Browsing Tag

dominasi gaya hidup

Menghina orang yang sudah meninggal dunia
Panduan,

Sayyidul istighfar penghapus dosa, janji syurga, rugi jika tidak amalkan

ISTIGHFAR bererti menundukkan hati, jiwa dan fikiran terhadap ALLAH dalam memohon keampunan atas segala dosa dan kesilapan dilakukan.

Menurut surah At-Tahrim, ayat 66 bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada ALLAH dengan ‘Taubat Nasuha’, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai pada hari ALLAH tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya ENGKAU MAHA KUASA atas tiap-tiap sesuatu”.

Antara zikir Rasulullah SAW yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

LAFAZ SAYYIDUL ISTIGHFAR :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لا إِلَهَ إِلا أَنْتَ ، خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَىَّ ،وَأَبُوءُ بِذَنْبِى ، فَاغْفِرْ لِى ، فَإِنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلا أَنْتَ ،

Maksudnya :

Ya ALLAH, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-MU dan aku di dalam gengganman-MU dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-MU sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-MU dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.

WAKTU DIBACA :

Selepas subuh dan selepas asar.

KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA :

Riwayat Imam al-Bukhari yang bermaksud:

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari (pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam (petang) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga.

Fadhilat membaca penghulu istighfar :
Dari Syaddad bin Aus RA dari Rasulullah SAW bersabda: Penghulu istighfar ialah “Allahumma anta……”. Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana ALLAH.

Antara kelebihannya:

1. ALLAH akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya ALLAH akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada ALLAH, nescaya ia akan mendapati Tuhan itu MAHA Pengampun, MAHA Pengasihani (Surah An Nisa’ : 110).

Amalan yang boleh dilakukan pada hari Jumaat

SENTIASA basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar (Al Anfal: 33).

5. Mendekatkan diri kepada ALLAH dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat.

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan (Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)

Seperti amalan selawat, amalan istighfar yang dilakukan secara berterusan juga akan membersihkan hati yang penuh dengan zulmah hawa nafsu dan secara tidak langsung menyelesaikan kemelut hati dan kehidupan.

Baca juga Segera bayar zakat fitrah, walau sudah masuk waktu haram. Ikuti penjelasan MAINS

Contohnya istighfar telah menyelesaikan kemelut Nabi Yunus AS apabila baginda ditelan oleh ikan Nun. Nabi Yunus AS dicampakkan oleh ALLAH ke dalam laut kerana baginda masih ada ajalat (sifat-sifat mendahului qodo’ Tuhan).

ALLAH memelihara nabiNya daripada sifat-sifat ajalat ini dengan membenarkan ikan Nun menelan Nabi Yunus AS. Nabi Yunus AS beristighfar untuk memohon keampunan daripada ALLAH:

Ertinya: ‘Tiada Tuhan melainkan Engkau, maha suci Engkau, sesungguhnya aku daripada golongan orang yang menzalimi dirinya.'(Surah Al Qalam : 87).

Selawat

Sel-sel nabi Yunus yang maksum kemudiannya dibersihkan daripada sifat-sifat ajalat. Selepas itu barulah doanya diperkenankan oleh ALLAH.Nabi Muhammad SAW yang maksum juga sentiasa beristighfar iaitu sebanyak 70 kali sehari.

Istighfar Nabi Muhammad SAW adalah untuk memperakui kehambaannya kepada Allah Taala dan membersihkan segala sel-selnya daripada segala rasa ‘Ada Diri’ atau ‘Rasa Keakuan’.

Sesungguhnya, istighfar adalah pernyataan kehambaan kita kepada ALLAH yang sangat tinggi nilainya.

Dengan wujudnya rasa kehambaan ini akan terhakislah segala bisikan-bisikan nafsu Ammarah dan Lawwamah di hati dan fikiran kita Insya-ALLAH.

Alangkah ruginya kita, jka amalan yang amat mudah tapi dijanjikan dengan syurga pun masih kita tidak amalkan.

