Browsing Tag

Korban

daging korban
Berita Semasa,

Daging korban dibawa keluar dari kawasan atau negeri, bolehkah? Ini penjelasan agamawan

DAGING korban akan mula diedarkan pada Hari Raya Aidiladha selepas proses penyembelihan dilakukan pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Bagaimanapun, mungkin timbul persoalan dalam kalangan individu yang melakukan korban tentang pengagihan daging sama ada boleh dibenarkan dibawa keluar dari kawasan (mukim) atau negeri ia dikorbankan? Kebiasaannya menjadi tuntutan kepada umat Islam pada setiap tanggal
The post Daging korban dibawa keluar dari kawasan atau negeri, bolehkah? Ini penjelasan agamawan appeared first on Sinar Plus.

Organ dalaman haiwan
Hukum,

Organ dalaman haiwan tidak boleh dimakan? Ini hukumnya yang wajib kita tahu

SEGELINTIR orang gemar memakan organ dalaman haiwan yang disembelih. Sebagai contoh, limpa, hati, lidah lembu, zakar kambing, kepala dan seumpamanya.

Memandangkan kita kini berada dalam mood Hari Raya Aidiladha, pasti penggemar kepada makanan itu tidak melepaskan peluang untuk memakannya.

Apakah sebenarnya pandangan Islam terhadap organ dalaman haiwan?

Memetik artikel e-Kemusykilan Portal Soal Jawab Agama, Pejabat Mufti Negeri Pulau Pinang, hukum memakannya adalah mengikut kepada hukum asal binatang berkenaan.

Baca juga Haram Makan Daging Korban Kerana Kasihan Pada Haiwan Yang Disembelih?

Maksudnya, jika haiwan itu halal dimakan dan memenuhi piawaian sembelihan mengikut kaedah yang ditetapkan dalam hukum syarak, maka organ haiwan berkenaan juga halal dimakan.

Organ dalaman haiwan

JIKA haiwan itu halal dimakan dan disembelih mengikut hukum syarak, dibolehkan untuk kita memakan organ dalaman binatang berkenaan, tetapi hukumnya makruh andai ia melibatkan anggota binatang yang dianggap tidak baik oleh majoriti umat Islam.

“Oleh itu, memakan zakar kambing misalnya, setelah haiwan itu disembelih dengan memenuhi syarat sah sembelihan, ia adalah halal dijamah.

“Namun begitu, perlu diingat, hukumnya adalah makruh. Ini kerana anggota binatang tidak dianggap baik oleh majoriti umat Islam, menurut pandangan Ibn Qudamah dalam kitab al-Mughni.

“Sementara itu, Imam al-Zayla’I menjelaskan dalam bukunya, Tabyiin al-Haqa’iq menyatakan bahawa makruh memakan anggota badan kambing seperti zakar, tiroid, pundi kencing dan pundi hempedunya kerana ia merupakan anggota yang dianggap kotor dan tidak disukai oleh majoriti umat Islam,” katanya sebagaimana dipetik menerusi artikel berkenaan.

Baca juga Tak sah bagi daging korban yang siap dimasak?

Dalam pada itu, memetik video yang dikongsikan di YouTube, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, Nabi Muhammad SAW menganjurkan agar umat Islam mengurangkan makanan yang melibatkan organ dalaman seperti limpa dan hati.

“Boleh makan, tetapi jangan berlebih-lebihan atau terlalu kerap menjamahnya. Kadangkala makanan sebegitu digunakan untuk tujuan berubat. Contohnya, orang yang kurang darah dan seumpamanya,” ungkapnya.

Justeru, ingatlah apa jua yang kita lakukan, jangan berlebih-lebihan atau melampaui batas, kerana Islam mengajar umatnya sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.

Foto: Kompas.com & 123rf 

kenduri kahwin korban
Isu,

Boleh ke buat kenduri kahwin dan jamu tetamu makan daging korban?  

ADAKAH kita dibolehkan menjamu tetamu makan daging korban di kenduri kahwin?

Hari Raya Aidiladha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Hari tersebut membawa kepada hujung minggu.

Maka, tidak hairanlah jika ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan kenduri perkahwinan ketika ini.

Apa tidaknya, boleh dikatakan hampir setiap ahli keluarga akan berkumpul untuk menyambut hari raya bersama.

Alang-alang semua orang ada, memang tidak sukar untuk kita mengatur majlis perkahwinan yang ringkas.

Memandangkan majlis penuh makna itu diadakan ketika musim ibadah korban, bolehkah daging korban dibuat jamuan untuk majlis perkahwinan? Apakah hukumnya berbuat demikian?

