Browsing Tag

gerhana matahari

Solat sunat gerhana matahari
Berita Semasa,

Jom tunaikan solat sunat gerhana matahari esok antara jam 11 pagi hingga 1 petang

Jom tunaikan solat sunat gerhana matahari esok antara jam 11 pagi hingga 1 petang

SUSULAN fenomena gerhana matahari separa yang dijangka berlaku esok (20 April 2023), umat Islam disaran untuk menunaikan solat sunat berkenaan.

Ia boleh dikerjakan mulai jam 11 pagi hingga 1 tengah hari sepanjang fenomena itu berlangsung.

Di Wilayah Persekutuan, Jabatan Agama Wilayah Perseketuan (Jawi) dalam satu kenyataan menjelaskan, pihaknya menyarankan agar semua masjid, surau Jumaat dan surau-surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan agar melaksanakan solat sunat dan khutbah gerhana pada hari dan masa tersebut.

“Teks khutbah gerhana matahari boleh dimuat turun di laman web rasmi Jawi.

“Sesungguhnya fenomena gerhana adalah sebahagian daripada lambang kebesaran dan kekuasaan ALLAH SWT dalam penciptaan alam yang perlu dihayati dan dijadikan iktibar dalam kehidupan umat Islam,” katanya.

Fenomena berkenaan berlaku dalam waktu yang berbeza mengikut negeri.

Baca juga Esok gerhana matahari separa, ini dia cara mudah tunaikan solat sunat kusuf

Misalnya, di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, fenomena berkenaan dijangka berlaku jam 11.05 pagi hingga 12.47 tengah hari, Putrajaya (11.04 pagi-12.47 tengah hari) dan Labuah (11.08 pagi hingga 1.45 petang).

Solat sunat gerhana matahari

FENOMENA gerhana bulan matahari separa akan dapat dilihat di Malaysia antara jam 11 pagi hingga 1 petang mengikut tempat atau negeri masing-masing. -Foto: Bernama

Sementelah di Selangor, ia dijangka berlaku bermula jam 11.05 pagi dan berakhir jam 12.47 tengah hari manakala di Perak pula mulai jam 11.13 pagi hingga 12.42 tengah hari.

Di Pahang pula, kejadian alam itu dijangka berlaku pada jam 11.06 pagi hingga 12.55 tengah hari.

Sementara itu, memetik hantaran di laman sosial Facebook Jabatan Mufti Negeri Pahang, fenomena gerhana matahari hibrid itu sangat jarang berlaku.

“Ia dianggarkan sekali bagi setiap dekad yang mana kedua-dua jarak bulan dan matahari ke bumi perlu berada pada kedudukan tertentu untuk fenomena ini berlaku,” katanya.

Jika ditelusuri historiografinya, menurut Jabatan Mufti Pahang, gerhana matahari hibrid hanya berlaku sebanyak tujuh kali pada abad ke-21!

“Tahun yang dimaksudkan adalah pada 2013, 2023, 2031, 2049, 2050 dan 2067,” katanya.

Baca juga Fenomena Gerhana Tiada Kaitan Dengan Perkara Khurafat

Dalam pada itu, Jabatan Mufti Pahang turut berkongsikan fakta tentang kejadian gerhana pada zaman Rasulullah SAW.

Jabatan mufti berkenaan merujuk kepada pandangan yang dinukilkan oleh Ketua Umum Asosiasi Dosen Falak Indonesia (ADFI), Dr H Ahmad Izzuddin.

Solat sunat gerhana matahari

SAMA-SAMALAH kita menunaikan solat sunat kusuf ketika fenomena itu berlaku esok. -Gambar hiasan/Foto: 123rf

Sepanjang hayat Nabi Muhammad SAW, beliau menyatakan, setidak-tidaknya fenomena gerhana pernah berlaku sebanyak lapan kali iaitu tiga melibatkan gerhana matahari dan lima lagi gerhana bulan.

“Namun begitu, andai dirujuk kepada riwayat yang pelbagai, didapati Rasulullah SAW hanya sekali sahaja melakukan solat sunat gerhana matahari dan sekali solat gerhana bulan,” ungkapnya.

Kepada mereka yang mahu menunaikan solat sunat gerhana matahari esok, boleh rujuk waktu fenomena itu berlaku menerusi pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.