Browsing Tag

hafal

huffaz Mesir
Antarabangsa,

Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir

Didiami lebih 20 ribu huffaz, Kampung Matar Tares masyhur seantero Mesir

JIKA di Malaysia, boleh dikatakan setiap negeri terkenal dengan sesuatu perkara sehinggakan ada bandar yang menerima julukan tertentu. Misalnya, Perlis dikenali dengan buah mangga harumanis, ikan patin popular di Temerloh Pahang, manakala perusahaan labu sayong pula banyak didapati di Kuala Kangsar, Perak.

Namun, di Mesir pula, ada sebuah kampung yang sangat unik kerana dikatakan setiap keluarga yang menetap di situ mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.

Baca juga Pemuda Mesir khatam al-Quran dalam masa 7 jam

Turut disyorkan 5 nikmat dan janji ALLAH SWT kepada pencinta al-Quran

huffaz Mesir

SEBUAH kampung berdekatan Sinnuris, Mesir mendapat nama gara-gara telah melahirkan ramai huffaz. Foto: International Quran News Agency / Watan Daily

Kampung yang dimaksudkan itu bernama Matar Tares dan terletak berhampiran bandar Sinnuris di daerah Faiyum.

Lapor agensi berita Watan Daily, terdapat lebih 20,000 huffaz di Matar Tares. Setiap keluarga bukan sahaja mempunyai seorang hafiz, bahkan ada juga keluarga yang kesemua ahlinya mampu melafazkan keseluruhan kitab suci al-Quran melalui ingatan semata-mata.

ADA lebih 20 ribu penghafal al-Quran di kampung Matar Tares, Mesir. Foto: International Quran News Agency / Watan Daily

Meniti sejarah kampung itu, sebuah maktab mengajar al-Quran pernah ditubuhkan di sana beberapa tahun lalu. Sejak daripada itu, bilangan penduduk yang mampu menghafal kalamullah semakin meningkat.

Baca juga Berdosakah jika kita terlupa ayat al-Quran yang pernah dihafal?

Turut disyorkan Replika al-Quran gergasi di Yala tarik ribuan pengunjung

huffaz Mesir

SYEIKH Ahmed Mohamed Yusuf. Foto: International Quran News Agency / Watan Daily

Malah, salah seorang penduduk Matar Tares, Syeikh Ahmed Mohamed Yusuf berkata, ada persaingan untuk menghafal al-Quran antara penduduk kampung.

Ujarnya, kebanyakan kanak-kanak di situ mula menghafal al-Quran sejak umur lima tahun lagi. Proses mengingati keseluruhan kitab suci itu pula biasanya mengambil masa enam tahun.

huffaz Mesir

KANAK-kanak di Matar Tares mempelajari al-Quran sejak umur lima tahun lagi. Foto: International Quran News Agency / Watan Daily

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

Ahmed turut mengatakan, kanak-kanak di kampung itu telah memenangi banyak anugerah dalam pertandingan al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, di samping berjaya dalam bidang lain.

Dalam pada itu, setiap tahun Matar Tares akan mengadakan satu majlis penghargaan buat para penghafaz al-Quran di kampung tersebut.

Sumber: International Quran News Agency (IQNA)

Foto: IQNA & Watan Daily