Semoga ALLAH memberi kekuatan agar kita mampu mengamalkannya.

Sumber: Telegram Ebit Lew Channel

Foto: Unsplash

Isu, Panduan,

Segera bayar zakat fitrah, walau sudah masuk waktu haram. Ikuti penjelasan MAINS

ZAKAT fitrah ialah zakat diri yang difardukan ke atas individu lelaki dan wanita Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat ditetapkan.

Zakat fitrah pada istilahnya merupakan sedekah wajib dikeluarkan selepas berbuka untuk beraya dan selesainya bulan Ramadan.

Perintah menunaikan zakat fitrah bermula pada tahun kedua Hijrah iaitu tahun diwajibkan puasa pada bulan Ramadan untuk mensucikan umat Islam yang berpuasa daripada kata-kata dan perbuatan tidak berguna.

Zakat fitrah juga adalah untuk memberi makanan kepada golongan miskin dan mencukupkan keperluan dan permintaannya pada 1 Syawal.

Pun begitu, zakat fitrah berbeza dengan zakat harta kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu, sedangkan zakat harta kewajipan kepada harta-harta dimiliki.

Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya.

Berbicara mengenai zakat fitrah, sukar untuk menidakkan terdapat umat Islam terlupa untuk melunaskan zakat tersebut dalam tempoh ditetapkan.

Boleh dibayar Ramadan hingga solat sunat Aildifitri, ini kadar bayaran zakat fitrah setiap negeri

Jadi bagaimana caranya? Boleh ke nak bayar sekarang zakat fitrah tahun ini?

Berikut penjelasan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) berhubung situasi tersebut menerusi segmen Q&A Zakat.

“Fuqaha telah membahagikan waktu menunaikan zakat fitrah kepada empat fasa iaitu fasa harus bermula 1 Ramadan, fasa wajib bermula terbenam matahari sehingga terdirinya solat sunat Aidilfitri, fasa makhruh selepas mendirikan solat sunat Aidilfitri dan fasa haram selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.

“Sekiranya terlupa dan sudah melewati waktu pastilah hukumnya haram dan berdosa.

“Sama seperti orang yang melewatkan solat fardu sehingga melewati batas waktunya tanpa uzur,” ujarnya.

Tambah MAINS, walaupun begitu bagi mereka yang terlewat melunaskan zakat fitrah, maka perlu melakukannya segera mungkin.

“Dalam hal ini, hendaklah segera mengeluarkan zakat fitrah walaupun sudah masuk waktu haram.

“Ketika itu, zakat fitrah sudah dianggap sebagai qada di sisi ALLAH SWT.

“Inilah keindahan Islam, ibadat yang dianjurkan kepada kita adalah satu bentuk disiplin. Jika ditaati mampu membentuk keperibadian dan akhlak yang cantik di sisi manusia, apatah lagi di sisi ALLAH.

“Ini kerana setiap amalan ada batas waktunya tersendiri sama ada solat, zakat, puasa dan haji,” terangnya lanjut.

Sementara itu, zakat fitrah wajib dibayar berdasarkan keberadaan seseorang itu ketika masuknya waktu wajib untuk zakat fitrah. Ia bermula pada malam hari raya sehingga sampai sebelum solat hari raya.

Zakat perniagaan

Baca juga Jangan Culas Bayar Fidyah

Misalnya, ketika itu kita berada di tempat kerja dan belum pulang ke kampung adalah lebih baik membayar zakat fitrah di tempat kerja kerana ia bersifat yakin dan tahqiq. Sedangkan, kepulangannya ke kampung masih lagi dalam bentuk sangkaan dan yang mungkin tidak berlaku.

Begitu juga dengan pembayaran awal boleh menyelesaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan bukan dalam bentuk tergopoh-gapah atau mungkin berlaku sebarang halangan yang menyebabkan terlepasnya daripada menunaikan zakat fitrah pada waktu wajibnya.

