Browsing Tag

israel

Solat hajat Palestin
Berita Semasa,

Sama-sama kita solat hajat, baca qunut nazilah demi kesejahteraan rakyat Palestin pada malam ini dan esok

Sama-sama kita solat hajat, qunut nazilah demi kesejahteraan rakyat Palestin pada malam ini dan esok

UMAT Islam di negara ini diajak untuk menunaikan solat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestin pada malam ini dan esok, susulan tragedi serangan dan kekasaran yang berlaku di Masjid al-Aqsa semalam.

Ia bagi menyambut seruan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Dalam kenyataan medianya pada Rabu, beliau mengarahkan Masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk melaksanakan solat hajat tersebut pada hari ini.

“Begitu juga dengan masjid-masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

“Bersempena bulan Ramadan al-Mubarak ini, marilah kita bersama-sama mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat saudara-saudara kita di Palestin,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Mohd Na’im turut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan biadap rejim Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid al-Aqsa hingga mengakibatkan kecederaan awam.

Solat hajat Palestin

POLIS Israel dilaporkan ‘menyerang’ jemaah dan rakyat Palestin di Masjid al-Aqsa sebanyak dua kali pada Rabu. -Foto: Alarabiya.net

Justeru, beliau menyeru seluruh rakyat seantero dunia untuk mengutuk tindakan zalim tersebut, selain menggesa agar serangan dan kekerasan tersebut dihentikan.

Baca juga Lebih 200 jemaah ditahan selepas diserang secara agresif dalam serangan Masjid al-Aqsa

“Tindakan polis yang menceroboh masjid itu adalah biadap dan amat tidak bertanggungjawab.

“Malah, ia berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah pada bulan puasa,” katanya.

Sementara itu, JAWI dalam kenyataan medianya memaklumkan, solat hajat dan bacaan qunut nazilah akan diadakan di masjid, surau Jumaat dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan selepas solat Isyak pada malam ini (6 April).

“Solat hajat juga akan diadakan pada keesokannya (7 April) selepas solat Jumaat di lokasi yang sama,” katanya.

Dalam kenyataan sama, JAWI turut mengecam serangan tersebut dan kezaliman yang dilakukan lebih-lebih lagi dalam bulan mulia itu.

“Sesungguhnya, doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT adalah lambang solidariti berpanjangan umat Islam untuk keamanan rakyat Palestin,” katanya.

Baca juga Bersama Pertahankan Kesucian Bumi Palestin, Berdosa Jika Umat Islam Tidak Ambil Tahu

Dalam kejadian pada Rabu, polis Israel menyerang puluhan jemaah di pekarangan Masjid al-Aqsa sebelum Subuh.

Solat hajat Palestin

POLIS Israel menahan seorang wanita di pekarangan Masjid al-Aqsa. -Foto: Alarabiya.net

Memetik laporan Reuters, Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan, sebanyak tujuh rakyat Palestin cedera akibat tembakan peluru getah dan dipukul dalam insiden pertempuran tersebut.

Beberapa jam kemudian, agensi berita CNN melaporkan, polis Israel kembali menyerbu Masjid al-Aqsa buat kali kedua pada hari yang sama.

Ketika itu, jemaah sedang menunaikan solat di masjid, manakala orang Yahudi pula sedang menyambut Paskah Yahudi pada petang Rabu.

Ekoran dua kejadian itu, CNN melaporkan, sekurang-kurangnya 12 orang cedera semasa pertempuran di dalam dan sekitar masjid, dan tiga daripada mereka yang cedera telah dipindahkan ke hospital.

Baca juga Ayuh Umat Islam Bersolidariti Benamkan Keangkuhan Israel

Insiden itu turut mendapat kecaman dan bantahan dari seluruh dunia Arab dan Islam.

Kementerian Luar Mesir mengutuk serbuan masjid oleh pihak polis hingga menyebabkan banyak kecederaan dalam kalam kalangan jemaah, selain melanggar semua undang-undang antarabangsa.

Begitu juga dengan Kementerian Luar Negeri Jordan yang pada masa sama menggesa Israel untuk segera mengeluarkan tenteranya dari masjid.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus.

Penempatan baharu
Antarabangsa,

Israel rancang bina 18,000 penempatan baharu di Tebing Barat? Tindakan itu beri ancaman besar pada Palestin

PENTADBIRAN sayap kanan Israel dikatakan merancang untuk membina penempatan baharu yang menyalahi undang-undang di Tebing Barat.

Khabar angin itu mula bertiup kencang apabila sumber media Israel, Israel Hayom membuat pendedahan tersebut pada Rabu.

Menurut Palestine News Network (PNN), langkah tersebut akan membuka jalan bagi tujuan pengembangan mereka.

Akhbar Israel Hayom mendedahkan, kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sudah mula membincangkan langkah untuk mempercepat dan meningkatkan pembinaan penempatan di kawasan Tebing Barat yang mana ia bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

“Netanyahu bersama Menteri Perang Israel, Yoav Galant dan Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich bertemu awal minggu ini untuk memuktamadkan proses berkenaan.

“Beberapa komponen rancangan itu didedahkan dalam pertemuan tersebut,” katanya sebagaimana dipetik menerusi menafn.com pada Rabu.

Baca juga Cuba halau penduduk Palestin, tindak-tanduk Israel ‘diperhati’ mata-mata gergasi

Antara perencanaan itu termasuklah penubuhan kira-kira 18,000 unit penempatan baharu dalam tempoh beberapa bulan akan datang, selain mewujudkan badan berasingan yang akan meluluskan pembinaan bangunan bukan kediaman seperti syarikat perindustrian.

Penempatan baharu

PEMANDANGAN penempatan haram Israel. -FOTO: PRESSTV.IR

Israel Hayom berkata, kelulusan itu memberi ancaman besar kepada Palestin kerana mengakibatkan peningkatan ketara dalam populasi komuniti Israel di Tebing Barat yang diduduki dalam beberapa tahun akan datang.

Sementara itu, portal berita berpengaruh di Arab Saudi, Arab News melaporkan, di bawah rancangan Israel’s One Million Settlers (Sejuta Peneroka Israel), selain memberi bayangan 18,000 penempatan baharu, projek itu akan melibatkan pemindahan ratusan ribu peneroka ke Tebing Barat dan pendaftaran ratusan ribu rakyat Palestin dalam data rasmi Kerajaan Israel.

“Malah, akhbar Israel itu menyatakan, kerajaan baharu akan berusaha untuk menghalalkan pos-pos penempatan termasuk Avitar dan Homesh, berhampiran Nablus dengan meminda undang-undang ‘pemisahan/ penarikan diri’ dan menghubungkan tapak tersebut dengan infrastruktur asas,” kata arabnews.com.

