Browsing Tag

histeria

dirasuk
Aqidah,

Wanita dirasuk Iblis, sejak zaman Nabi dulu pun sudah wujud, berikut kaedah merawatnya

Wanita dirasuk Iblis, sejak zaman Nabi dulu pun sudah wujud, berikut kaedah merawatnya…

ISTILAH seperti ‘rasuk’, ‘histeria’ dan seumpamanya pastinya tidak asing lagi dalam masyarakat kita.

Malah pandangan masyhur mengatakan kaum wanita sebagai golongan paling terdedah kepada serangan rasukan atau histeria. Namun, apa pendapat Islam tentang perkara itu?

Ulama terkenal, Ibnu al-Qayyim dalam kitab at-Tibb al-Nabawi menggambarkan sakit seperti histeria dinamakan al-sar’ (rasukan) yang berlaku akibat rasukan roh-roh jahat yang menyerang roh manusia serta boleh memberi kesan buruk kepada fizikal mangsanya.

Jelasnya, roh-roh jahat yang dimaksudkan adalah berupa jin dan syaitan yang memasuki aliran darah manusia lalu menyesatkannya melalui perlakuan di luar kawalan akal dan rohani.

Baca juga Sihir pakatan keji, lindungi diri dengan 6 cara dianjurkan dalam al-Quran dan hadis

dirasuk

Turut disyorkan Pernah dizalimi akibat sihir, boleh ke jika kita tak maafkan individu yang lakukan perbuatan itu?

Selain itu, walaupun kes-kes histeria yang adakalanya mengisi sudut akhbar seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan mental lantas memberi gambaran seolah-olah ia adalah isu moden, namun fenomena al-sar’ sebenarnya telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi.

Memetik sebuah hadis daripada Atha’ bin Abi Rabah bahawa Ibnu Abbas RA telah berkata kepadaku: “Adakah kamu mahu sekiranya aku tunjukkan kepadamu seorang wanita yang menjadi penghuni syurga?” Atha’ menjawab: “Sudah tentu aku ingin”. Ibn Abbas lalu menyebut, seorang wanita berkulit hitam pernah datang kepada Nabi SAW dan berkata: “Sesungguhnya aku sering kerasukan dan (ketika aku dirasuk), auratku sering terdedah. Doakanlah kepada ALLAH agar aku sembuh.

“Nabi SAW bersabda: Sekiranya kamu mahu, kamu bersabarlah dan kamu akan mendapat syurga. Dan jika kamu mahu, aku akan berdoa kepada ALLAH agar DIA menyembuhkanmu. Lalu wanita itu berkata: Aku (pilih untuk) bersabar. Wanita itu berkata lagi: Sesungguhnya auratku sering terbuka (ketika aku dirasuk), maka berdoalah kepada ALLAH agar auratku tidak terdedah. Maka Nabi berdoa untuknya”. (Hadis Riwayat Bukhari)

Baca juga Benarkah wanita tercipta daripada tulang rusuk lelaki, berikut perinciannya

dirasuk

WANITA dikatakan lebih mudah gangguan spiritual disebabkan fitrah jiwa yang bersifat lembut. Foto: Pexels

Baca juga Skizofrenia dan perubatan Islam

Wanita mudah diganggu

Dalam pada itu, portal Mufti Wilayah Persekutuan berpendapat kaum wanita lebih mudah mendapat gangguan spiritual disebabkan perkara-perkara ini:

1. Lemah semangat.
Jiwa wanita sememangnya diciptakan lebih halus dan lembut berbanding lelaki yang mempunyai jiwa kasar dan keras. Apalagi jika perempuan itu sedang dilanda tekanan perasaan sehingga membawa kepada kemurungan emosi dan mental, maka ia akan membuka ruang untuk mereka lebih kerap diganggu.

2. Keuzuran syar’ie. Dalam keadaan uzur syar’ie seperti didatangi haid dan nifas, kaum wanita akan lebih terdedah kepada gangguan makhlus halus kerana keadaan rohani yang lemah.

3. Jin jatuh cinta kepada wanita tersebut. Dalam sesetengah keadaan, wujud kes jin mencintai seseorang wanita sehingga ia berusaha untuk menguasai diri perempuan itu agar dapat sentiasa mendampinginya.

4. Penyakit ‘ain. Penyakit ‘ain boleh berlaku kepada sesiapa jua terutama kepada wanita cantik yang gemar mempamerkan kejelitaan dirinya kepada orang lain.

5. Mengamalkan perkara-perkara syirik, khurafat dan tahyul.

USAH mengeluh kerana ALLAH SWT tidak akan menguji hamba-NYA melebihi kemampuan mereka. Foto: Google

Baca juga Rasulullah SAW pernah disihir? Ini sebab surah al-Falaq diturunkan.

Amalan elak diganggu jin, syaitan

Justeru, pihaknya menitipkan tiga zikir yang boleh diamalkan oleh orang ramai, terutamanya kaum hawa untuk menghindari gangguan syaitan dan jin.

1. Basmalah (بسملة).

Apabila hendak memulakan apa jua urusan, mulailah dengan menyebut “بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ” seperti yang diajarkan Rasulullah SAW. Hal ini kerana syaitan turut serta dalam segala perkara yang kita lakukan, maka sebaik-baiknya kita memulakan suatu perkara dengan Basmalah (بسملة).

2. Isti‘azah.
Isti‘azah ialah menyebut “أَعُوذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ”, yang bermaksud “Aku berlindung kepada ALLAH dari syaitan yang direjam”. Apabila saja kita merasai dihasut, dibisik atau diganggu oleh syaitan, maka sebutlah isti‘azah.

Firman ALLAH SWT, “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR , lagi MAHA MENGETAHUI . Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari syaitan, mereka ingat (kepada ALLAH) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)”. (Surah al-A’raf, ayat 200 dan 201)

Baca juga Skizofrenia dan perubatan Islam

dirasuk

AMALKAN kalam suci ALLAH SWT agar dipermudahkan urusan ketika melalui ujian al-sar’. Foto: Unsplash

3. Ayat dan surah tertentu dari al-Qur’an.
Lazimkan membaca ayat al-Kursi, surah al-Baqarah dan surah al-Mu‘awwizatain (surah al-Falaq dan surah al-Nas).

Bahkan, Nabi SAW sendiri pernah membaca surah al-Mu‘awwizatain apabila baginda terkena sihir.

Ketahuilah bahawa perkara seperti histeria dan sebagainya ini termasuk dalam kategori ujian bagi orang yang beriman.

Firman ALLAH, “…KAMI menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada KAMI-lah kamu semua akan dikembalikan.” (Surah al-Anbiya’, ayat 35)

Sumber: Portal Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Google, Pexels & Unsplash

Wanita dirasuk Iblis, sejak zaman Nabi dulu pun sudah wujud, berikut kaedah merawatnya…