Browsing Tag

Ghusl Kaabah

GAMBAR PORTAL FB - 2023-08-04T142344.858
Antarabangsa,

Ghusl Kaabah, acara tahunan mencuci kaabah

Ghusl Kaabah…

BAITULLAH atau Kaabah merupakan kiblat bagi umat Islam di seluruh dunia.

Setiap tahun juga, Kaabah akan melalui proses pencucian yang dipanggil Ghusl Kaabah dan merupakan acara tahunan bagi kerajaan Arab Saudi.

Pada Rabu bersamaan 15 Muharam, jemaah di Masjidil Haram berkesempatan melihat proses mencuci Kaabah seperti dilaporkan portal UmmahToday.

Timbalan Gabenor Makkah, Putera Badr bin Sultan memimpin proses berkenaan mewakili Penjaga Dua Masjid Suci, yang juga pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdul Aziz Al Sa’ud.

Baca Juga Demi ibadah haji sanggup berjalan kaki ke Mekah, 2 kisah ini wajar dijadikan inspirasi 

Turut hadir, Presiden Umum bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci yang juga Imam Besar Masjidil Haram, Sheikh Abdurrahman As-Sudais dan pemegang kunci Kaabah, Sheikh Saleh Al Shaiba.

Al Shaiba adalah pewaris ke-108 dari keturunan Uthman ibn Talha RA yang diberi amanah oleh Nabi Muhammad SAW untuk memegang kunci Kaabah, kunci bumbung Kaabah dan kunci Makam Ibrahim selain untuk menjaga Kaabah bagi abad-abad seterusnya.

RATUSAN anggota keselamatan dikerah mengawal dan memantau proses berkenaan di ruang dataran Kaabah (mataf) bagi memastikan proses mencuci Kaabah berjalan lancar.

Sementara itu, proses Ghusl Kaabah dimulakan dengan menaikkan kain kiswah di bahagian pintu Kaabah bagi membolehkan mereka yang terlibat memasuki Kaabah bagi tujuan pembersihan.

Sejumlah 540 liter air pewangi ros daripada Taif yang merupakan pewangi ros termahal di dunia digunakan bagi proses pembersihan itu.

Pewangi ros terbabit dicampurkan dengan 40 liter air Zamzam untuk proses mencuci bahagian pintu dan dalam Kaabah.

Baca Juga Hagia Sophia, legasi Sultan Muhammad Al Fateh sambut ulang tahun ketiga

Turut digunakan, 24 mililiter minyak ros Taif berkualiti tinggi dan 24 mililiter minyak Oud dan minyak Attar.

Sementara itu, bahagian lantai pula akan dibersihkan setelah para jemaah meninggalkan kawasan tersebut dengan cara menyiram air wangian mawar tersebut ke lantai dan disapukan dengan tangan kosong.

Manakala semasa proses pembersihan sedang dijalankan, kawasan luar dinding Kaabah akan ditutupi dengan kain sutera berwarna hijau.

Kaabah

PROSES Ghusl Kaabah dimulakan dengan menaikkan kain kiswah di bahagian pintu Kaabah. 

Keseluruhan proses pembersihan ini akan mengambil masa selama dua jam untuk siap dibersihkan dengan sempurna.

Persiapan biasanya dilakukan sehari sebelum acara proses pembersihan berlangsung.

Pengendali akaun twitter The Holy Mosques turut memaparkan gambar-gambar peralatan yang digunakan bagi proses Ghusl Kaabah itu.

Baca Juga Kumpulan terakhir jemaah haji selamat tiba, berikut 3 tanda haji mabrur yang anda wajib tahu

Turut Disyorkan Menghadap ilahi ketika beri kuliah subuh, ini coretan sahabat lama Ustaz Dr Soberi Awang

Ratusan anggota keselamatan dikerah mengawal dan memantau proses berkenaan di ruang dataran Kaabah (mataf) bagi memastikan proses mencuci Kaabah berjalan lancar.

Kali terakhir Ghusl Kaabah dilakukan adalah pada pertengahan Ogos 2022, yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Putera Mahkota Mohammad bin Salman.

Berikut merupakan rakaman ketika proses pembersihan Kaabah sedang dijalankan.