Dalam pada itu, jurucakap Fatah Jamal Nazal mengutuk lanjutan tempoh peraturan darurat Knesset atau Parlimen Israel yang mengenakan undang-undang Israel ke atas penempatan di Tebung Barat yang diduduki, dikenali sebagai undang-undang aparteid selama tambahan lima tahun.

Baca juga Operasi ‘BREAKING DAWN’ Zionis jarah nyawa rakyat Palestin

Jelas beliau, langkah unilateral itu secara langsung mengancam hak Palestin.

“Pendekatan Kerajaan Israel untuk meluaskan asas perundangan anti-demokrasi perkauman mengancam hak rakyat Palestin di wilayah yang diduduki oleh Israel.

“Israel berusaha mengeksploitasi undang-undang apartheid untuk memenjarakan rakyat Palestin dari wilayah yang diduduki dalam Israel. Ini merupakan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang melarang negara pendudukan daripada memenjarakan penduduk,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal berita Arab News pada Rabu.

Penempatan baharu

GAMBAR yang diambil pada 25 Januari 2023 dari kem Shuafat untuk pelarian Palestin menunjukkan pemandangan penempatan Pisgat Zeev dan perkampungan Palestin Hizma di bahagian utara Baitulmaqdis Timur yang dilampirkan Israel dan kawasan Palestin Al-Ram di Tebing Barat yang diduduki. -FOTO: AFP

Pada Disember lalu, portal Presstv.ir melaporkan, Netanyahu pernah mengeluarkan kenyataan untuk meluaskan penempatan haram rejim Israel merentasi wilayah Palestin yang diduduki dan di tempat lain sebagai keutamaan.

Beliau mengumumkan, Kabinetnya akan ‘memajukan dan membangunkan’ penempatan haram di seluruh wilayah yang diduduki termasuk ‘di Galilea, Gurun Negev, Bukit Golan, Judea dan Samaria (Tebing Barat)’.

Baca juga 5 daerah di Palestin yang diranapkan dengan kejam, kini berganti bangunan milik Israel

Rejim Israel mengisytiharkan kewujudan mereka pada tahun 1948 selepas menduduki sebahagian besar wilayah serantau semasa perang yang disokong oleh Barat.

Selepas menghadapi satu lagi perang seumpama itu pada tahun 1967, langkah Israel semakin panjang dengan mendiami lebih banyak tanah iaitu di Tebing Barat termasuk al-Quds Timur, Semenanjung Gaza dan Bukit Golan Syria.

Ikuti kami di TiktokInstagramFacebookTwitter dan Youtube Sinar Islam Plus

***Foto: AFP

Denda
Antarabangsa,

Cadang kenakan denda terhadap ibu lahir lima anak, doktor Palestin gesa tindakan tatatertib ke atas pegawai perubatan Israel

“DENDA kalau lahirkan anak lima orang”. Cadangan ‘luar kotak’ itu diberikan oleh seorang pegawai perubatan tertinggi Israel terhadap mana-mana wanita Palestin yang melahirkan lima anak bagi mengehadkan kadar kesuburan warga tersebut menerima kecaman hebat.

Idea itu telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan warga Palestin, apatah lagi keturunan mereka diusir dari rumah masing-masing ketika peristiwa Nakba tahun 1948.

Susulan itu, portal berita Middle East Eye melaporkan, Persatuan Doktor Arab Negev menyelar kenyataan disifatkan sebagai ‘perkauman’, selain memfailkan petisyen yang ditandatangani lebih 150 doktor menggesa supaya tindakan tatatertib dikenakan terhadap pegawai perubatan berkenaan.

“Sesiapa yang melihat ‘rahim Arab’ sebagai ancaman, tidak mempunyai tempat dalam sistem kesihatan dan sudah tentu tidak dapat menjaga hati orang Arab.

Baca juga Undang-Undang Kejam Israel Curi Tanah Palestin

“Melihat komennya (doktor yang memberikan cadangan tersebut), kami tidak yakin dia merawat pesakit Palestin dengan penjagaan sama seperti pesakit berbangsa Yahudi.

“Kami menjangkakan pihak pengurusan hospital akan mengambil sikap tegas terhadap kenyataan seperti ini, yang menimbulkan semangat keangkuhan kaum terhadap seluruh penduduk,” kata petisyen berkenaan.

Denda

KAKITANGAN perubatan di Pusat Perubatan Soroka di bandar Beersheba tekun menjalankan tugas masing-masing di wad pengasingan Covid-19. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: AFP

Pada Ahad lalu, Pengarah Jabatan Pembedahan Toraks dan Jantung di Pusat Perubatan Soroka di Beersheba, Israel, Gideon Sahar mengemukakan cadangan tersebut dalam mesyuarat parti Rumah Yahudi sayap kanan.

Beliau menyatakan sedemikian secara terus kepada Menteri Dalam Negeri Israel, Ayelet Shaked mengenai ‘penduduk paling bermasalah’ yang merujuk kepada warga Palestin di Israel.

“Mengenai masalah pertumbuhan penduduk dan populasi yang lebih bermasalah, kita menghadapi semacam paradoks.

“Pada satu pihak, kami faham bahawa kadar kelahiran adalah penentu ‘rahim Arab’, dan sebaliknya, kami menggalakkannya dengan pemberian elaun kanak-kanak.

Baca juga Pengintip MOSSAD kejar rakyat Palestin dipercayai aset Brigade Al-Qassam

“Sebab itulah saya fikir, kita perlu mempertimbangkan elaun kanak-kanak yang bersifat regresif; anak pertama menerima satu (elaun); begitu juga dengan anak kedua; mungkin anak ketiga dan keempat tidak (terima elaun); dan anak kelima mungkin boleh dikenakan denda. Kita harus memikirkan sesuatu tentangnya,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal middleeasteye.net pada Isnin.

Bagaimapun, Shaked tidak bersetuju dengan cadangan yang disifatkan sebagai tidak praktikal. Sebaliknya, beliau berkata, penyelesaian terbaik adalah membantu wanita Palestin ‘hanya menjalani pembaratan’.

Denda

KADAR kelahiran rakyat Palestin dilaporkan lebih tinggi berbanding Yahudi bertahun-tahun lamanya, namun kadar kesuburan dalam kalangan warganegara berkenaan semakin turun kepada 2.9 pada 2022 daripada 9.2 pada tahun 1960. -GAMBAR HIASAN/ FOTO: UNSPLASH

Untuk rekod, portal Middle East Eye melaporkan, rakyat Palestin di Israel mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi daripada rakan sebaya Yahudi selama bertahun-tahun.

Ia dikatakan menjadi kebimbangan dalam kalangan ramai rakyat Israel yang melihatnya sebagai ancaman keunggulan demografi mereka di negara tersebut.

