Browsing Tag

Kedatangan Islam

Kedatangan Islam
Isu,

Rupanya Islamofobia wujud bersama kedatangan Islam, ini fakta yang perlu kita tahu

ISLAMOFOBIA yang dianggap sebagai ‘penyakit’ sebenarnya muncul bersama kedatangan Islam.

Ia sengaja direka oleh pihak yang membenci agama suci itu atau menganggap Islam sebagai suatu ancaman kepada kepentingan dan hawa nafsu masing-masing.

Lantaran itu, tindakan tersebut membentuk perasaan takut atau terancam terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh Muslim dan agama berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar.

Demikian fakta yang dilontarkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Universiti Sains Islam Malaysia, Profesor Dr Adnan Mohamed Yusoff.

DR ADNAN

Beliau berhujah, Rasulullah SAW yang disanjung tinggi kerana akhlak dan keperibadiannya serta mendapat jolokan al-Amin (orang dipercayai) itu tiba-tiba dinafi kan segala kebaikan dan kemuliaannya.

“Semua itu berlaku sebaik sahaja baginda diutus menjadi nabi dan rasul yang mengajak semua beriman kepada ALLAH SWT.

“Tujuannya untuk menakut-nakutkan orang ramai supaya tidak mendekati baginda atau mendengar apa yang diperkatakan,” katanya kepada Sinar Islam Plus baru-baru ini.

Baca juga  Ketahui sejarah Islamofobia dan serangan halus untuk burukkan Islam

Dr Adnan yang juga pakar tafsir/ ulum al-Quran, tasawwuf dan bahasa Arab kemudian menceritakan taktik licik digunakan kaum Musyrikin Quraisy supaya orang ramai menjauhi Rasulullah SAW.

Dalam satu riwayat, jelas beliau, apabila tiba musim haji, kabilah-kabilah Arab dari segenap pelosok berkunjung ke Makkah.

Lantaran itu, kaum Musyrikin Quraisy menempatkan jurucakap mereka di laluan-laluan utama ke Makkah untuk menakut-nakutkan kelompok berkenaan terhadap Muhammad SAW.

“Tindakan itu dibuat agar mereka mengelak daripada mendengar seruan dakwah baginda, yang didakwa akan menyesat dan memecah belahkan masyarakat Arab.

Kedatangan Islam

SERANGAN terhadap Islam sudah bermula sejak kedatangan agama itu sendiri, tetapi menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempertahankan dan memelihara kesucian agama suci berkenaan. -FOTO: CANVA

“Sedangkan, umum mengetahui bahawa perkara utama yang disampaikan oleh baginda kepada orang ramai ialah ayat-ayat suci al-Quran sebagai sumber dakwah dan mukjizat kurniaan ALLAH SWT,” katanya.

Perkara itu dirakamkan dalam ayat 26, surah Fussilat yang bermaksud: “Dan orang-orang yang kafi r berkata: “Janganlah kamu mendengar al-Quran ini dan tentanglah dia (dengan nyayian-nyanyian dan jeritan-jeritan riuh rendah serta tepuk sorak), supaya kamu berjaya (mengganggu bacaan atau menenggelamkan suara pembacanya)!”

Trend Islamofobia

Menyambung hujahnya, Dr Adnan menjelaskan, ketika awal era kemunculannya, Islamofobia lebih menjurus kepada strategi mengumpul kekuatan dalam kalangan penduduk awam bagi menyertai peperangan secara fi zikal untuk menjatuhkan umat dan kerajaan Islam.

“Kini, Islamofobia menjadi wabak yang disebarkan dalam kalangan penduduk dunia supaya membenci syiar Islam dan penganutnya.

“Tujuan mereka supaya keindahan dan kebenaran Islam tidak sampai kepada masyarakat awam, seterusnya mengekang daripada terus tersebar luas,” katanya.

Baca juga Umat Islam Jamaica Masih Dihantui Golongan Islamofobia

Mengulas insiden biadab membakar naskhah al-Quran di Stockholm, Sweden baru-baru ini, beliau mempunyai pandangannya sendiri.

Kedatangan Islam

PROTES orang ramai terhadap tindakan Paludan membakar al-Quran di Turkiye baru-baru ini.
-FOTO: AP

Kejadian itu, katanya, jelas memaparkan sikap double standard dan semangat kebencian yang sangat menebal dalam kalangan masyarakat Barat.

“Masakan tidak, perbuatan itu mendapat kelulusan pihak berkuasa Sweden, sedangkan kerajaan tersebut tidak pula meluluskan permohonan seorang pemuda yang mengemukakan permohonan untuk melakukan perhimpunan aman dan membakar kitab Taurat di hadapan Kedutaan Israel di Stockholm,” ujarnya.

Meskipun Islam begitu lantang dihentam, terselit hikmah di sebaliknya.

Jelas Dr Adnan, fenomena Islamofobia itu membangunkan potensi Islam dan umatnya yang mula disedari oleh pihak musuh untuk kembali membina kesepaduan serta kemajuan.

Lihat sahaja Islam mula berkembang pesat seantero dunia dalam pelbagai sektor seperti politik, ekonomi, pendidikan, ketenteraan, kesihatan, kemasyarakatan dan lain-lain, ungkapnya.

“Ada sahaja personaliti Muslim yang muncul sebagai pemain utama dalam bidang berkenaan.

“Umpamanya, dalam kemuncak krisis pandemik Covid-19, muncul dua saintis Muslim yang juga pasangan suami isteri menghasilkan vaksin melalui syarikat mereka, BioNTech dengan kerjasama syarikat farmaseutikal Amerika Syarikat Pfizer bagi mengekang penularan wabak berkenaan.

Baca juga Saintis Islam Dinobat ‘Man of the Year’

“Malangnya, bagi mengekang potensi seperti ini daripada terus berkembang, motivasi dan inspirasi yang diraih umat Islam perlu ditutup serta dialihkan dengan isu-isu yang memesongkan pemikiran awam daripada pencapaian dan sumbangan yang ada pada masyarakat Muslim,” terangnya.