Merujuk kepada Mazhab Syafie, umat Islam yang melakukan korban wajib menyedekahkan daging korban kepada golongan fakir atau miskin walaupun sedikit.

Baca juga Tak sempat sembelih haiwan korban hari ini, boleh ke buat hari lain?)

Dalam erti kata lain, kita tidak boleh makan atau ambil semua daging korban berkenaan.

Sebagai contoh, andai kata purata berat seekor lembu adalah 70 hingga 80 kilogram (kg), lalu 5 kg disedekahkan, manakala selebihnya dimakan sendiri, maka sah ibadah korban yang dilakukan.

Seperkara, daging korban yang wajib disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin itu hendaklah dalam bentuk yang masih mentah. Kita dilarang untuk menyedekahkan daging yang dimasak.

Umpamanya, jika 5 kg daging korban yang mentah disedekahkan, manakala yang selebihnya dimasak atau dijamukan kepada orang ramai, maka hukum korbannya adalah harus dan sah.

Berdasarkan hujah di atas, maka individu yang melakukan korban diharuskan untuk memasak daging korban untuk kenduri kahwin selagi mana dia memperuntukkan sedikit daging korban mentah itu untuk disedekahkan kepada orang fakir atau miskin.

Selain itu, kita juga diharuskan memberikan daging korban kepada orang kaya atau mereka yang bukan termasuk dalam kategori orang susah.

Namun begitu, kita tetap masih diwajibkan untuk memperuntukkan walaupun sedikit kepada fakir dan miskin.

Jika dilihat dari segi yang paling utama, lebih afdal jika daging korban yang mentah tadi diberikan kepada orang yang susah dan tidak susah dalam kuantiti yang banyak.

Sementara individu yang melakukan korban tadi hanya mengambil sedikit sahaja.

Semoga dengan sedekah dan ibadah korban yang dilakukan dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, di samping berkongsi rezeki dengan mereka yang jarang sekali dapat merasai daging.

 

Boleh ke buat kenduri kahwin dan jamu tetamu makan daging korban?

Sumber: 99 Soal Jawab Viral Netizen, Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed

Kuku
Hukum,

Sunat tidak memotong kuku, rambut sehingga selesai ibadah korban

BAGI yang berniat menunaikan ibadah korban pada tahun ini, maka dianjurkan agar tidak memotong kuku dan rambut apabila masuknya 1 Zulhijah sehinggalah masing-masing selesai menyembelih haiwan korban mereka.

Mengikut kalendar, 1 Zulhijah jatuh pada lusa iaitu hari Jumaat. Ini bermakna, esok adalah hari terakhir bagi peserta ibadah korban untuk memotong kuku dan rambut.

Anjuran berkenaan bertepatan dengan berpandukan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu Salamah RA.

Beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.” (Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Esok hari terakhir potong kuku bagi yang sudah berniat

Memetik artikel Irsyad al-Fatwa Haji dan Korban Siri 12: Anjuran untuk Tidak Memotong Kuku dan Rambut bagi yang Ingin Melakukan Ibadah Korban Apabila Tibanya 1 Zulhijah yang disiarkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, apabila sudah masuk bulan Zulhijah, perkara tersebut sunat untuk dilakukan termasuklah tidak memotong rambut bukan sahaja pada kepala, tetapi juga pada badan atau wajah sehinggalah haiwan korban mereka disembelih.

Menurut Imam al-Nawawi dalam kitabnya, al-Minhaj Syarh Sahih Muslim menjelaskan, sebahagian ulama memahami hadis yang dinyatakan tadi dengan mengatakan, haram untuk memotong rambut, mencabut bulu-bulu yang ada pada badan dan memotong kuku.

Kuku

MENURUT Imam Syafie dan ashabnya, larangan memotong kuku tersebut dihukumkan sebagai makruh tanzih dan bukannya haram.

“Demikianlah pandangan yang diutarakan oleh Sa’id bin al-Musayyib, Rabu’ah, Ahmad, Daud al-Zahiri, Ishak dan juga sebahagian ashab al-Syafie.

“Adapun, Imam al-Syafie dan ashabnya yang lain mengatakan bahawa larangan tersebut hanyalah makruh tanzih dan bukannya haram,” katanya.

Sesungguhnya, setiap anjuran tersebut pasti ada sebab-sebabnya yang tersendiri.

Ketahuilah bahawa antara hikmah yang disebutkan oleh Imam Nawawi dalam Syarahnya, anjuran tidak memotong kuku dan menggunting rambut bagi mereka yang mengerjakan ibadah korban itu adalah supaya semua anggota yang terdapat pada badannya itu akan dibebaskan daripada api neraka.

