Browsing Tag

golongan

golongan patut diziarahi
Gaya Hidup,

3 golongan patut diziarahi pada musim raya ini

3 golongan patut diziarahi pada musim raya ini

UMUM mengetahui bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia diraikan sepenuhnya sepanjang sebulan bulan Syawal.

Ketika ini, umat Islam akan mengambil kesempatan menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan serta menganjurkan rumah terbuka, terutamanya pada hujung minggu sepanjang Syawal.

Di sisi agama, amalan itu begitu digalakkan kerana mampu memelihara silaturahim dan menjaga hubungan sesama Mukminin.

Namun, dalam kemeriahan ziarah-menziarahi dan menyambut musim raya, jangan lupa juga menyantuni tiga golongan ini sebagaimana dipetik menerusi portal Tzkrh.

Baca juga Beraya pun ada waktu-waktunya, elakkan 3 masa larangan berziarah ini

golongan patut diziarahi

Baca juga Bolehkah tuan rumah menolak tetamu yang datang ziarah lewat malam?

1.Saudara-mara.

Dalam Islam, perbuatan menghubungkan silaturahim sangat diutamakan. Yang dimaksudkan dengan silaturahim pula adalah hubungan dengan sanak saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Justeru, ambil peluang mengeratkan hubungan silaturahim dengan saudara-mara dengan menziarahi mereka di musim perayaan ini.

Daripada Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang suka untuk dimurahkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

golongan patut diziarahi

ADA fadilat besar mengunjungi orang yang sedang sakit. Foto: Pexels

Baca juga Ikhlaskan hati, usah mengeluh menjaga orang sakit kerana ganjaran besar menanti

2.Orang sakit.

Selain itu, orang yang tidak sihat dan ditimpa sakit juga antara golongan yang perlu diziarahi khususnya ada musim perayaan ini. Bahkan melawat saudara seagama yang sakit merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dipenuhi setiap Muslim.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Hak seorang Islam ke atas seorang Islam yang lain ada enam. Sahabat bertanya: “Apakah perkara tersebut wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam. Apabila dia menjemput kamu, maka terimalah jemputan tersebut. Apabila dia meminta nasihat, maka berilah kepadanya nasihat. Apabila dia bersin, maka ucapkanlah rahmat ke atasnya. Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia dan apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya sehingga ke kuburnya.”(Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Hendak raya rumah orang pun kena berjemput ke? Ketahui pandangan Islam dalam hal ini

AMALAN berziarah di musim raya membuka peluang untuk kita meraikan pelbagai kelompok umat Islam. Foto: 123RF

Baca juga Orang Melayu Malaysia bersungguh benar beraya sampai sebulan, tapi apa kata Islam?

3.Golongan fakir miskin.

Selain saudara-mara dan handai taulan, tidak salah juga untuk kita turut menziarahi golongan kurang berkemampuan seperti orang fakir miskin dan anak-anak yatim.

Secara tidak langsung, dengan menyantuni golongan-golongan tersebut menerusi pemberian sedikit duit raya atau menganjurkan jamuan makan, dapatlah mengurangkan beban dan rasa sunyi yang mungkin ada pada mereka.

Ingatlah, amalan berziarah pada musim perayaan bukan hanya untuk bergembira dan bersuka ria bersama orang-orang yang kita rapat, bahkan ia juga demi meraikan umat Islam daripada pelbagai kelompok.

Sumber: Tzkrh 

Foto: 123RF & Pexels

3 golongan patut diziarahi pada musim raya ini

Doa
Gaya Hidup,

Tiga doa ini pasti dikabulkan ALLAH SWT

DOA adalah permohonan seorang hamba kepada TUHANNYA. Ia menzahirkan kefakiran, kerendahan hati serta harapan satu insan yang menyedari ALLAH SWT adalah sebaik-baik perancang.

Ya, kepada siapa lagi kita hendak merayu dan menangis meminta pertolongan melainkan ALLAH?

Setiap orang yang berdoa pula pasti mengharapkan agar doanya diperkenan-NYA. Malah, dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW pernah menyebut tentang golongan tertentu yang doa mereka akan dikabulkan ALLAH.

Baca juga 10 doa ini boleh diamalkan setiap hari bermula bangun pagi sehingga sebelum tidur

AMALKAN adab berdoa yang betul sebagai salah satu ikhtiar agar doa yang dipanjatkan ke TUHAN dapat dimakbulkan. Foto: Unsplash

Turut disyorkan Berdoa tidak perlukan lafaz khusus dan skrip

Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa musafir, dan doa orang tua untuk anaknya.” (Hadis Riwayat at-Tirmizi)

1. Doa orang dizalimi.
Dari Ibnu ‘Abbas RA bahawa Nabi SAW mengutus Mu’adz ke negeri Yaman lalu bersabda: “Takutlah (berhati-hatilah) kamu terhadap doa orang yang dizalimi kerana antara doanya dan ALLAH tidak ada apa-apa penghalang.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jika dalam agama Hindu dan Buddha, wujud konsep ‘karma’ iaitu setiap perkara ada akibatnya. Secara ringkas, penganutnya percaya jika seseorang melakukan kejahatan terhadap orang lain, dia akan dibalas dengan keburukan sama nanti.

Namun, konsep karma tidak wujud dalam Islam. Tetapi, ada hukum alam jauh lebih berkuasa iaitu ALLAH MAHA ADIL. Sebagai umat Islam, kita wajib yakin dan percaya balasan ALLAH itu ada dan lebih hebat.

Baca juga Kita tak boleh kawal mulut orang, sebaliknya bacalah doa ini apabila dicaci maki

Doa

KITA sangat disarankan agama untuk mengembara bagi menimba ilmu dan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Foto: Unsplash

Baca juga Bercuti atau balik kampung, jangan lupa sunnah Rasulullah SAW ini ketika bermusafir.

2. Doa orang dalam perjalanan (Musafir).
Golongan kedua disebut mempunyai doa yang mustajab ialah orang yang sedang bermusafir.

Jika diikutkan, waktu musafir adalah waktu yang istimewa di sisi ALLAH sehinggakan pelbagai rukhsah diberikan kepada para musafir seperti keringanan memendekkan solat dan kemudahan berbuka puasa.

Baca juga [VIDEO] Doa ibu angkat mustajab? Ini penjelasannya

DOA ibu bapa terhadap anaknya termasuk doa yang akan dikabulkan ALLAH SWT. Foto: 123RF

Baca juga Ibu ayah amalkan doa ini agar anak terhindar daripada perkara sia-sia

3. Doa orang tua untuk anaknya.
Golongan ketiga yang mustajab doanya ialah ibu bapa kita. Jika ibu bapa kita masih hidup, ambillah peluang berbakti kepada mereka sambil meminta mereka doakan yang baik-baik untuk kita.

Namun dalam masa sama, janganlah kita menjadi manusia yang berdoa pada waktu mustajab sekadar melepaskan batuk di tangga dan tidak bersungguh-sungguh.

Sebaliknya, di samping mengamalkan adab berdoa yang betul, tetapkan juga keyakinan dalam diri ketika berdoa bahawa ALLAH MAHA MENDENGAR dan berkuasa memperkenankan apa sahaja doa yang dipohon kepada-NYA.

Sumber: Tzkrh

Foto: 123RF & Unsplash