Browsing Tag

ilmu tidak bermanfaat

doa ilmu tidak bermanfaat
Gaya Hidup,

Doa dijauhkan daripada 4 jenis ilmu yang tidak bermanfaat

AMALKAN doa ini agar kita dijauhkan daripada ilmu yang tidak bermanfaat.

Firman ALLAH SWT: “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).” (Surah al-‘Alaq, ayat 1)

Menerusi ayat di atas, kalimah Arab ‘Iqra’ yang bermaksud ‘bacalah’ menjadi sandaran utama dalam Islam tentang peri pentingnya mencari ilmu bagi seorang Muslim.

Tidak kurang daripada itu, terdapat juga banyak anjuran dan kelebihan menuntut ilmu yang dapat kita temui daripada nas al-Quran serta hadis.

Baca juga Benarkah Ratu Elizabeth II berketurunan Nabi Muhammad? Hadam dulu penjelasan ini

Turut disyorkan Pendakwah di pintu neraka Jahanam, ini yang pernah disebutkan Nabi SAW dalam hadis.

doa ilmu tidak bermanfaat

PERKEMBANGAN teknologi menyebabkan lambakan maklumat, baik sahih mahupun palsu, yang mampu diakses oleh sesiapa pun. Foto: Pexels

Sungguhpun begitu, dalam usaha kita mencari ilmu, ketahuilah bahawa bukan semua pengetahuan yang ada di luar sana bermanfaat. Bahkan, ia mampu membawa kepada kemudaratan jika disalah pakai.

Hakikat ini perlu diberi perhatian, terutamanya pada zaman teknologi kini yang mana mudah sekali untuk menyebarkan maklumat palsu oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Jenis ilmu tidak bermanfaat

Seperti yang dikongsikan portal muslim.or.id dan tzkrh, dalam kitabnya Majmu’ Al-Fawaaid wa Iqtinaashil Awaabid, ulama Islam Syeikh Abdurrahman bin Naasir al-Sa’di ada menjelaskan empat jenis ilmu yang dikira tidak bermanfaat:

1.Ilmu yang membawa keburukan.

Ia dikira sebagai ilmu yang tidak bermanfaat jika bersifat berbahaya dan mendatangkan keburukan, misalnya ilmu sihir yang jelas diharamkan dalam Islam. Contoh lain adalah apabila seseorang membaca buku yang mengandungi kesesatan, namun dia masih belum memiliki ilmu akidah yang benar sebagai ‘senjata’ untuk melindungi dirinya.

Baca juga Waspada dengan ‘dark web’. Silap langkah, boleh gugat akidah remaja

2.Ilmu duniawi yang melalaikan tanggungjawab.

Terlalu sibuk mengejar ilmu duniawi sehingga akhirnya membuatkan seseorang lalai daripada hal-hal yang utama. Apa gunanya menggali pengetahuan, tetapi tidak diamalkan dalam kehidupan seharian.

Contohnya, kesibukan dalam mencari ilmu dunia telah menjadikan dia lalai daripada mendirikan solat tanpa sebarang keuzuran atau alpa dalam menjalankan tanggungjawab kepada ibu bapa atau ahli keluarga. Dalam situasi itu, ilmu yang diperoleh juga dikira tidak bermanfaat di sisi Islam.

DALAM usaha mencari ilmu duniawi, janganlah sampai mengaburi tanggungjawab ukhrawi kita yang sedia ada. Foto: Pexels

3.Ilmu agama yang tidak diamalkan.

Begitu juga dengan ilmu agama, ia dikira tidak bermanfaat bagi seseorang jika dia tidak mengamalkannya. Bayangkan, dia tahu mana yang baik dan buruk serta mana benar dan salah. Namun, dirinya masih menolak dan tidak mengamalkannya.

Baca juga Bolehkah lelaki ‘mencantikkan’ diri? Berikut perinciannya

Turut disyorkan Jangan lafaz sumpah sewenang-wenangnya, ini sebab-sebabnya

4.Ilmu yang menyebabkan tidak mahu ambil tahu tentang ilmu agama.

Pengajian ilmu moden seperti fizik, sosiologi, ekonomi, bahasa asing dan lain-lain juga dikira tidak bermanfaat jika ia menyebabkan seseorang itu mengetepikan atau terus berpaling daripada ilmu agama.

Seseorang yang terperangkap dalam perkara itu boleh menjadi keliru dan semakin menolak perkara-perkara daripada nas al-Quran serta as-Sunnah kerana dianggap ketinggalan zaman dan tidak seiring dengan ilmu moden.

Menurut Syeikh Abdurrahman, ilmu yang bermanfaat adalah ilmu agama Islam dan apa jua pengetahuan yang dapat membantu seseorang untuk lebih memahami Islam.

Di samping itu, ilmu yang boleh memperbaiki akhlak manusia dan memperbaiki dunia juga dikira bermanfaat dengan syarat ilmu agama menjadi asas serta tunjang pegangan, manakala ilmu-ilmu lain pula untuk menyokong.

PENGETAHUAN yang bermanfaat adalah apa jua ilmu yang mendekatkan diri kita dengan ALLAH SWT.

Baca juga Tak boleh guna duit haram untuk bayar sewa rumah, beli pakaian dan seumpamanya. Ini penjelasannya

Doa dijauhi ilmu tidak bermanfaat

Selain itu, Rasulullah SAW pernah mengajarkan satu doa agar kita dilindungi daripada ilmu yang tidak bermanfaat, iaitu:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عِلْمٍ لَا يَنْفَعُ، وَمِنْ قَلْبٍ لَا يَخْشَعُ، وَمِنْ نَفْسٍ لَا تَشْبَعُ، وَمِنْ دُعَاءٍ لَا يُسْمَعُ

(Allahumma inni a’udzubika min ilmin la yanfa’, wa min qolbin la yakhsya’, wa min nafsin la tasyba’, wa min du’a in la yusma’)

Ertinya: “Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tidak merasa puas, dan dari doa yang tidak didengar (tidak dikabulkan).” (Hadis Riwayat Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Doa di atas sangat penting untuk diamalkan agar kita tidak terjebak dalam hal-hal yang merosakkan akidah gara-gara memperoleh ilmu tidak bermanfaat.

Pada masa sama, apabila diberikan sesuatu maklumat, selidik dahulu akan kesahihannya sebelum disebarkan kepada orang lain.

Turut disyorkan Bersedekah pada hari Jumaat sangat dianjurkan Islam, tetapi jangan bertangguh untuk lakukan amalan mulia itu pada hari lain

Sumber: Doa Dijauhkan daripada Ilmu yang Tidak Bermanfaat, 4 Ciri Ilmu yang Tidak Bermanfaat, Memohon Perlindungan dari Ilmu yang Tidak Bermanfaat.

Foto: Pexels