Foto: Unsplash

rauf-alvi-QGxblOukRuw-unsplash
Hukum, Isu,

Bolehkah puasa ganti Ramadan dan puasa 6 Syawal digabung serentak? Ini jawapannya

HARI ini sudah masuk hari 3 Syawal. Sudah ramai yang sudah melaksanakan puasa sunat enam hari di dalam bulan Syawal.

Mungkin ada diantara kita yang berniat puasa qada (ganti) dan puasa enam pada bulan Syawal secara serentak iaitu ‘dua dalam satu.’ Bagaimana hukumnya di dalam Islam?

Sememangnya menjadi kewajipan bagi orang Islam untuk qada puasa yang ditinggalkan puasa atas pelbagai sebab keuzuran.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. (Surah al-Baqarah, ayat 183)

Berbuka puasa di bulan ramadan tanpa ada sebarang keuzuran

Sesiapa yang berbuka puasa pada bulan Ramadan tanpa sebarang keuzuran wajib menggantikan (qada) serta merta selepas tamatnya Ramadan dan selepas selesai hari raya yang pertama. Bagi golongan ini, mereka tidak boleh mendahulukan puasa sunat enam pada bulan Syawal kemudian diekori dengan puasa qada.

Baca juga Jangan lepaskan peluang berpuasa pada hari putih pada setiap bulan. Banyak kelebihan yang boleh kita raih

Meninggalkan puasa kerana keuzuran

Bagi individu yang tidak berpuasa pada bulan Ramadhan kerana ada keuzuran (yang dibenarkan syarak) maka harus baginya mendahulukan puasa enam pada bulan Syawal daripada puasa qada kerana qada waktu puasa qadha adalah muwassa` (luas).

Imam as-Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani Rahimahullahu Taala menyebut:

“ (Dan demikian lagi) orang yang tiada puasa dengan uzur sunat dia berpuasa enam hari sunat Syawal melainkan orang yang berbuka puasa Ramadan dengan tiada uzur maka wajib ke atasnya menyegerakan mengqada Ramadan kerana makruh mengerjakan sunat orang yang ada padanya qada Ramadan dengan tiada uzur maka wajib menyegerakan qada dahulu.” (Rujuk Kitab Bughyah at- Tullab, hlm. 128)

Isu menggabungkan dua ibadat dengan satu niat

Masalah ini dikenali di sisi para ulama sebagai masalah tasyrik (mengabungkan dua ibadat dengan menggunakan satu niat) hukumnya :

Sekiranya ia adalah termasuk dalam wasilah atau perkara yang bercampur maka hukumnya sah. Terhasil apa yang dihajatinya daripada kedua ibadat tersebut. Misalnya, jika seseorang itu mandi junub pada hari Jumaat untuk melakukan mandi sunat sempena Jumaat.

Sesungguhnya junubnya terangkat dan pahala mandi sunat hari Jumaat tersebut juga terhasil. Walaupun salah satu daripada dua ibadat tersebut tidak diniatkan manakala yang lain pula diniatkan dengan zatnya maka sah himpunan atau gabungan tersebut dan tidak’ mencederakan’ ibadat tersebut.

Menghimpunkan atau menggabungkan dua ibadat yang diniatkan dengan zatnya seperti puasa qadha atau kafarah, atau nazar berserta puasa sunat seperti puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka tidak sah tasyrik tersebut mengikut pendapat yang muktamad kerana setiap ibadat itu berasingan daripada ibadat lain. Ini kerana yang diniatkan dengan zatnya dan tidak pula berada di bawah ibadah yang lain.

Persoalannya, adakah berpuasa dengan niat qadha Bulan Ramadan dan niat puasa enam pada bulan Syawal yang digabungkan sah keduanya? Atau salah satu sahaja sah? Jika dibuat secara umum adakah kedua-duanya berhasil atau salah satu sahaja?

Gabung niat puasa qada Ramadan dan puasa 6 Syawal

Fuqaha dalam Mazhab Syafie berselisih pendapat tentang isu menggabungkan niat di antara puasa qada Ramadhan dan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal.