Baca juga 5 daerah di Palestin yang diranapkan dengan kejam, kini berganti bangunan milik Israel

“Begitupun, kadar kesuburan dalam kalangan rakyat Palestin telah turun kepada 2.9 pada 2022 daripada 9.2 pada tahun 1960, berbanding 3.0 dalam kalangan wanita Yahudi,” kata portal berkenaan.

Awal tahun ini, Kerajaan Israel meluluskan undang-undang untuk menghalang penyatuan rakyat Palestin dari Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki dengan pasangan mereka, yang memegang kewarganegaraan Israel.

Rang undang-undang baharu itu melanjutkan undang-undang darurat yang diluluskan pada tahun 2003 untuk menghalang mereka dari wilayah Palestin daripada mendapat pemastautin atau kewarganegaraan Israel melalui perkahwinan dengan warganegara lain.

Namun begitu, Shaked secara terbuka berkata, undang-undang tersebut diluluskan atas ‘sebab demografi’ dan bertujuan menghentikan ‘hak pemulangan’.

***Foto: Unsplash

konflik dua negara
Antarabangsa,

Konflik 74 tahun dua negara bertelagah yang tiada penghujung

TAJUK ASAL: PALESTIN-ISRAEL TIDAK MUNGKIN BERSATU

OLEH: SARRAH MOHSIN

SEDAR tidak sedar, sudah hampir satu abad berlalu sejak kemelut Palestin-Israel bermula pada tahun 1948.

Pelbagai usul yang diutarakan oleh badan antarabangsa sebagai penyelesaian namun semuanya berakhir dengan pertumpahan darah dan ragutan nyawa tidak bersalah.

Sememangnya, perjanjian damai antara Palestin dan Israel hanya sebuah impian yang tidak mungkin digapai.

Demikian pendirian pakar hubungan antarabangsa, Profesor Dr Abd al-Fattah el-Awaisi ketika ditanya tentang konsep ‘Penyelesaian Dua Negara’ dalam wawancara eksklusif, Fireside Chat berjudul ‘The Palestinian Conflict: Shifting Perceptions’; ‘Konflik Warga Palestin: Anjakan Persepsi’.

Program Bual Bicara satu jam kendalian Tehmina Kaoosji itu dibawakan oleh Sinar Daily dengan kerjasama HALUAN, Majlis Profesor Negara dan Astro Awani.

‘Penyelesaian Dua Negara’ berteraskan hak rakyat Palestin kembali menghuni tanah negara mereka mengikut garis sempadan pra-1967 antara konsep perdamaian yang sering diperjuangkan dalam merungkai konflik Palestin-Israel.

Pun begitu, konsep itu telah lama terkubur dengan tindakan rejim Zionis yang bukan sahaja menolak penyelesaian berkenaan malahan terus meningkatkan rampasan tanah Palestin bagi menempatkan lebih ramai orang Yahudi Israel di atas tanah tersebut.

Baca juga 5 daerah di Palestin yang diranapkan dengan kejam, kini berganti bangunan milik Israel

konflik dua negara

CAMPUR tangan pihak asing antara punca mengapa penyelesaian konflik Palestin-Israel sering menemui jalan buntu.

Seandainya Israel setuju dengan penyelesaian itu sekalipun, rejim berkenaan menjadi pihak yang lebih beruntung berbanding penduduk Palestin, kata Abd al-Fattah.

“Ada sesuatu yang dipanggil ‘menguruskan konflik’ dan ‘menyelesaikan konflik’. Perjanjian damai (dalam isu Palestin-Israel) hanyalah suatu cara menguruskan konflik. Ia (Penyelesaian Dua Negara) adalah proses perdamaian dan bukannya perdamaian itu sendiri.

“Sebaliknya, ia hanya membuka peluang bagi pihak yang lebih berkuasa (Israel) untuk mencapai matlamat mereka,” jelas ahli akademik itu yang percaya Penyelesaian Dua Negara sekadar propaganda Zionis dan tidak mampu menyelesaikan akar umbi isu.

Baca juga Operasi ‘BREAKING DAWN’ Zionis jarah nyawa rakyat Palestin

Palestin perlukan pemimpin sesuai

Menurut anak jati Baitulmuqaddis itu, antara faktor kemelut dua wilayah itu terus berlaku adalah kerana ketiadaan tampuk kepimpinan yang boleh diharap daripada pihak Palestin.

Jelas Abd al-Fattah, “Malangnya, kami (rakyat Palestin) tiada pemimpin yang bagus untuk memperjuangkan hak Palestin.

“Lebih parah, tiada kesefahaman antara penduduk Palestin sendiri. Ada pihak yang mahu menggunakan kuasa tentera untuk membebaskan wilayah tersebut. Manakala, sebahagian lain percaya bahawa rundingan adalah jalan terbaik bagi mendapatkan semula hak masyarakat Palestin.

“Jadi, kami tidak ada pucuk pemerintahan yang benar-benar boleh diharapkan. Biasanya mereka (pemimpin) terbahagi kepada dua, sama ada ingin melawan atau menyebelahi pihak Israel.”

konflik dua negara

PROFESOR Dr Abd al-Fattah el-Awaisi bersama pengacara Tehmina Kaoosji dalam program bual bicara, Fireside Chat berjudul The Palestinian Conflict: Shifting Perceptions.

Baca juga Undang-Undang Kejam Israel Curi Tanah Palestin

Ilmu kunci tangani konflik

Sebagai ahli akademik, Abd al-Fattah menegaskan bahawa ilmu antara kunci bagi menangani konflik Palestin-Israel.

“Bagi saya, cara terbaik untuk berhadapan dengan Zionisme adalah menerusi ilmu. Hakikatnya, pengetahuan (tentang konflik Palestin-Israel) yang sedang berleluasa di dunia Barat kini dikawal oleh pihak Israel.

“Jadi, apa yang saya dan rakan-rakan akademik lain berusaha untuk lakukan adalah mewujudkan ilmu baru (tentang isu tersebut) dan menyebarkan maklumat berkenaan,” kata pengasas Bidang Penyelidikan Penelitian Baitulmuqaddis tersebut.

Baca juga Cuba halau penduduk Palestin, tindak-tanduk Israel ‘diperhati’ mata-mata gergasi

konflik dua negara

HAKIKATNYA, solusi yang sering diajukan oleh dunia hanyalah pada mulut sahaja. Ketiadaan inisiatif sebenar bagi menyelesaikan konflik dua negara itu memaksa rakyat Palestin selama-lamanya bermastautin di luar tanpa ada sinar harapan untuk kembali ke rumah asal.

Keadilan buat Palestin

Palestin pernah diakui sebagai negara berdaulat secara de facto oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 2019, namun Abd al-Fattah berpendapat ia hanya sebentuk token semata-mata.