Kuku

ANJURAN tidak memotong rambut dan kuku bagi mereka yang berniat mengerjakan ibadah korban itu dalah supaya semua anggota yang terdapat pada badannya itu akan dibebaskan daripada api neraka.

“Ada pula pendapat lemah yang menyatakan, ia adalah untuk menyerupai orang yang berada dalam keadaan ihram yang mana dia diharamkan untuk bergunting, mencukur, memotong kuku dan beberapa larangan lain,” kata artikel berkenaan.

Baca juga Rambut wanita yang dipotong tetap aurat. Tak boleh diperlihatkan pada orang lain sesuka hati

Sementara itu, mereka terpotong rambut dan kuku ataupun sengaja berbuat demikian sebelum melaksanakan ibadah korban, laman web people.utm.my menyatakan, memadai individu berkenaan memohon keampunan kepada ALLAH SWT.

Bahkan, orang itu juga tidak dikenakan fidyah (tebusan atau denda) sebagaimana yang disebutkan oleh Ibn Qudamah RA dalam kitab al-Mughni.

“Majoriti ulama dari Mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hanbali menyatakan, makruh hukumnya memotong kuku atau rambut yang ada pada badan bermula 1 Zulhijah sehingga ibadah korban dilaksanakan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web berkenaan.

Foto: Freepik & Unsplash

tempahan ibadah korban meningkat
Berita Semasa, Dalam Negara,

Tempahan ibadah korban meningkat, waspada pakej palsu

TERBAHARU, lima negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah membenarkan pelaksanaan ibadah korban bagi sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dilakukan di masjid dan surau.

Pihak Exco Negeri bagaimanapun mengingatkan bahawa pelaksanaan aktiviti itu tetap tertakluk kepada beberapa peraturan tertentu yang perlu dipatuhi oleh semua pihak.

Kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) berkenaan dilihat memberi kesan kepada permintaan lembu dan kambing bagi ibadah korban.

Seorang penternak lembu dan kambing di Kapar, Klang, Muhammad Fathullah Jamal berkata, jumlah tempahan kedua-dua haiwan tersebut meningkat sebanyak 20 peratus berbanding tahun-tahun sebelum ini, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

“Tahun ini (tempahan lembu dan kambing korban) meningkat sebanyak 20 peratus dan tempahan mula diterima selepasa Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.

(Tahun ini) kita dah boleh hantar ke masjid-masjid, kalau tahun sebelum ini kita perlu bungkus sendiri dan tidak boleh berkumpul beramai-ramai (kerana kekangan SOP,” ujarnya.

tempahan ibadah korban meningkat

BAGI masjid dan surau yang ketiadaan ruang atau kelengkapan sesuai untuk pelaksanaan korban, maka ia hanya dibenarkan aktiviti melapah, membungkus dan edaran daging sahaja.

Lain pula pendapat Pengasas Bersama Dr. Daging, Rabiatul Adawiyyah Mohmad yang mengatakan kenaikan harga lembu memberi kesan kepada jumlah tempahan yang diterima pada tahun ini.

“Jumlah lembu dan kambing yang ada turut berkurang ketika Hari Raya Aidilfitri yang disambut secara mengejut, jadi permintaan daging yang tinggi ketika itu mengganggu bekalan lembu untuk Aidiladha.

Walaupun permintaan tahun ini agak rendah, tapi saya harap akan ada peningkatan pada tahun depan,” katanya.

Baca juga Antara korban satu bahagian lembu dengan seekor kambing, mana lebih afdal?

Berikutan itu, orang ramai disaran berwaspada dengan pakej ibadah korban palsu yang diiklankan dengan harga terlalu murah.

Harian Metro melaporkan, Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Nur Asyikin Aminuddin berkata orang ramai perlu menyemak sama ada syarikat yang menawarkan pakej berkenaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Selain itu, maklumat bank atau nombor telefon pihak pengeluar pakej juga boleh disemak melalui laman web semakmule.rmp.gov.my untuk transaksi secara dalam talian.

“Jika keluar tanda amaran, maka orang awam perlu menjauhkan diri daripada pihak itu dan laporkan kepada pihak berkuasa seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) supaya iklannya dapat disekat untuk mengelakkan orang ramai terpedaya dengan iklan tersebut,” katanya.

Tempahan Ibadah korban meningkat

HARGA lembu yang meningkat pada tahun ini tidak menghalang umat Islam menunaikan ibadah korban sempena Hari Aidiladha.