Syaikul Islam Zakaria al-Ansari Rahimahullahu Taala menulis:

Jika seseorang berpuasa pada bulan Syawal untuk qada bagi puasa Ramadhan, atau selainnya sama ada puasa nazar atau puasa sunat lain maka terhasil pahala sunatnya.

“Kerana topik perbincangannya adalah tentang puasa pada enam hari daripada bulan Syawal…tetapi dia tidak akan memperolehi pahala yang sempurna sebagaimana yang diinginkannya melainkan dengan jika dia berniat puasa khusus untuk enam hari pada bulan Syawal sahaja. Terutamanya orang yang telah luput daripadanya puasa Ramadan kerana tidak sesuai dia berpuasa Ramadan dan seterusnya berpuasa enam hari di bulan syawal” (Rujuk Kitab Syarqawi ‘ala al-Tahrir)

Manakala Imam Ramli Rahimahullahu Taala menyebut bahawa dia pernah ditanya tentang puasa Ramadan dan qada puasa pada bulan Syawal, adakah ia berhasil.

“Bahawa berhasil puasa qada Ramadan seseorang itu walaupun dia menggabung niat puasa qada Ramadannya dengan puasa yang lain. Dan berhasil pahala puasa enam hari pada bulan Syawal. Masalah ini disebut oleh ramai ulama terkemudian (mutaakhirin).” (Rujuk Fatawa Imam Ramli, 2/339)

Imam Ibnu Hajar Al-Haitami Rahimahullahu Taala dalam menjawab persoalan mengenai orang yang berniat puasa sunat bersama puasa wajib: “Jika diniatkan kedua-duanya (puasa sunat dan pusat wajib), dia mendapat ganjaran bagi kedua-duanya atau diniatkan salah satu maka gugur tuntutan yang satu lagi dan tidak mendapat ganjarannya.” (Rujuk Kitab Al-Fatwa Al-Kubra, 2/75)

Sebahagian ulama menyebut sah seseorang itu melakukan qada puasa bulan Ramadan bersama puasa sunat enam Syawal dan mereka akan mendapat ganjaran pahala puasa sunat yang dilakukan di dalam bulan Syawal tersebut.

Sempurnakah puasa digantikan jika digabungkan dengan puasa sunat?

Hal ini kerana dikiaskan dengan seseorang yang memasuki masjid kemudian solat dua rakaat fardu atau solat sunat rawatib (mengiringi solat fardu) maka terhasil sekali baginya pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid kerana ia melakukan solat berkenaan sebelum ia duduk.

Imam Sulaiman al-Bujairimi Rahimahullahu Taala berkata: “Terhasil pahala solat sunat Tahiyyatul Masjid dengan melakukan solat fardhu atau sunat yang lainnya, sama ada diniatkan atau tidak solat sunat Tahiyyatul Masjid tersebut.

Hal ini berdasarkan hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim :

“Apabila masuk salah seorang dari kamu ke dalam masjid hendaklah dia solat dua rakaat sebelum duduk” dan kerana itu juga maksud solat sebelum duduk yang disebutkan dalam hadis telah terhasil dengan melakukan solat fardu atau solat sunat yang lain. (Rujuk Kitab Hasyiah al-Bujairimi 1/280)

Baca juga [VIDEO] Ini rupanya sebab kenapa isteri kena minta izin suami untuk berpuasa sunat

Imam ar-Ramli Rahimahullahu Taala telah berkata: “Dan sekiranya seseorang itu berpuasa pada bulan Syawal, puasa qada, nazar atau berpuasa pada hari Asyura maka telah dapat pahala puasa sunat itu baginya, seperti yang telah difatwakan oleh bapanya (bapa kepada Imam ar-Ramli), begitu juga oleh al-Barizi, al-Asfahuni, A—Nasyizi, al-Faqih Ali Soleh al-Hadrami dan selainnya tetapi ia tidaklah mendapat pahala yang sempurna ke atas yang dituntut.” Begitulah sama hukumnya puasa Ramadan dengan puasa sunat enam Syawal. (Rujuk kitab Nihayah al-Muhtaaj, 3/208-209)