Realitinya, keadaan di Palestin tidak bertambah baik meskipun selepas keputusan itu dibuat.

Abd al-Fattah turut berkata Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diwujudkan selepas berlakunya serangan ke atas Masjid al-Aqsa, tidak membantu dalam menyelesaikan kemelut Palestin-Israel.

“Apa yang pernah OIC lakukan? Saya minta maaf tetapi sejujurnya mereka tidak pernah lakukan apa-apa (untuk membantu rakyat Palestin),” ujar beliau.

Kata Abd al-Fattah, apa yang sebenar-benarnya diperlukan oleh rakyat Palestin adalah keadilan.

“Keadilan sebenar adalah supaya (kami) dapat pulang ke tanah air. Saya dihalang memasuki Palestin selama 30 tahun. Jadi, keadilan bagi saya adalah untuk pulang dan tinggal di sana buat selama-lamanya,” katanya.

 

DR ABD AL-FATTAH EL-AWAISI  merupakan seorang profesor Hubungan Antarabangsa terkemuka, Felo Royal Historical Society United Kingdom dan pengasas Bidang Penyelidikan Penelitian Baitulmuqaddis.

Antara pencapaian terbesar beliau termasuk melahirkan teori baru dalam bidang Hubungan Antarabangsa seperti Teori Lingkaran Barakah Baitulmuqaddis dan Teori Aman (Kewujudan Bersama Damai dan Saling Menghormati)

Beliau pernah memenangi anugerah Stirling Council Provost’s Civic Award (1999), Special Award for Innovation, Islamic World Istanbul “Science” Award (2018) dan Custodian of al-Quds Award (2021).

 

FOTO : UNIT FOTO SINAR HARIAN & PEXELS

palestin israel silwan
Antarabangsa,

Cuba halau penduduk Palestin, tindak-tanduk Israel ‘diperhati’ mata-mata gergasi

Cuba halau penduduk Palestin, tindak tanduk Israel ‘diperhati’ mata-mata gergasi…

SEKUMPULAN pelukis telah melakar mata-mata gergasi di seluruh kejiranan Silwan di kawasan Timur Baitulmuqaddis.

Lukisan berkenaan yang menghiasi dinding-dinding rumah rakyat Palestin di sana begitu besar sehingga sesiapa sahaja yang melalui Silwan pasti terasa seolah-olah diperhatikan.

Mana tidaknya, mural mata itu sememangnya diwujudkan sebagai suatu peringatan buat rejim Zionis bahawa ramai menyedari ketidakadilan yang sedang berlaku di kejiranan tersebut.

Menurut penduduk Palestin di Silwan, pihak berkuasa Israel sedang berusaha untuk menghalau mereka keluar daripada kawasan tersebut.

Baca juga 5 daerah di Palestin yang diranapkan dengan kejam, kini berganti bangunan milik Israel

palestin israel silwan

MATA-mata terbuka luas yang ada sekitar kejiranan Silwan menimbulkan perasaan seolah-olah diperhatikan bagi mereka yang melalui kawasan berkenaan.

Mengulas tentang lakaran mata gergasi berkenaan, Pengarah Pusat Kreatif Madaa-Silwan, Jawad Siyam berkata, “(Lukisan) mata yang sedang merenung itu memberi mesej kepada orang ramai bahawa kami nampak (sedari kewujudan) mereka dan mereka juga boleh nampak (sedari kewujudan) kami.

“Apa yang ingin kami katakan adalah kami ada di sini dan kami cintakan tanah serta rumah kami.”

Sejak tahun 2015, pusat berkenaan telah bekerjasama dengan pelbagai artis dari Amerika Syarikat untuk menghasil serta memelihara mural-mural tersebut menerusi projek seni yang dinamakan “I Witness Silwan” (Saya Saksikan Silwan).

Selain pancaindera menggambarkan mata-mata penduduk Palestin dan pemimpin antarabangsa, mural berkenaan juga menampilkan simbol kebangsaan seperti burung ‘goldfinch’ dan bunga popi.

Baca juga Wanita Israel Derma Buah Pinggang Sempena Hari Jadinya kepada Kanak-Kanak Gaza

palestin israel silwan

SUDAH hampir satu abad berlalu sejak konflik Palestin-Israel bermula pada tahun 1948 namun jalan penyelesaiannya masih tidak kelihatan.

Menurut penganjurnya, projek itu bertujuan mengetengahkan konflik yang sedang dihadapi oleh rakyat Palestin di kejiranan Silwan berhampiran Kota Lama Baitulmuqaddis.

Israel mula menduduki Baitulmaqdis selepas perang Timur Tengah pada tahun 1967 dan merampas kota suci itu sebagai ibu kotanya. Dalam masa sama, rakyat Palestin menuntut bahagian timur Baitulmuqaddis untuk dijadikan ibu negara bagi wilayah mereka pada masa hadapan.

Baca juga Operasi ‘BREAKING DAWN’ Zionis jarah nyawa rakyat Palestin

Walau bagaimanapun, rundingan damai antara kedua belah pihak menemui jalan buntu sejak beberapa tahun lalu.

Sejak pendudukan Israel di kota suci itu, penduduk Palestin sekitar Baitulmuqaddis Timur menghadapi pelbagai ancaman termasuk penangkapan, pencerobohan dan serbuan rumah daripada pihak rejim berkenaan.

Sehubungan itu, pihak penganjur juga berharap Projek Silwan dapat menentang usaha penduduk Israel untuk meningkatkan kehadiran Yahudi di kawasan seperti Silwan yang mempunyai majoriti penduduk berbangsa Arab atau Palestin

Foto dan Sumber: The Arab Weekly & TRT World

palestin dan israel mungkin perang lagi
Antarabangsa, Berita Semasa,

Palestin dan Israel mungkin berperang lagi

RAMAI pihak yang memberi amaran bahawa peperangan antara Palestin dan Israel mungkin berlaku lagi.

Amaran tersebut disuarakan susulan beberapa kejadian minggu lalu melibatkan campur tangan Israel dalam hal pengurusan Masjid al-Aqsa.

Pada 20 Mei lalu, Menteri Keselamatan Awam Israel, Omer Bar-Lev telah membenarkan acara Perarakan Bendera (Flag March) berarak melalui Perkampungan Muslim di Kota Lama Jerusalem dari Pintu Damascus, seperti yang dilaporkan agensi berita, Middle East Eye (MEE).

Acara berkenaan merupakan sebahagian daripada sambutan Hari Jerusalem yang diadakan setiap tahun bagi memperingati penyatuan semula Jerusalem dan penubuhan kawalan Israel ke atas Kota Lama selepas peristiwa Perang Arab-Israel 1967.