Dalam masa sama, Duta Yayasan Maghfirah dan komposer Mohammad Hafiz Hamidun memberi cadangan kepada orang ramai memilih pakej korban dari pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang sah.

“Sebaiknya jika kita nak elakkan tertipu, pilihlah pakej korban dari pihak NGO yang berwibawa serta mempunyai maklumat lengkap pada poster yang dipaparkan seperti harga pakej, nama NGO, nombor akaun (bank) yang tepat dan lebih baik jika ada nombor telefon untuk dihubungi,” ujarnya.

Baca juga Boleh Wakilkan Orang Lain Untuk Sembelih Haiwan Korban Sendiri, Tetapi Ini Yang Perlu Kita Tahu

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan pula berkata pengguna perlu melihat sama ada harga yang ditawarkan untuk pakej korban itu relevan dan tidak tertipu dengan alasan pihak pengeluar.

“Penipuan (seperti) ini bukan sahaja berlaku pada ibadah korban, orang pergi haji pun ada penipuan, umrah pun ada penipuan, jadi kita kena lebih bijak, kalau tidak kita akan jadi mangsa kepada kebodohan dan kejahilan kita sendiri,” katanya.

Foto: Pexels

Korban satu bahagian lembu dengan seekor kambing
Hukum,

Antara korban satu bahagian lembu dengan seekor kambing, mana lebih afdal?

“ANTARA korban satu bahagian lembu dengan seekor kambing. Mana satu nak pilih ni?”

Kadangkala persoalan tersebut berlegar-legar dalam fikiran kita. Maklum sahajalah, musim haji dan Hari Raya Aidilfitri semakin menghampiri.

Pada masa ini pula, begitu banyak tawaran dan iklan untuk menyertai ibadah korban. Tidak kiralah sama ada dari pihak masjid, surau mahupun badan bukan kerajaan dan lain-lain lagi.

Inilah saatnya jika kita mahu berlumba-lumba untuk melakukan ibadah korban kerana apabila tibanya Hari Raya Aidiladha nanti, ia boleh disempurnakan dengan sebaiknya.

Lazimnya di Malaysia, ramai yang gemar menyembelih lembu untuk melakukan ibadah korban. Malah, kebanyakan pihak yang menganjurkan program korban juga menawarkan satu bahagian haiwan korban kepada mereka yang mahu menyertainya.

Tidak kurang juga mereka yang mahu memilih kambing sebagai haiwan korban.

Namun begitu, antara korban seekor kambing dengan satu bahagian lembu, yang mana satukah lebih afdal?

Memetik artikel Irsyad Fatwa Siri ke-52 yang disiarkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, melakukan korban dengan seekor kambing lebih afdal jika dibandingkan dengan satu bahagian lembu.

Korban satu bahagian lembu dengan seekor kambing

BAGI mereka yang berkemampuan, lakukanlah ibadah korban yang sangat dituntut untuk mendekatkan diri kepada ALLAH, selain membantu golongan fakir dan miskin merasai kenikmatan daging korban.

Ia bukan sekadar omongan kosong kerana perkara itu ada disebutkan oleh Imam Khatib al-Syirbini dalam Mughni al-Muhtaj.

Baca juga Kaedah Yang Betul Jika Ingin Lakukan Ibadah Korban Untuk Orang Yang Sudah Meninggal

Menurut ulama yang masyhur dalam Mazhab Syafie itu: “(Melakukan korban) bagi seekor kambing adalah lebih afdal daripada berkongsi seekor unta kerana seseorang itu bersendirian dalam menumpahkan darah dan lebih enak dagingnya.”

Seperkara lagi, andai seseorang itu mahu berkongsi duit satu bahagian korban, Imam al-Muhammad al-Syarbini al-Khatib dalam Kitab al-Iqna’ menjelaskan ia dibolehkan.

Jelas beliau: “Hukumnya ialah sunat muakkad yang dianggap benar di sisi kami (Safieyyah) secara sunat kifayah, (yakni) jika ramai ahli dalam sebuah rumah itu, maka jika dilaksanakan korban seseorang daripada mereka, maka memadailah (pahala korban) daripada sekalian lainnya. Jika hanya seorang sahaja, maka jadilah sunat ain.”

Dalam kitab berkenaan turut menyebut, harus melaksanakan korban daripada seekor haiwan badanah (unta dan lembu) sebanyak tujuh orang.

Ia berpandukan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Jabir RA bahawa: “Kami keluar bersama Rasulullah SAW dalam keadaan berihram haji, lalu baginda menyuruh kami bersekutu dalam menyembelih korban unta dan lembu, tujuh bahagian korban dibahagi tujuh orang.” (Hadis Riwayat Muslim)

Korban satu bahagian lembu dengan seekor kambing

AGIHKAN dating korban kepada golongan yang dianjurkan dalam Islam.

