Browsing Tag

Lambat berbuka

Nafkah suami kepada isteri
Video,

[Video] Berdosakah jika lambat berbuka puasa?

Berdosakah jika lambat berbuka puasa?

AZAN Maghrib akan berkumandang tidak lama lagi. Malangnya tiada sebutir makanan mahupun minuman untuk dijadikan hidangan berbuka lagi.

Sedangkan, kita pula masih tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Hati mula dilanda rasa resah gelisah kerana bimbang dikatakan melewat-lewatkan berbuka.

Dalam situasi ini, bukannya kita sengaja pun. Kesesakan luar biasa pula hari ini. Selalunya, elok sahaja sampai di rumah dan berbuka.

Adakah melewat-lewatkan berbuka mendatangkan dosa kepada orang yang berpuasa?

Baca juga Ini sebabnya kenapa Rasulullah SAW berbuka puasa dengan kurma 

Jom ikuti penjelasannya bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah dalam segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan.