Browsing Tag

kutip sampah

wan
Berita Semasa,

Pemungut sampah juga mulia di sisi Islam, kisah kegigihan Wan demi adik-adik raih pujian

DI sebalik kisah sebagai pemungut sampah, lelaki ini rupa-rupanya mengambil keputusan berhenti belajar sejak tingkatan dua untuk menyara ibu dan tiga adiknya.

Lapor media tempatan, lelaki dikenali sebagai Wan Othman Nor Hasyim ini tidak memilih kerja dan sanggup bergelumang dengan busuk sampah asalkan dapat mencari rezeki halal buat keluarga.

Sebagai anak lelaki sulung, Wan berasa bertanggungjawab mengambil alih tugas bapa dan memastikan adik-adiknya mendapat pendidikan sempurna.

“Saya sekolah tak habis, tak ada kelulusan PMR atau SPM. Nak cari kerja susah sebab kebanyakan majikan mahukan kelulusan pendidikan.

Baca Juga Lelaki ini masuk Islam kerana terpesona dengan kehebatan tahajud

“Tapi saya gembira melakukan pekerjaan ini. Tak rasa pun nak cari kerja lain buat masa ini. Sedar-sedar dah hampir dua tahun saya bekerja sebagai pemungut sampah.

Wan dikenali warganet selepas dia memuat naik video di TikTok akan kisahnya bekerja keras demi melihat adik-adiknya membesar dengan penuh kasih sayang.

Dalam video itu, Wan sekeluarga dilihat keluar bersiar-siar dan menikmati hidangan di restoran makanan segera, KFC.

DALAM video itu, Wan sekeluarga dilihat keluar bersiar-siar dan menikmati hidangan di restoran makanan segera, KFC.

 

@_garbageman🥰

♬ suara asli – rere munthe

Kerja mulia di sisi Islam

Dalam kehidupan seharian, pasti kita akan terjumpa beberapa buah tong tong sampah yang besar yang selalu ditempatkan di tepi-tepi jalan.

Jika kita tinggal di kawasan perumahan, pasti ada tong sampah disediakan di hadapan rumah untuk dikutip oleh pengutip sampah yang dilantik oleh pihak berwajib.

Adakalanya kita juga akan terserempak dengan pengutip sampah yang sedang memasukkan sampah ke dalam lori. Setelah selesai mereka akan berpindah pula ke tong tong sampah yang lain.

Baca Juga Perkahwinan 3 anak tak sah gara-gara bapa masih dalam ihram, sebab itu penting kursus sebelum tunai umrah

Adakalanya berlari-lari anak mereka mengejar ke tong yang berikutnya sementara lori sampah berjalan perlahan-lahan menyusuri lorong-lorong dan jalan-jalan yang mempunyai tong sampah.

Begitulah rutin pekerjaan mereka.

Seperti dikongsi Puan Ummi di laman blog peribadinya, kerjaya mengutip sampah ini merupakan fardu kifayah kepada umat Islam.

SESEORANG yang mencari rezeki hendaklah memasang niat untuk bekerja kerana ALLAH SWT dan membantu umat Nabi Muhammad SAW.

Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf.

Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam.

Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan.

Baca Juga Lelaki buat kecoh dalam pesawat kerana ingin solat, fahami tatacara sebenar solat atas kapal terbang

Begitu juga dengan seorang pengutip sampah, merekalah sebenarnya yang paling meninggalkan jasa kepada setiap manusia dan kehidupan.

Sebagai seorang hamba kepada Sang Pencipta, carilah berkat daripada setiap pekerjaan itu, kerana yang paling utama adalah semata-mata untuk mencari reda ALLAH dan bukan reda manusia.