Perarakan bakal berlangsung 29 Mei ini sekitar Kota Lama dan disertai pemuda Israel berhaluan kanan yang akan menyanyikan slogan anti-Palestin sambil mengibarkan bendera rejim terbabit.

Palestin dan Israel mungkin berperang lagi

SAMBUTAN Hari Jerusalem pada Mei tahun sebelumnya berakhir dengan pertumpahan darah.

Dalam sebuah kenyataan yang dilaporkan agensi berita Palestin, Wafa, Menteri Luar Negeri Palestin mengecam tindakan Omer serta melihat keputusan tersebut sebagai suatu bentuk provokasi terhadap kesucian kota mulia itu.

Perarakan tahun lepas menyaksikan pertempuran berminggu-minggu antara Hamas dan Israel yang akhirnya menjurus kepada peperangan.

Akibatnya, hampir 250 rakyat Palestin maut di samping ribuan yang cedera. Selain itu, lebih 50 ribu kediaman di sana hancur gara-gara peperangan Mei 2021 berkenaan.

Terbaharu, Mahkamah Majistret Jerusalem membatalkan sekatan perintah polis yang dikenakan terhadap tiga aktivis bersayap kanan Israel kerana bersembahyang di Masjid al-Aqsa.

Palestin dan Israel mungkin berperang lagi

SEKATAN perintah tersebut menghalang ketiga-tiga aktivis berkenaan daripada memasuki Masjid al-Aqsa selama 15 hari.

Menerusi perjanjian Israel-Jordan, penganut Yahudi tidak dibenarkan beribadah di masjid terbabit.

Namun, ramai aktivis pro-Israel kini menuntut agar peraturan tersebut diubah.

Hakim Zion Saharai berkata, sekatan perintah ditarik semula kerana tindakan pesalah dianggap tidak berbahaya.

Sebaliknya, rakyat Palestin melihat keputusan berkenaan sebagai menempa jalan bagi lebih banyak penganut Yahudi memasuki masjid suci itu lantas menggugat perjanjian Israel-Jordan.

Palestin dan Israel mungkin berperang lagi

LEBIH 170 rakyat Palestin cedera ketika Masjid al-Aqsa dicerobohi pihak polis Israel pada 6 Mei lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh MEE, pihak Hamas memberi amaran kepada Israel yang dianggap ‘bermain dengan api’ dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan Parlimen, Ram Ben-Barak juga menyuarakan kebimbangan terhadap laluan acara perarakan di samping keputusan yang ditetapkan Hakim Zion.

“Langkah berjaga-jaga perlu diambil dalam tempoh sensitif ini. Kita tidak mahu menimbulkan sebarang provokasi atau peperangan di kawasan Timur Tengah,” ujarnya kepada Kan Radio menerusi sebuah laporan berita daripada Reuters.

Sumber: Middle East Eye & Reuters

Foto: Ariel Schalit/AP, AFP & Pexels

Larangan ke Masjidil Aqsa
Antarabangsa, Berita Semasa,

Mufti Besar Baitulmaqdis beri amaran tentang implikasi buruk jika berlaku provokasi di Masjid al-Aqsa

KITA kini berada pada ambang bulan Ramadan yang hanya berbaki kurang enam hari lagi. Seluruh umat Islam begitu berharap agar dapat melalui bulan Ramadan dengan penuh ketenangan.

Maklum sahajalah, Ramadan terkenal sebagai bulan mulia untuk kita melakukan ‘pesta’ ibadah. Malah, tidak terhitung ganjaran yang bakal diraih apabila kita menghidupkan bulan berkenaan dengan amalan yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Ya, demikianlah impian setiap umat Islam setiap kali tibanya bulan Ramadan. Begitu juga yang dirasai oleh penduduk Palestin. Pada tahun lalu, mereka diuji apabila diserang ketika sedang menunaikan solat tarawih.

Bayangkan rejim Zionis menyerbu masuk ke dalam Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis dan melepaskan gas pemedih mata.

Media antarabangsa melaporkan, seramai 178 jemaah termasuk kanak-kanak cedera dalam serangan yang berlaku pada malam ke-26 Ramadan.

Baca juga Undang-Undang Kejam Israel Curi Tanah Palestin

Justeru, ramai berharap agar insiden malang itu tidak akan berulang kembali pada Ramadan kali ini.

Disebabkan itu, Mufti Besar Baitulmaqdis, Sheikh Mohammad Hussein baru-baru ini memberikan amaran supaya puak Yahudi tidak melakukan provokasi sepanjang bulan barakah berkenaan.

SHEIKH MOHAMMAD HUSSEIN

Beliau menyuarakan kebimbangannya kerana ia akan memberi implikasi yang tidak baik dan dikhuatiri memicu masalah, lapor Agensi Berita & Informasi Palestin (Wafa).

Kerisauan itu disuarakannya susulan kenyataan Menteri Keselamatan Awam Israel, Omer Bar-Lev sebelum ini yang menyatakan, orang Yahudi bebas berada di Masjid al-Aqsa pada bulan Ramadan, sama seperti pada hari-hari lain.

Sebelum ini, Israel melarang orang bukan Islam untuk berada di masjid ketiga terpenting dalam Islam itu.

Dalam pada itu, Sheikh Mohammad Hussein memberi amaran bahawa tindakan membenarkan peneroka Israel untuk terus mendatangi tapak suci umat Islam tersebut pada bulan Ramadan itu mungkin menjadi permulaan kepada ‘niat jahat’ pihak berkuasa pendudukan Israel.

“Kerajaan Israel akan bertanggungjawab atas semua akibat daripada keputusan mereka ini yang barangkali akan meningkatkan atau mencetuskan kebencian dan permusuhan di rantau ini sebagai sebahagian daripada percubaannya untuk mengawal Masjid al-Aqsa,” katanya sebagaimana dipetik menerusi portal english.wafa.ps.

Portal berita tersebut turut melaporkan, rakyat Palestin bimbang andai Israel sengaja cuba mencetuskan masalah di Masjid al-Aqsa untuk mewajarkan kehadiran pasukannya di pekarangan tempat suci berkenaan pada setiap masa.

Ia dianggap sebagai usaha untuk mengubah status quo yang sudah puluhan tahun diamalkan yang mana ia merupakan tempat khusus ibadah orang Islam.

Baca juga Ayuh Umat Islam Bersolidariti Benamkan Keangkuhan Israel

Malah, kelompok fanatik Yahudi dilihat ingin mengubah status quo tersebut dengan meminta pemerintah mereka membahagikan Masjid al-Aqsa dan pada masa sama turut mengizinkan orang Yahudi solat di situ.

Jika dilihat, senario berkenaan saling tidak tumpah sebagaimana berlaku di Masjid Ibrahimi yang terletak di bandar Hebron. Kerajaan Israel membahagikannya antara umat Islam dan orang-orang Yahudi susulan insiden pembunuhan beramai-ramai pada sekitar Februari 1994.

