hagia Sophia yang terletak di bandar Istanbul, Turkiye menyambut ulang tahun ketiga sebagai masjid, lapor Agensi Anadolu.

Ketua Direktorat Hal Ehwal Agama Turkiye (Diyanet), Ali Erbas mengetuai solat Subuh di Masjid Besar Hagia Sophia.

Beliau menyifatkan pembukaan semula Hagia Sophia sebagai masjid adalah perkara yang paling menggembirakan dalam hidupnya.

“Dengan keputusan Presiden kami, Hagia Sophia berjaya dibuka semula untuk umat Islam beribadat,” katanya sambil menambah masjid berkenaan telah menerima 21 juta pengunjung sejak ia dibuka.

Baca Juga Istana bersejarah Gaziantep berusia lebih 2000 tahun musnah akibat gegaran

Mengimbau kembali sejarah, dua tahun yang lalu (24 Julai 2020), merupakan momen penuh bersejarah bagi Turkiye ketika Hagia Sophia ‘memudarkan’ statusnya sebagai muzium dan dikembalikan fungsinya menjadi Masjid Besar Hagia Sophia.

Keputusan itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turkiye mengeluarkan keputusan susulan Majlis Negara mengemukakan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 bagi mengubah bangunan itu kepada muzium.

Masjid Hagia Sophia Amsterdam, yang menjadi sasaran serangan Islamofobia, setelah tingkapnya pecah pada 05 Julai 2021. Gambar: (Selman Aksunger / AA)

Erdogan mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Keputusan itu mungkin menyebabkan wujud ketegangan negara jiran, Greece yang mahu bangunan itu dikekalkan sebagai muzium.

Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keeenam.

Artikel Berkaitan 

Monumen itu berfungsi sebagai gereja selama 916 tahun sehingga penaklukan Istanbul. Ia kemudian menjadi masjid dari 1453 hingga 1934 hampir 500 tahun, dan terakhir sebagai muzium selama 86 tahun.

Salah satu bangunan bersejarah yang paling banyak dikunjungi di Turkiye oleh pelancong domestik dan antarabangsa, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam senarai Warisan Dunia UNESCO pada 1985.

Sejarah telah diselewengkan dan disembunyikan

Walaupun sudah dirungkai mengenai sejarahnya, namun masih ada juga yang menyangkal dan menganggap ia diselewengkan.

GAMBAR ini adalah bukti surat pembelian Sultan Muhammad Al Fateh dari pihak gereja Hagia Sophia yg membuktikan Baginda membeli Hagia Sophia. Foto: Gercek Gundem

Perkara ini dibuktikan sendiri oleh Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung dengan menunjukkan gambar bukti surat pembelian Sultan Muhammad Al Fateh dari pihak gereja Hagia Sophia yang membuktikan Baginda membeli Hagia Sophia.

“Kalau dah beli, hak milik telah pun bertukar dan bekas pemilik sudah tiada hak apa sekalipun terhadap harta itu!

“Jadi istilah ‘merampas’ dari gereja Kristian mahupun Hindu yang ‘claim’ itu adalah kuil tidak ‘valid’ lagi. Ia adalah hak kerajaan Uthmaniyyah dan alasan mahkamah Turkiye mengembalikan status Hagia Sophia menjadi masjid adalah sah!

Baca Juga Al-Quran terkecil di dunia ini pernah melalui perang dan peristiwa bersejarah

“Majlis Negara Turkiye memutuskan bahawa, oleh kerana Hagia Sophia dimiliki oleh Yayasan Fatih Sultan Mehmet Han, statusnya di dalam akta tersebut disenaraikan sebagai masjid dan tidak dapat diubah.

“Majlis itu berpendapat Sultan Uthmaniyyah Mehmet II, yang menakluki Istanbul, menganggap harta benda itu digunakan oleh orang ramai sebagai masjid tanpa sebarang bayaran dan tidak berada dalam bidang kuasa Parlimen atau majlis kementerian,” tulisnya.

Sumber : Gercek Gundem