Browsing Tag

fitnah dajjal

fitnah Dajjal
Aqidah,

Fahamkah anda erti ‘terlindung dari fitnah Dajjal’, hadam dahulu penjelasan ini.

Fahamkah anda erti ‘terlindung dari fitnah Dajjal’, hadam dahulu penjelasan ini.

APABILA tibanya hari Jumaat, rata-rata daripada kita akan dipesan untuk melafazkan bacaan surah Al-Kahfi. Bahkan, ia diibaratkan seperti ‘bonus’ bagi sesiapa yang berupaya menghafal 10 ayat awal dan akhir surah tersebut.

Surahnya mungkin sedikit panjang bagi golongan bukan penghafaz al-Quran, namun terdapat pelbagai tip yang boleh diamalkan untuk memudahkan penghafalan Surah al-Kahfi seperti membahagikan bacaannya kepada jumlah waktu solat.

Namun, apa keistimewaan yang ada pada surah ini sehinggakan ia turut dijadikan amalan para salafussoleh?

Baca juga Kisah Qitmir, si anjing peneman pemuda-pemuda hebat Ashabul Kahfi

fitnah Dajjal

Baca juga Jangan tinggalkan al-Quran, setidaknya bacalah 2 ayat terakhir Surah al-Baqarah setiap malam

Dikatakan, apabila membaca surah al-Kahfi apatah lagi menghafalnya, ia boleh membantu anda untuk terlindung daripada fitnah Dajjal.

Hal ini pernah disabdakan Rasulullah SAW, “Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al-Kahfi, maka ia akan terlindung dari Dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

Bagaimanapun, apa yang dimaksudkan dengan terlindung dari fitnah Dajjal?

SEKURANG-kurangnya hafallah 10 ayat pertama dan terakhir Surah al-Kahfi jika tidak mampu mengingati keseluruhan surah. Foto: Unsplash

Turut disyorka Binatang pelik, boleh bercakap ini akan keluar dari perut bumi pada Hari Kiamat nanti

Maksud fitnah Dajjal

Pertama sekali kita perlu faham bahawa fitnah Dajjal adalah segala bentuk penipuan yang boleh membutakan mata kita dengan pesona yang menarik.

Diceritakan dalam beberapa hadis sahih menyebut bahawa Dajjal akan membawa kenikmatan yang boleh mengaburi mata manusia sedangkan ia hanyalah tipu daya. Inilah yang dinamakan sebagai fitnah.

fitnah Dajjal

PELBAGAI tipu daya yang akan dibawa oleh Dajjal untuk mengaburi manusia kelak. Foto: 123RF

Baca juga Bila padang pasir mulai subur, tanda kiamat semakin dekat? 

Nabi SAW bersabda: “Akulah yang paling mengetahui tentang Dajjal. Dia membawa dua sungai yang mengalir, sungai yang pertama terlihat aliran air yang putih, sedangkan sungai kedua lagi terlihat aliran api yang berkocak. Oleh itu sesiapa yang berjumpa dengannya, hendaklah mendatangi sungai yang berupa api, lalu pejamkan matanya. Kemudian menunduk sambil meminumnya kerana sebenarnya ia adalah air yang terasa sejuk.” (Hadis Riwayat Muslim)

Hadis itu menggambarkan antara tipu daya yang mampu dibawa oleh Dajjal. Tiada siapa yang terpedaya melainkan orang jahil yang sudah ditakdirkan mendapat kecelakaan.

Justeru, salah satu cara untuk menguatkan akidah dan iman agar terlindung dari fitnah Dajjal adalah dengan memperbanyakkan bacaan al-Kahfi kerana ia adalah salah satu bentuk perisai yang boleh melindungi kita.

Sumber: Tzkrh

Foto: 123RF & Unsplash