Provokasi di Masjid al-Aqsa

MASJID AL-AQSA merupakan masjid ketiga paling suci bagi umat Islam. -Foto: justislam.co.uk

Dalam kejadian itu, seorang peneroka Yahudi melepaskan tembakan ke arah jemaah Islam pada awal pagi Ramadan, sekali gus membunuh 29 orang dan mencederakan puluhan individu lain.

Malah, majoriti pertubuhan fanatik Yahudi dilaporkan cenderung untuk memusnahkan seluruh kawasan masjid dan tempat-tempat suci umat Islam serta menggantikannya dengan kuil.

Memetik laporan Wafa, Sheikh Mohammad Hussein menyifatkan bahawa tindakan memudaratkan kesucian Masjid al-Aqsa adalah satu jenayah yang kejam.

“Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk mengenakan amalan baharu di dalamnya yang bertentangan dengan nilai-nilai agama iaitu larangan merosakkan tempat-tempat suci yang dikhaskan untuk beribadah.

“Di samping itu, tindakan tersebut juga tidak selari dengan undang-undang dan norma antarabangsa yang memberi penghormatan terhadap tempat-tempat suci berkenaan dengan tidak mencederakan masyarakat demi melindungi kebebasan beribadah.

“Namun begitu, pihak berkuasa nampaknya mengabaikan semua ini dan mencetuskan perasaan kira-kira 2 bilion umat umat Islam di dunia yang mana menimbulkan bahaya dan memerlukan pendidian Arab-Islam yang serius dalam hal ini,” kata ulama Islam berkenaan.

Roboh rumah penduduk Palestin
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Insiden Roboh Rumah Penduduk Palestin Dikiritik Secara Meluas, Dianggap Sebagai ‘Jenayah Perang’

INSIDEN perobohan rumah yang didiami oleh penduduk Palestin di kejiranan Sheikh Jarrah, timur Baitulmaqdis semalam telah dikritik secara meluas.

Banyak pertubuhan hak antarabangsa dan kumpulan Palestin yang mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut terhadap keluarga Mahmoud Salhiya.

Apa tidaknya, ‘pengusiran’ cara sebegitu telah menyebabkan 18 orang termasuk kanak-kanak hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.

Jurucakap polis Israel memaklumkan, operasi itu dilakukan demi melaksanakan perintah pengusiran bangunan ‘haram’ yag dibina di atas kawasan yang ditetapkan untuk sekolah kanak-kanak berkeperluan khas di timur Baitulmaqdis.

Namun, tindakan terbabit menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana pihak berkuasa turut menahan ahli keluarga dan penyokong mereka walaupun tiada pertempuran berlaku ketika kejadian.

Memetik laporan portal Middle East Eye, Mahmoud mendakwa, keluarganya memiliki kediaman tersebut dan tinggal di dalamnya selama beberapa generasi.

Katanya, mereka mendiami rumah berkenaan sejak diusir oleh militan Zionis dari Ein Karem pada tahun 1948 ketika insiden malapetaka Nakba yang menyebabkan kira-kira 700,000 rakyat Palestin dipindahkan secara ganas untuk mewujudkan negara Israel.

Roboh rumah penduduk Palestin

TINGGAL KENANGAN…salah seorang lelaki Palestin memegang rangka pintu peti sejuk dengan gambar keluarga di atasnya ketika berada di tapak rumah keluarga Salhiya yang dirobohkan.

Dalam pada itu, Pengarah Human Rights Watch (HRW) Israel dan Palestin, Omar Shakir menyelar kejadian berkenaan dan menyifatkan tindakan polis Israel mengusir keluarga Salhiya dan pemusnahan rumah mereka sebagai ‘jenayah perang’.

“Bayangkan mereka telah diusir di Ein Karem semasa Nakba pada tahun 1948 dan dilarang daripada menuntut semula di bawah undang-undang Israel.

“Tindakan kejam ini menjadikan Salhiya sebagai pelarian dua kali. Inilah satu bentuk aparteid (polisi sesebuah negara yang membeza-bezakan rakyatnya berdasarkan kaum dan sebagainya) dan penganiayaan,” katanya sebagaimana dipetik menerusi ciapan di Twitter miliknya.

Baca juga Undang-Undang Kejam Israel Curi Tanah Palestin

Sementara itu, sebuah kumpulan hak asasi di Israel yang terkemuka, Ir Amim menggelar insiden berkenaan sebagai ‘tindakan yang tidak boleh dimaafkan’ dan melanggar undang-undang antarabangsa.

“Saat dunia sedang memerhati, mereka (pihak berkuasa Israel) memilih untuk secara sinis merampas (kediaman) sebuah keluarga Palestin bagi membina sekolah berkeperluan khas di atas runtuhan rumah mereka,” kata NGO berkenaan sebagaimana dipetik menerusi portal middleasteye.net.

Turut sama menyelar tindakan kejam tersebut adalah Majlis Pelarian Norway, sebuah pertubuhan kemanusiaan bebas. Mereka turut mengulangi kritikan yang sama.

Roboh rumah penduduk Palestin

PENGUSIRAN keluarga Salhiya dan insiden perobohan rumah mereka dikecam ramai kerana jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

“Pengusiran keluarga Salhiya menandakan pelanggaran undang-undang antarabangsa yang jelas yang mana pemindahan secara paksa di wilayah yang diduduki adalah dilarang sama sekali.

“Sebagai kuasa penjajah di Baitulmaqdis Timur, pihak berkuasa Israel mempunyai kewajipan untuk memastikan keselamatan dan perlindungan penduduk Palestin,” tegasnya.

Bukan itu sahaja, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas menerusi satu kenyataan yang diterbitkan oleh agensi berita rasmi Wafa turut mengecam insiden perobohan kediaman berkenaan yang dianggap sebagai ‘jenayah perang’.

Malah, beliau turut menggesa Amerika Syarikat untuk ‘memaksa kerajaan pendudukan Israel menghentikan dasar penghapusan etnik terhadap rakyat Palestin.

Sementara itu, wakil kumpulan Pergerakan Hamas Palestin di Baitulmaqdis, Muhammad Hamadeh menyeru penduduk Palestin untuk terus melindungi rumah mereka daripada insiden perobohan.

“Jenayah ini tidak akan mematahkan tekad keteguhan rakyat kita di Baitulmaqdis,” katanya kepada agensi berita Anadolu Turki.

