Browsing Tag

huffaz profesional

huffaz profesional
Isu,

Celik agama dan akademik, Malaysia perlukan lebih ramai huffaz profesional

KERAJAAN berhasrat melahirkan 125,000 ribu huffaz profesional yang menguasai dua bidang iaitu al-Quran dan disiplin ilmu lain, menjelang tahun 2050.

Menteri di Jabatan Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, ia bertujuan mewujudkan masyarakat yang bukan sekadar celik al-Quran, bahkan turut menguasai bidang ilmu profesional untuk membantu ummah.

“Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi huffaz professional yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara berasaskan penghayatan al-Quran dalam semua bidang kehidupan,” ucapnya ketika merasmikan Konvensyen Huffaz Profesional Peringkat Antarabangsa (InFAZ) 2023 di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) semalam.

Baca juga Pelajar kurang pendengaran di Indonesia hafal al-Quran guna bahasa isyarat

DATUK Dr Mohd Na’im Mokhtar

Baca juga Pemuda Mesir khatam al-Quran dalam masa 7 jam

Beliau turut memberitahu, setakat ini, negara berjaya melahirkan 2,130 huffaz profesional daripada lapan buah institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di seluruh negara menerusi Program Pensijilan Tahfiz al-Quran.

Program bersepadu kendalian Darul Quran di bawah Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan menggabungkan program tahfiz bersama jurusan akademik seperti Kejuruteraan, Sains Komputer serta Perakaunan.

CONTOH poster pengambilan pelajar Program Pensijilan Tahfiz al-Quran Darul Quran dikendalikan JAKIM. Foto: UIAM

Buat masa ini, hanya lapan IPT yang menawarkan program tahfiz tersebut, iaitu UNITEN, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), University of Cyberjaya (UoC), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS), Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAAS), Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam (IPGKPI) dan Management and Sciences University (MSU).

Justeru, Mohd Na’im berharap lebih banyak IPT mengikuti program berkenaan supaya ia dapat dimanfaatkan untuk dijadikan nilai tambah meningkatkan kebolehpasaran pelajar di alam pekerjaan nanti.

“Menjadi penghafaz al-Quran boleh menjadi satu nilai tambah kepada graduan profesional sekali gus meningkat kebolehpasaran mereka dalam bidang kerja yang dipilih,” ujarnya.

Foto: BERNAMA