Browsing Tag

hafalan al-Quran

Wanita dalam idah tunaikan haji
Hukum,

Selain wang tunai atau barang kemas, bolehkah mas kahwin diberikan dalam bentuk lain?

Selain wang tunai atau barang kemas, bolehkah mas kahwin diberikan dalam bentuk lain?

SETIAP lelaki Muslim yang berhajat untuk mendirikan rumah tangga perlu menyediakan mas kahwin terlebih dahulu.

Dalam Islam, mas kahwin atau mahar merupakan pemberian daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah. Ia pula perlu diberikan dengan penuh kerelaan hati seperti disebutkan dalam al-Quran menerusi Surah an-Nisa ayat ke-4.

ALLAH SWT berfirman: “Berikanlah mahar kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mahar itu dengan senang hati, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.”

Di sisi agama, mas kahwin adalah hak eksklusif seorang isteri. Oleh itu, bakal pengantin wanita berhak meminta kadar mas kahwin mengikut kehendak serta keperluan mereka asalkan tidak sampai memberatkan urusan perkahwinan.

Baca juga Empat perkara sunat dilakukan selepas akad nikah

mas kahwin

KEBIASAANNYA, wang tunai atau barangan kemas dijadikan mas kahwin dalam adat masyarakat Melayu. Foto: 123RF

Baca juga Mas kahwin terbaik dari pandangan Islam, Ini yang bakal pengantin patut tahu

Hafalan al-Quran sebagai mas kahwin
Kebiasaannya, mas kahwin akan diberikan dalam bentuk wang tunai atau benda. Pun begitu, adakah dibolehkan perkara lain selain harta benda dijadikan mas kahwin?

Jika melihat pada sebuah hadis daripada Sahl bin Sa’ad R.A, pernah diceritakan seorang sahabat Rasulullah SAW menjadikan hafalan al-Quran sebagai mas kahwin.

Beliau berkata: Seorang perempuan menyerahkan dirinya untuk dikahwini oleh Rasulullah SAW kerana ALLAH SWT. Nabi bersabda: “Aku tidak berhajat kepada perempuan.” Lalu seorang lelaki berkata: “Kahwinkanlah aku dengan perempuan itu.” Sabda Baginda: “Engkau berikan perempuan itu sehelai pakaian.” Dia menjawab: “Aku tidak memilikinya.”

Lalu Baginda bersabda lagi: “Engkau berikanlah dia walaupun sebentuk cincin besi.” Lelaki itu menjawab dia tidak memilikinya. Baginda bersabda: “Adakah ayat-ayat al-Quran yang engkau hafal?” Dia menjawab: “Ada sekian dan sekian.” Baginda pun bersabda: “Aku kahwinkan engkau dengan perempuan itu dengan ayat-ayat al-Quran yang ada padamu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Turut disyorkan Ustazah di Indonesia solat istikharah 7 kali sebelum kahwin jejaka Belgium, ini ciri calon suami terbaik menurut Islam

mas kahwin

DALAM Islam, mas kahwin merupakan pemberian daripada pengantin lelaki kepada pengantin perempuan sebagai hadiah. Foto: 123RF

Baca juga Walaupun masalah hubungan intim antara punca penceraian, tetapi sebenarnya 90 peratus rumah tangga berakhir disebabkan pengabaian solat

Mengulas tentang hadis itu, portal Mufti Wilayah Persekutuan berkata, hafalan al-Quran memang boleh dijadikan sebagai mas kahwin. Namun erti sebenar di sebalik mas kahwin itu adalah suami perlu mengajar isterinya membaca al-Quran.

Dalam sebuah hadis, Nabi SAW bersabda, “Pergilah, aku telah menikahkanmu dengan wanita itu. Ajarkanlah dia daripada al-Quran.” (Hadis Riwayat Muslim)

Lantas, cendekiawan Islam Imam al-Nawawi Rahimahullah menjelaskan, “Di dalam hadis ini terdapat dalil akan bolehnya mahar berupa pengajaran al-Quran.” (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 9/214)

MAS kahwin terbaik adalah dalam bentuk benda. Foto: Pexels

Baca juga Lakukan amalan ini bersama, rahsia suami isteri bina ‘rumah’ di syurga

Lebih baik beri barang
Walau bagaimanapun, pihak Mufti menyarankan mas kahwin diberikan dalam bentuk sesuatu benda.

Hal ini berdasarkan sabda Nabi SAW, “Carilah sesuatu walaupun jika sebentuk cincin besi.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Sekiranya orang itu tidak mempunyai sesuatu benda, barulah dia dibenarkan memberikan mas kahwin dalam bentuk bukan benda seperti mempunyai kepakaran untuk mengajar mengaji dan sebagainya.

mas kahwin

ISLAM menggalakkan umatnya berkahwin bagi mereka yang berkemampuan. Foto: 123RF

Baca juga Bolehkah nikah gantung atau nikah khitbah dalam Islam? Berikut perinciannya

Jenis mas kahwin disarankan agama
Tambahan pula, mas kahwin tersebut juga seharusnya memenuhi beberapa syarat berikut yang digariskan Islam, iaitu:

1. Boleh dimiliki.
Mas kahwin mestilah merupakan harta yang boleh dimiliki secara syarak sama ada dalam bentuk aset seperti rumah, kereta, tanah,wang ringgit ataupun berbentuk manfaat.

2. Diketahui dan dipersetujui isteri.
Salah satu elemen yang menjadi syarat mas kahwin ialah diketahui kategori, jenis, kadar dan sifatnya serta perlu mendapat persetujuan daripada isteri.

3. Bernilai dan bermanfaat.
Selain itu, mas kahwin mestilah memiliki nilai yang dapat memberi manfaat kepada isteri. Justeru, sesuatu yang tidak bernilai di sisi Islam seperti khinzir, anjing, arak dan yang tidak bermanfaat tidak diterima sebagai mas kahwin.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: 123RF & Pexels