Foto: AFP, Reuters & AP Photo

Ecd4vpuWsAAJssa
Jendela Dunia, Pilihan Editor,

Pemberontakan Senyap Yahudi AS Terhadap Regim Zionis Israel Petanda Baik Buat Palestin

no comment

PERBINCANGAN mengenai Israel dan Palestin sering berlaku di kalangan kolonialisme Israel dan usaha Palestin untuk mendapatkan pembebasan. Walaupun perbincangan itu dilihat janggal dan sukar tetapi situasi itu sudah lama berlaku antara Yahudi Amerika Syarikat (AS) dan hubungan mereka dengan Israel serta komitmen mereka terhadap ideologi Zionisnya.

Selama bertahun-tahun, Israel dan penyokong Yahudi dengan senang hati memanggil orang Yahudi yang tidak menyokong negara itu atau lebih buruk lagi menyokong kebebasan Palestin sebagai ‘membenci diri sendiri’.

Istilah itu digunakan untuk menggambarkan orang Yahudi anti-Zionis yang tidak setuju dengan tuduhan ‘anti-Semitisme’ yang dibuat terhadap orang bukan Yahudi termasuk orang Arab Semitik yang berani mengkritik Israel. Pendekatan seperti itu, bagaimanapun tidak lagi efektif seperti dulu.

Beberapa tahun kebelakangan ini menunjukkan dengan tegas bahawa terdapat pemberontakan secara senyap di kalangan komuniti Yahudi AS. Pemberontakan anti-Israel ini telah lama berkembang, tetapi baru-baru ini munculnya fenomena baru di mana orang Yahudi AS, terutama generasi muda, secara terbuka tidak setuju dengan cara Yahudi yang menyokong hal berkaitan Israel kerana mengagungkan Zionisme. Situasi itu telah membimbangkan pelbagai institusi Zionis di AS dan di Israel sendiri.

Kini golongan muda Yahudi AS semakin terbuka mengutuk tindakan Israel terhadap penindasan rakyat Palestin. Gambar: BBC

Yahudi AS semakin jauh dari Israel

Beberapa tinjauan pendapat menunjukkan kesimpulan yang tidak dapat dielakkan bahawa hubungan emosi dan politik antara Israel dan Yahudi AS semakin lemah. Kaji selidik pendapat yang diterbitkan oleh Laszlo Strategies bagi organisasi bukan untung di Jerusalem pada Ogos 2013, menyimpulkan bahawa 87 peratus orang Yahudi AS berusia lebih dari 50 tahun sangat setuju bahawa mengambil berat tentang Israel adalah bahagian yang sangat penting daripada menjadi Yahudi. Sementara 66 peratus orang muda Yahudi di AS yang berumur antara 18 hingga 29 tahun merasakan hal yang sama.

Tinjauan lain juga menunjukkan kesimpulan yang serupa bahawa jumlah pemuda Yahudi yang sangat menyokong Israel terus menurun. Satu tinjauan yang sangat menarik dan penting adalah mengenai Jawatankuasa Yahudi Amerika pada bulan Jun 2018. Itulah masa ketika pakatan AS-Israel mencapai puncaknya di bawah pemerintahan Donald Trump dan Benjamin Netanyahu.

Walaupun 77 peratus daripada semua orang Israel bersetuju hubungan AS-Israel oleh pemerintah AS, hanya 34 peratus orang Yahudi AS yang melakukannya. Sebenarnya, 57 peratus lagi orang Yahudi AS tidak bersetuju sepenuhnya kebijakan Trump yang pada dasarnya memberikan Israel semua yang diinginkannya.

Penyelidikan yang diterbitkan pada Mei tahun ini oleh Pew menunjukkan bahawa satu daripada lima orang Yahudi AS percaya bahawa AS terlalu menyokong Israel. Mereka yang berpegang pada kepercayaan itu terdiri daripada 22 peratus dari populasi Yahudi AS dan telah meningkat dua kali ganda sejak tinjauan sebelumnya dikeluarkan pada tahun 2013.

Ramai pemuda Yahudi AS semakin terbuka mengadakan tunjuk perasaan mengecam tindakan Israel terhadap penindasan Palestin. Gambar: Arab News.

Pengumpulan data untuk tinjauan di atas walaupun dikeluarkan semasa serangan Israel ke atas Gaza pada 10 hingga 21 Mei, sebenarnya dilakukan pada tahun 2019 dan 2020. Jumlah orang Yahudi AS yang tidak menyokong pasti meningkat sejak itu seolah-olah ada korelasi yang jelas antara perang Israel yang mengakibatkan korban orang awam yang besar dan perpecahan yang berterusan antara Yahudi AS dan Israel.

Wakil Presiden untuk penglibatan orang ramai di New Israel Fund, Libby Lenkinski, mengatakan kepada majalah Rolling Stone bahawa dia melihat perubahan ketara dalam persepsi Amerika terhadap Palestin dan Israel sejak perang Israel terhadap Gaza pada tahun 2014. Perang yang mengorbankan lebih dari 2,200 orang Palestin. Namun, bagi Lenkinski persepsi Yahudi AS harus mengikuti etika paradigma, ‘Ini adalah masalah moral. Betul atau salah?’.

Sentimen serupa muncul setelah perang Mei 2021, ketika lebih 260 penduduk Palestin terbunuh, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak. Dalam artikel baru-baru ini, penulis Yahudi Amerika, Marisa Kabas menjelaskan dilema yang dirasakan oleh ramai orang dalam komuniti Yahudi AS mengenai Israel.

“Oleh kerana konflik ini sering terjadi terhadap anda yang menyokong Israel atau menyokong kehancurannya, bagi kebanyakan kita merasa seperti pengkhianatan untuk mempertimbangkan pihak lain, akibatnya perubahan yang jelas dalam persepsi dan hubungan Yahudi AS dengan Israel,” katanya.

Tambahnya, walaupun lebih banyak ruang terbuka untuk membantah Yahudi AS, perbincangan di Israel masih terbatas dan hampir tidak berkaitan dengan etika dan moral.

“Baru-baru ini, pemahaman bahawa Israel kehilangan sokongan Yahudi AS telah diterima oleh parti-parti politik utama negara itu, dengan perselisihan yang difokuskan pada siapa yang harus disalahkan atas pergeseran ini.

“Netanyahu sering dianggap bertanggungjawab untuk menjadikan Israel sebagai isu politik Amerika yang berpihak melalui perikatannya dengan Trump dan Parti Republik hingga mengorbankan hubungan Israel dengan Demokrat.

Netanyahu dan Trump mempunyai agenda yang sama terhadap Palestin. Gambar: The Guardian

“Namun, hubungan ‘cinta’ Netanyahu-Trump tidak begitu rumit seperti yang ingin dipercayai oleh pengkritik Netanyahu. Sesungguhnya, idea Israel telah berubah dalam masyarakat Amerika. Gagasan bahawa Israel adalah sebuah negara kecil yang seharusnya rentan menghadapi ancaman eksistensial oleh musuh-musuh Arab yang berkembang di masa lalu, menjadi hampir sama sekali tidak relevan,” katanya.

