Browsing Tag

hello kitty

kubur Hello Kitty
Hukum,

Hias kubur dengan tema Hello Kitty, jangan semberono bina pusara kerana boleh jatuh haram

Hias kubur dengan tema Hello Kitty, jangan semberono bina pusara kerana boleh jatuh haram

SETIAP yang bernyawa pasti akan menemui mati dan kembali ke sisi MAHA PENCIPTA suatu hari nanti.

Lantas, Islam menggalakkan umatnya menziarahi tanah perkuburan untuk sentiasa mengingatkan diri tentang hal itu.

Begitulah pusara bukan sekadar tempat bersemadinya insan-insan tersayang yang telah menghembuskan nafas terakhir, bahkan ia menjadi suatu nasihat buat kita yang masih hidup untuk benar-benar memanfaatkan kehidupan agar mentaati ALLAH MAHA ESA.

Maka tidak hairanlah sepasang suami isteri di Sumatera Barat, Indonesia mendapat perhatian warganet baru-baru ini gara-gara menghias kubur anak mereka dengan tema animasi popular, Hello Kitty.

Sebagaimana dilaporkan portal berita Wolipop, video tular berkenaan dimuat naik seorang wanita bernama Helsa dalam akaun TikTok @helsaseftini.

Baca juga Ustazah di Indonesia solat istikharah 7 kali sebelum kahwin jejaka Belgium, ini ciri calon suami terbaik menurut Islam

kubur Hello Kitty

ISLAM melarang penggunaan beberapa bahan sebagai binaan kubur. Foto: TikTok

Baca juga 5 adab ziarah kubur yang perlu anda ketahui

Dalam video tersebut, suami Helsa dilihat mengecat kubur anak mereka dengan warna merah jambu, manakala batu nisan berbentuk Hello Kitty diletakkan di atasnya.

Manakala, Helsa kemudiannya dilihat menabur bunga di atas kubur yang sudah diletakkan batu-batu kerikil.

Ketika dihubungi Wolipop, Helsa berkata, video berkenaan dirakam pada 17 April lalu ketika majlis pengebumian keluarga besarnya yang kebetulan berdekatan dengan rumah.

“Motif batu nisan tema Hello Kitty adalah inisiatif saya untuk mencantikkan kubur anak perempuan kerana tidak berpeluang menjaganya. Kami fikir kubur ini boleh kami cantikkan sebagai rumah terakhir anak kami,” kata warga Indonesia berusia 29 tahun dari kota Padang, Sumatera Barat itu.

Selain itu, pusara cahaya mata Helsa yang luar biasa tersebut turut menjadi bualan pengguna media sosial kerana dibina menggunakan simen.

Turut disyorkan Baca doa ini ketika melalui kawasan perkuburan

kubur Hello Kitty

TANAH perkuburan seharusnya menjadi peringatan kepada kita tentang kematian agar dapat mendekatkan diri kepada TUHAN. Foto: stockvault

Baca juga Air Kencing Yang Menyumbang Azab Kubur, Berikut Penjelasannya

Jangan bina kubur menggunakan simen
Untuk pengetahuan, pihak Mufti Wilayah Persekutuan menjelaskan bahawa hukumnya adalah makruh membina kubur sama ada di sebelah dalam atau di luarnya dengan bahan yang menyerap bahang panas seperti simen, batu kapur dan seumpamanya.

Hal ini berdasarkan hadis, daripada Jabir RA, katanya: “Rasulullah SAW melarang pembinaan kubur dengan batu kapur.” (Hadis Riwayat Muslim)

Memetik portal tersebut, pembinaan kubur dengan batu marmar dan seumpamanya juga adalah haram. Ini kerana perbuatan itu bertentangan dengan ajaran Rasulullah SAW di samping terdapat unsur pembaziran yang ditegah oleh syarak serta elemen kemegahan dan kebanggaan yang dicela oleh agama.

Turut disyorkan Lakukan tujuh amalan ini supaya pahala kekal mengalir setelah kita meninggal dunia

SENTIASA titipkan doa kepada ALLAH untuk dihindari seksaan azab kubur sewaktu kita sudah meninggal dunia nanti. Foto: Unsplash

Baca juga Meninggal dunia selepas tiba di Mekah dengan basikal dari Jerman

Kubur untuk mengingatkan mati, bukan menayang kemewahan
Di samping itu, makruh tahrim meninggikan kubur dan membuat binaan di atasnya sebagaimana yang dibuat oleh kebanyakan orang hari ini.

Malah, menurut sunah, kubur tidak boleh ditinggikan melebihi sejengkal dari paras tanah.

Daripada Ali bin Abu Talib RA, katanya, Abu al-Hayyaj al-Asadiy berkata:

Aku menyampaikan pesanan Rasulullah SAW kepadaku bahawa jangan ditinggalkan patung-patung kecuali setelah engkau hancurkannya, begitu juga dengan kubur yang binaannya tinggi kecuali setelah engkau ratakannya.” (Hadis Riwayat Muslim)

Jelas pihak mufti, kematian adalah pemutus bagi kemewahan dan kecantikan yang pernah dibanggakan seseorang sewaktu hidup. Lantas, kubur harus menjadi peringatan kepada kematian dan bukannya dibina atas tujuan menayang kemewahan.

Baca juga Berkenalan dengan Zabaniyah, malaikat penjaga neraka, moga dapat dijauhi daripada terjerumus ke dalamnya

kubur Hello Kitty

SETIAP daripada kita akan bertemu ajal suatu hari nanti. Foto: Google

Baca juga Haram menjirus air mawar atas kubur selain untuk sebab-sebab ini.

Selain itu, umat Islam turut dilarang menggunakan harta peninggalan si mati untuk tujuan binaan di atas kubur.

Firman ALLAH SWT, “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh); Sehingga kamu masuk kubur.” (Surah al-Takathur, ayat 1 dan 2)

Kesimpulannya, agama mengajar umat Islam untuk melawat tanah perkuburan sebagai peringatan kepada kematian serta mendekatkan diri kepada TUHAN. Oleh itu, binaan pusara tidak sepatutnya melampaui batas sehingga menayangkan kemewahan ataupun kecantikan.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Google, TikTok, Stockvault & Unsplash