Browsing Tag

Jual makanan basi

Makanan basi
Soal Jawab Agama,

[Video] Peniaga tak sedar jual makanan basi, ini hukumnya yang perlu kita tahu

[Video] Peniaga tak sedar jual makanan basi, ini hukumnya yang perlu kita tahu

APABILA terbeli makanan basi, situasi itu boleh bikin kita mendidih. Lebih-lebih lagi itu sahajalah juadah yang dibeli, apalagi pada saat perut kita sudah seharian tidak menjamah sebarang makanan dan minuman.

Ya, situasi itu barangkali pernah terjadi kepada diri kita sendiri atau insan di sekeliling. Apatah lagi dalam bulan Ramadan sekarang terutamanya ketika membeli di bazar Ramadan.

Kadangkala perkara itu tidak disedari oleh peniaga. Ada segelintirnya mungkin tidak perasan mereka telah menjual makanan basi.

Apabila masuk waktu berbuka, barulah mereka menyedari hidangan yang dijual tadi sudah pun tidak elok untuk dimakan.

Baca juga Jadi peniaga di dunia pasti bersama Nabi di akhirat

Apakah hukumnya apabila seorang peniaga makanan menjual makanan sudah basi di bazar Ramadan tanpa dia menyedarinya?

Menjawab soalan itu menerusi segmen Soal Jawab Agama Edisi Ramadan, Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah menjelaskan, secara umumnya dalam Islam, sesuatu perbuatan yang dilakukan tanpa disedari atau disebabkan kejahilan, maka ia dimaafkan dan tidak berdosa.

USTAZAH SHARIFAH FADYLAWATY

Begitu juga dalam situasi peniaga tadi. Begitupun, katanya, peniaga masih terikat dengan perundangan semasa.

“Sebagai contoh, Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 1983,” katanya.

Dalam hal itu, beliau mengingatkan, tanggungjawab untuk mencari makanan halal dan toyyib bukan hanya terletak pada komuniti sahaja.

“Sebaliknya, peniaga juga memikul tanggungjawab yang besar dalam memastikan makanan dijual selamat untuk dimakan,” jelasnya.

Apabila berlaku situasi di atas, ahli akademik itu menjelaskan, pelanggan boleh meminta hak mereka.

“Bagi pihak penjual pula, perbetulkanlah keadaan tersebut kerana sudah melakukan kesalahan walaupun tanpa disengajakan.

“Barangkali peniaga boleh tawarkan kepada pelanggan untuk memulangkan wang mereka atau gantikan dengan yang lebih elok.

“Ia memberi satu manifestasi kejujuran seorang peniaga, di samping mendapatkan rezeki yang baik, halal dan barakah,” titipnya.

***Foto: Freepik

Jual makanan basi
Video,

[Video] Hukum jual makanan basi di bazar Ramadan tanpa sedar

Hukum jual makanan basi di bazar Ramadan tanpa sedar

KETIKA mahu menikmati juadah berbuka yang dibeli dari bazar Ramadan, tiba-tiba sahaja terasa makanan itu sudah masam. Sah, memang basi!

Barangkali ada yang pernah mengalami situasi itu. Hanya mereka yang pernah menghadapinya tahu perasaan tersebut.

Sudahlah seharian menahan lapar dan dahaga, tetapi apabila berbuka, tidak dapat menjamah makanan yang dibeli pula. Kecewa sungguh.

Begitupun, adakalanya peniaga berkenaan langsung tidak sedar dia telah menjual makanan yang sudah rosak. Apakah hukumnya dalam Islam?

Baca juga Jual barang ‘indah khabar daripada rupa’, hasil pendapatan boleh ‘jatuh’ haram

Dengarkan kupasannya bersama Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA, Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.

***Foto: Freepik