Konsep baru Israel, yang merupakan titik penjualan utama Tel Aviv di Amerika, adalah konsep Israel yang alkitabiah, tempat ramalan dan keselamatan rohani yang paling menarik bagi kelompok Kristian Evangelis sayap kanan. Golongan muda Yahudi yang kebanyakannya menyokong Black Lives Matter dan bahkan gerakan boikot Palestin, mempunyai sedikit persamaan dengan penyokong Israel di kalangan orang-orang yang bersemangat kristian Amerika.

 

Sumber: Middle East Monitor

Suara Palestina
Jendela Dunia, Personaliti, Pilihan Editor,

Wanita Israel Derma Buah Pinggang Sempena Hari Jadinya kepada Kanak-Kanak Gaza

no comment

GURU tadika dari Israel utara, Idit Harel Segal, telah mengambil keputusan mengejutkan apabila memilih untuk meraikan hari jadi yang ke-50 dengan menghadiahkan buah pinggangnya kepada seorang budak lelaki di Gaza, Palestin.

Keputusan itu di buat dengan mengharapkan dapat menjadi contoh kemurahan hati di negera yang sedang mengalami konflik berterusan bersama Israel. Dia berbuat demikian setelah mendapat inspirasi daripada mendiang datuknya yang juga seorang mangsa Holocaust.

Teringat pesanan datuknya yang menyuruh hidup ini perlu bermakna dan berpendapat bahawa tidak ada pengorbanan yang lebih mulia daripada menyelamatkan nyawa seseorang.

Setelah Segal menghubungi pertubuhan yang menghubungkan penderma dan penerima, dia perlu menunggu sembilan bulan untuk memindahkan buah pinggangnya kepada seseorang kanak-kanak Palestin berusia tiga tahun dari Semenanjung Gaza.

Segal menunjukkan surat yang ditulis kepada penerima buah pinggangnya iaitu kanak-kanak Gaza. Gambar: Leader-Telegram

“Anda tidak mengenali saya, tetapi tidak lama lagi kita akan sangat dekat kerana buah pinggang saya akan berada di dalam badan anda,” katanya yang menulis surat di dalam bahasa Ibrani kepada kanak-kanak itu.

Seorang rakan menterjemahkan surat itu ke dalam bahasa Arab supaya keluarga itu dapat memahami.

“Saya berharap dengan sepenuh hati bahawa pembedahan ini akan berjaya dan anda akan menjalani kehidupan yang panjang dan sihat dan bermakna.”

“Selepas perang 11 hari, saya membuang kemarahan, kekecewaan dan hanya mahu melihat satu perkara. Saya melihat harapan untuk kedamaian dan cinta. Dan jika ada yang ramai seperti kita, tidak akan ada apa yang perlu diperjuangkan,” kata Segal.

Keputusan Segal berbuat demikian mendapat tentangan daripada keluarganya dan berlaku konflik keluarga selama beberapa bulan. Suaminya dan anak sulung berusia 20-an menentang rancangan Segal dan suaminya tidak bercakap dengannya untuk beberapa lama.

Bagi mereka, Segal telah mempertaruhkan nyawanya sendiri apatah lagi peristiwa mereka kehilangan tiga saudara dalam serangan Palestin.

“Keluarga saya benar-benar menentang, semua orang menentangnya termasuk suami, kakak dan abang ipar, malah paling berat adalah ayah saya sendiri, mereka takut” kata Segal semasa ditemuramah di rumahnya di Eshhar baru-baru ini.

Ketika dia mengetahui identiti budak lelaki itu, dia menyimpan maklumatnya selama berbulan-bulan.

“Saya tidak memberitahu sesiapa, saya memberitahu diri sendiri, jika keputusan untuk menderma buah pinggang ini dianggap kejam, bermakna harapan untuk seorang kanak-kanak Palestine menerimanya akan menjadi sukar,” katanya.

Pembedahan pemindahan buah pinggang proses yang merumitkan. Gambar: CTV News Montreal

Ketua Eksekutif Matnat Chaim iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) di Jerusalem, Sharona Sherman, berkata pihaknya akan membantu menguruskan proses dan prosedur pembedahan itu.

Kes penerima buah pinggang kanak-kanak Gaza itu dikatakan agak rumit. Pada awalnya bapa kepada kanak-kanak itu sendiri yang ingin menderma buah pinggang kepada anaknya, namun tidak serasi menurut doktor.

Pada hari yang sama anaknya mendapat buah pinggang baharu, ayahnya pula mendermakan salah satu buah pinggangnya kepada seorang ibu Israel yang berusia 25 tahun.

Di beberapa negara, timbal balik tidak dibenarkan kerana menimbulkan persoalan apakah penderma telah dipaksa. Menurut etika pendermaan organ perlu mengikut prinsip bahawa penderma harus diberikan hak kebebasan dan secara sukarela tanpa berniat untuk mendapat apa-apa balasan.

Begitupun tindakan ayah kepada kanak-kanak itu dilihat sebagai insentif untuk meningkatkan jumlah penderma.

Bagi Segal, pendermaan buah pinggangnya telah mencetuskan konflik dalam keluarganya tidak seperti yang diharapkan. Buah pinggangnya telah membantu menyelamatkan nyawa seorang kanak-kanak dan mencetuskan sumbangan seterusnya tanpa diduga, walaupun pada hakikatnya di luar Israel dan Palestin tidak pernah berdamai.

Segal mengatakan bahawa dia telah mengunjungi kanak-kanak itu pada malam sebelum pembedahan dan mahu menjaga hubungan dengan ibu bapanya.

Wanita itu juga mengatakan bahawa dia menghormati prinsip datuknya dengan cara untuk membantu seseorang bagi mengatasi kesedihan diatas kematian orang yang disayanginya itu sejak lima tahun yang lalu.

Sumbangan itu adalah tindakan dirinya sendiri dan dia tidak pernah takut. Segal akhirnya didatangi keluarganya untuk melawat dan menganggap itulah hadiah hari jadi yang paling bermakna dalam hidupnya.

Dia mengatakan bahawa suaminya kini lebih memahami, begitu juga dengan anak-anaknya, malah pada malam pembedahan itu juga, Segal dihubungi oleh ayahnya yang memberikan kata-kata semangat.

“Saya tidak ingat apa yang dia (ayah) katakan kerana dia menangis. Saya hanya memberitahunya bahawa buah pinggang saya akan diberikan kepada seorang kanak-kanak lelaki Palestin.

“Ayah terdiam seketika dan kemudian ayah berkata ‘baiklah, dia (kanak-kanak itu) juga memerlukan kehidupan,” katanya.

 

Sumber: Arab News