Browsing Tag

Fatwa Perlis

Fatwa Perlis
Hukum,

Fatwa Perlis: Ini hukum berinteraksi dengan golongan transgender

Fatwa Perlis..

TRANSGENDER bukanlah golongan yang wujud kesan daripada persekitaran moden, demokrasi dan sebagainya, tetapi ia sudah lahir sejak zaman Nabi Lut AS.

Bahkan dalam kelompok masyarakat juga, golongan itu tanpa segan silu lagi menonjolkan diri seolah-olah itulah kebebasan hak asasi mereka.

Berbicara mengenai hubungan mereka dalam kehidupan bermasyarakat, kadangkala timbul jua persoalan, apakah hukum berinteraksi dengan golongan transgender itu?

Pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian al-Quran dan as-Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Kamil Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin tampil menjelaskannya menerusi satu hantaran video di laman media sosial Facebook miliknya.

Baca Juga Transgender masuk tandas wanita? Ini sebabnya mengapa Islam menyuruh asingkan tandas lelaki dan wanita

Baca Juga Dah ubah ‘macam-macam’, ini tatacara uruskan jenazah transgender

Jelasnya, kita perlu faham maksud ‘tasyabbuh’ iaitu perbuatan lelaki dan wanita yang sengaja meniru jantina berbeza sama ada pertuturan, tingkah laku, perbuatan atau pakaian yang tidak ada keperluan yang dibenarkan oleh syarak. Contohnya pendidikan, penyaksian, memberi keterangan atau seumpamanya.

“Hukum ‘tasyabbuh’ ini adalah haram dan termasuk dalam dosa besar yang dilaknat oleh ALLAH SWT. Ia sepertimana disebutkan dalam Hadis Riwayat al-Bukhari bahawa ‘Rasulullah SAW melaknat golongan lelaki menyerupai wanita dan juga golongan wanita yang menyerupai lelaki’.

USTAZ KAMILIN JAMILIN

“Akan tetapi, jika penyerupaan itu tidak disengajakan seperti sifat lembut yang ada pada seorang lelaki itu sejak dari kecil lagi dan itulah sifatnya, maka tidak dinamakan sebagai ‘tasyabbuh’.

“Ini kerana sifat ‘tasyabbuh’ dibuat-buat golongan ini yang dipanggil ‘mukhannath khalqi’ iaitu seseorang yang mempunyai sifat keperempuanan yang tidak disengajakan,” katanya.

Begitu juga halnya dengan wanita yang mempunyai ciri kelakian sejak dari asal lagi.

Baca Juga Elak kekeliruan, Al Ula bukan tempat dilaknat Nabi tetapi kota Saleh atau Mada’in Saleh

Turut Disyorkan Imamkan solat jenazah untuk ibu bapa meninggal, anak lebih afdal daripada tok imam

“Sebagai contoh, dia mempunyai suara garau. Jadi golongan ini dimaafkan sebab ia tidak disengajakan.

“Dalam kes lelaki dan wanita yang memiliki kecenderungan seksual kepada golongan sejenis tanpa sengaja, tetapi dia tidak melakukan apa-apa perbuatan melanggar hukum syarak, mereka ini dimaafkan dan jika dia sabar menahan dirinya daripada melakukan perbuatan haram, maka dia akan beroleh pahala kerana dia menahan nafsu dirinya demi mendapat keredaan ALLAH,” katanya.

4 hukum golongan transgender

Bagaimana pula dengan kelompok mak nyah?

Menjawab persoalan itu, jelas Ustaz Kamilin, ketahuilah bahawa golongan sebegitu atau dikenali sebagai trangender atau ‘mukhannath’ yang sengaja menyerupai jantina lain, ia termasuk dalam perbuatan orang yang fasik.

SEMUA perkara yang telah dikhususkan untuk wanita dari sudut syarak atau adat maka lelaki ditegah memakainya.

Mengulas lanjut, terdapat beberapa hukum yang kita boleh berikan perhatian terhadap golongan itu dan beliau turut menggambarkan situasi mudah untuk kita memahaminya.

Berikut perinciannya:

1. Kalau saya lelaki selepas itu ada seorang lagi mak nyah yang pada asalnya lelaki, tetapi menyerupai wanita.

Dalam situasi itu, saya tidak boleh untuk berkhalwat (berdua-duaan) dengannya sekiranya boleh menimbulkan fitnah.

Ini kerana pada zahirnya dia kelihatan seperti perempuan. Orang mungkin tidak tahu dia ialah seorang lelaki sehingga boleh menimbulkan fitnah. Jadi hukumnya adalah haram untuk berkhalwat dengannya walaupun asalnya jantina kita adalah sama.

Bagaimanapun, andai tidak menimbulkan fitnah, maka tiada masalah untuk berinteraksi dengan golongan itu.

tinggal solat jemaah

GOLONGAN transgender yang memasuki masjid hendaklah berdasarkan kepada jantina asal mereka. – Foto:123RF

2. Solat jemaah untuk golongan transgender.

Ia hendaklah berdasarkan kepada jantina asal dan mereka diharamkan memasuki masjid dalam keadaan kecelaruan jantina sebab boleh menganggu suasana ibadah dalam masjid.

Golongan itu juga dilarang daripada menunaikan haji dan umrah jika penampilan mereka yang menyerupai jantina lain itu boleh menimbulkan fitnah.

Baca Juga ‘Jadi pendakwah, besar cabaran, besar juga ganjaran menanti’ – Dr Fauzi Deraman

3. Pengurusan jenazah.

Dari segi pengurusan jenazah golongan itu, ia perlu diuruskan berdasarkan kepada jantina sebenar, tetapi pihak pengurusan jenazah hendaklah memilih mereka yang sesuai untuk menguruskan jenazah tersebut untuk menggelakkan sebarang fitnah.

4. Lelaki daripada golongan transgender boleh jadi wali nikah.

Ia dengan syarat ketika proses perwalian itu, dia tampil dengan penampilan seorang lelaki.

Demikian coretan Ustaz Kamilin Jamilin untuk pedoman kita bersama.