Dalam sebuah hadis Aisyah RA, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW berkorban dua ekor kibasy dan bersabda: “Dengan nama ALLAH. Ya ALLAH! Terimalah (korban ini) daripada Muhammad, keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad.” (Sahih Muslim)

Baca juga Tuan Korban Tak Boleh Makan Daging Korban Dalam Keadaan Ini – Azhar Idrus

Berdasarkan hadis berkenaan, Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj berkata, dibenarkan seseorang itu melakukan ibadah korban bagi dirinya dan keluarganya serta pahala itu dikongsi oleh dirinya dan ahli rumahnya.

“Demikianlah pandangan Mazhab Syafieyyah dan jumhur ulama. Memang asal hukumnya adalah satu bahagian mewakili nama seorang sahaja.

“Namun begitu, dari sudut pahala, ALLAH akan bahagikan pada syiar, pelaksanaan sunnah dan tolong-menolong atas kebaikan, insya-ALLAH,” katanya sebagaimana yang dipetik menerusi artikel al-Kafi #351: Berkongsi Satu Bahagian Korban di laman web muftiwp.gov.my/.

Justeru, kepada sesiapa yang berhajat untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini, teruskanlah niat suci masing-masing.

Cuma pilihan di antara korban satu bahagian lembu dan seekor kambing, semuanya bergantung kepada kemampuan masing-masing.

Foto: Bernama

kenduri kahwin korban
Isu,

Boleh ke buat kenduri kahwin dan jamu tetamu makan daging korban?  

ADAKAH kita dibolehkan menjamu tetamu makan daging korban di kenduri kahwin?

Hari Raya Aidiladha pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Hari tersebut membawa kepada hujung minggu.

Maka, tidak hairanlah jika ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan kenduri perkahwinan ketika ini.

Apa tidaknya, boleh dikatakan hampir setiap ahli keluarga akan berkumpul untuk menyambut hari raya bersama.

Alang-alang semua orang ada, memang tidak sukar untuk kita mengatur majlis perkahwinan yang ringkas.

Memandangkan majlis penuh makna itu diadakan ketika musim ibadah korban, bolehkah daging korban dibuat jamuan untuk majlis perkahwinan? Apakah hukumnya berbuat demikian?

Merujuk kepada Mazhab Syafie, umat Islam yang melakukan korban wajib menyedekahkan daging korban kepada golongan fakir atau miskin walaupun sedikit.

Baca juga Tak sempat sembelih haiwan korban hari ini, boleh ke buat hari lain?)

Dalam erti kata lain, kita tidak boleh makan atau ambil semua daging korban berkenaan.

Sebagai contoh, andai kata purata berat seekor lembu adalah 70 hingga 80 kilogram (kg), lalu 5 kg disedekahkan, manakala selebihnya dimakan sendiri, maka sah ibadah korban yang dilakukan.

Seperkara, daging korban yang wajib disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin itu hendaklah dalam bentuk yang masih mentah. Kita dilarang untuk menyedekahkan daging yang dimasak.

Umpamanya, jika 5 kg daging korban yang mentah disedekahkan, manakala yang selebihnya dimasak atau dijamukan kepada orang ramai, maka hukum korbannya adalah harus dan sah.

Berdasarkan hujah di atas, maka individu yang melakukan korban diharuskan untuk memasak daging korban untuk kenduri kahwin selagi mana dia memperuntukkan sedikit daging korban mentah itu untuk disedekahkan kepada orang fakir atau miskin.

Selain itu, kita juga diharuskan memberikan daging korban kepada orang kaya atau mereka yang bukan termasuk dalam kategori orang susah.

Namun begitu, kita tetap masih diwajibkan untuk memperuntukkan walaupun sedikit kepada fakir dan miskin.

Jika dilihat dari segi yang paling utama, lebih afdal jika daging korban yang mentah tadi diberikan kepada orang yang susah dan tidak susah dalam kuantiti yang banyak.

Sementara individu yang melakukan korban tadi hanya mengambil sedikit sahaja.

Semoga dengan sedekah dan ibadah korban yang dilakukan dapat mendekatkan diri kepada ALLAH SWT, di samping berkongsi rezeki dengan mereka yang jarang sekali dapat merasai daging.

 

Boleh ke buat kenduri kahwin dan jamu tetamu makan daging korban?

Sumber: 99 Soal Jawab Viral Netizen, Ustaz Syed Shahridzan Syed Mohamed