Browsing Tag

hodoh

Gaya Hidup,

Tak mengapa hodoh di dunia, di akhirat nanti kita dapat memilih wajah yang diinginkan

SETIAP insan dilahirkan dengan wajah berbeza-beza. Kewujudan rupa paras tersebut bukanlah atas kerelaan sendiri, sebaliknya ia dikurniakan oleh ALLAH YANG MAHA ARIF pengetahuan-NYA.

Lantas, jangan suka mencela perbezaan fizikal yang wujud antara manusia kerana ia juga antara tanda keagungan ALLAH SWT yang berkuasa menjadikan makhluk-NYA dalam pelbagai bentuk dan rupa.

Sebagai umat Islam, kita wajib percaya akan ada kehidupan abadi menanti manusia setelah dibangkitkan selepas mati. Namun, berbeza dengan hidup di atas muka bumi, tahukah anda, kita sebenarnya ada kuasa untuk menentukan bagaimana kita akan kelihatan sewaktu di sana nanti.

Baca juga Sesuka hati ‘body shaming’ ibarat menghina ciptaan ALLAH

SELEPAS tiupan sangkakala pertama, manusia akan dimatikan terlebih dahulu sebelum dibangkitkan pada hari Akhirat nanti. Foto: manataka.org

Pun begitu, terlebih dahulu semua manusia akan dibangkitkan pada hari Akhirat kelak dalam keadaan yang sama, iaitu tidak berpakaian. Kata ‘Aisyah RA, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Kelak hari kiamat manusia akan dikumpulkan dalam keadaan tidak berkasut, tidak berpakaian, dan tidak berkhatan.” 

“Maka bertanya ‘Aisyah, “Ya Rasulullah! Apakah wanita dan lelaki bercampur baur, sehingga satu sama lain saling memandang?” Sabda beliau, “Keadaan ketika itu sangat sulit, sehingga mereka tidak menghiraukan lagi satu sama lain.“” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Turut disyorkan Lakukan tujuh amalan ini supaya pahala kekal mengalir setelah kita meninggal dunia

Apa yang membezakan mereka bergantung kepada amalan yang dilakukan ketika hidup di bumi.

Diceritakan beberapa kali dalam kitab suci al-Quran, orang yang sering berbuat baik akan dibezakan dengan golongan yang buruk amalnya melalui beberapa ciri tertentu.

GOLONGAN manusia yang berbuat kejahatan di dunia tidak akan beroleh sebarang kesenangan di Hari Akhirat kelak. Foto: 123RF

Baca juga Pendakwah di pintu neraka Jahanam, ini yang pernah disebutkan Nabi SAW dalam hadis.

Menurut kalamullah itu, orang yang banyak melakukan kejahatan di dunia akan diseret masuk ke neraka mempunyai wajah gelap dan muram. Mereka pula tidak akan berhenti menangis dan meratap pada Hari Kebangkitan nanti.

Sebaliknya, orang yang soleh akan memiliki wajah cerah dan gembira.

Firman ALLAH SWT, “Pada hari Akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri, melihat kepada TUHAN-nya.” (Surah al-Qiyamah, ayat 22 dan 23)

Wajah para mukmin akan menggambarkan apa yang ada dalam hati mereka, iaitu harapan dan kebahagiaan yang tidak terhingga untuk menerima rahmat TUHAN.

Firman ALLAH, “Engkau dapat melihat pada muka mereka: cahaya nikmat yang mereka perolehi.” (Surah al-Mutaffifiin, ayat 24)

Turut disyorkan 6 amalan membawa ke syurga. Mungkin anda pernah lakukan tanpa sedar

JANGAN putus daripada memohon keampunan daripada ALLAH SWT selagi bernyawa supaya kita tidak tergolong dalam orang yang diheret ke neraka pada Hari Kebangkitan. Foto: 123RF

Baca juga Tanda taubat diterima akhlak berubah baik, mudah lakukan ibadat

Walau bagaimanapun, golongan yang sering melakukan kejahatan akan kelihatan muram dan sedih di wajahnya.

Firman ALLAH, “Dan pada hari itu, muka (orang-orang kafir) muram hodoh,” (Surah al-Qiyamah, ayat 24)

Jadi ingatlah, bagaimana wajah kita akan kelihatan di Hari Akhirat nanti akan ditentukan berdasarkan apa yang kita kerjakan di pada masa sekarang.

Turut disyorkan 10 tanda kematian yang baik

Maka, teruslah mengerjakan amalan soleh kepada ALLAH SWT dan memohon keampunan-NYA agar kita semua diberikan wajah cerah gembira pada waktu itu nanti.

Mereka yang bertakwa kepada TUHAN Maha Esa juga dijanjikan segala nikmat dan kesenangan di syurga kelak.

Pada hari itu ada wajah yang putih berseri, dan ada pula wajah yang hitam muram. Ada pun orang-orang yang berwajah hitam muram (kepada mereka dikatakan), “Mengapa kamu kafir setelah beriman? Oleh itu rasakanlah azab disebabkan kekafiranmu itu.” (Surah Ali Imran, ayat 106)

Foto: 123RF & manataka.org