Manakala Imam as-Suyuti Rahimahullahu Taala berkata : “Sekiranya seseorang berpuasa sunat misalnya pada hari Arafah, qada atau nazar atau kafarah dan diniatkan puasa-puasa tersebut bersama dengan niat puasa sunat hari Arafah, maka al-Barizi telah memberi fatwa bahawa sah puasa dan terhasil pahala untuk kedua-duanya. Begitu juga halnya jika dia ithlaqkan (sahaja aku berpuasa) maka masalah tersebut mengikut masalah solat tahiyyatul masjid. (Rujuk kitab Ashbah Wan Nazoir, hlm. 61)

Mana yang lebih afdal didahulukan?

Dalam Syarah al-Tanbih karangan al-Hafiz al-Suyuti Rahimahullahu Taala, daripada fatawa al-Baarizi Rahimahullahu Taala, beliau mengatakan:

“Sekiranya seseorang berpuasa sunat misalnya pada hari Arafah, qada atau nazar atau kafarah, dan diniatkan puasa-puasa tersebut bersama dengan niat puasa sunat hari Arafah terhasih keduanya (sah keduanya), begitu juga jika dia ithlaqkan (sahaja aku berpuasa). Tetapi al-Isnawi menyebut perkara ini tertolak dan kias yang dilakukan tidak sah dalam menggambarkan perkongsian satu daripada keduanya. Disisinya apa yang terhasil adalah yang fardhu sahaja dalam gambaran ithlaq”

Walaupun begitu, perlu diketahui yang pahala puasa sunat enam Syawal apabila dikerjakan sekaligus dengan puasa fardu adalah beroleh pahala sunat bukannya pahala yang sempurna.

Kesimpulannya, mengikut pendapat yang muktamad, afdal seseorang itu menjadikan puasa qada berasingan dengan puasa 6 pada bulan Syawal.

Namun begitu, menyatukan puasa qada dengan puasa sunat enam pada bulan Syawal itu tetap diharuskan dan mendapat ganjaran pahala kedua-duanya mengikut pendapat yang daif.

Perbuatan terus mengerjakan qada puasa adalah sikap yang terpuji dan dituntut oleh syarak terutama kepada sesiapa yang meninggalkan puasa tanpa uzur yang dibenarkan syarak. Semoga kita termasuk bersama-sama dengan orang bertaqwa.

Sumber: AL-KAFI (Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan)

Foto: Unsplash

masjid-pogung-dalangan-TmEAmLgVzMc-unsplash
Gaya Hidup,

Tanda taubat diterima akhlak berubah baik, mudah lakukan ibadat

BULAN Ramadan telah pun melabuhkan tirainya. Antara keistimewaan Ramadan ialah ALLAH SWT mengurniakan keampunan-NYA kepada sesiapa sahaja yang memanfaatkan peluang berada dalam bulan itu.

Sesungguhnya setiap manusia sama sekali tidak terlepas daripada melakukan dosa dan kesilapan. Mungkin setiap hari manusia terjebak melakukan perkara yang mendatangkan dosa. Itu fitrahnya manusia yang pasti melakukan kesilapan sama ada dengan sebab godaan syaitan ataupun runtuhnya benteng nafsu dalam diri.

Ramai yang menngambil kesempatan di bulan yang penuh rahmat itu untuk memohon keampunan. Bagaimana untuk mengetahui ALLAH telah menerimanya? Apakah tanda-tanda ALLAH SWT menerima taubat seseorang?

وَتُوبُوا إِلَى اللَّـهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. Surah al-Nur (31)

Menurut Ibn Kathir berkata: Lakukanlah apa yang aku perintahkan kamu dengannya dan semua sifat-sifat yang mulia dan akhlak yang terpuji. Pada saat yang sama, tinggalkanlah perangai ahli jahiliah dan sifat buruk mereka. Ini kerana kejayaan dan kemenangan yang sebenar dengan melaksanakan perintah Allah dan Rasul serta meninggalkan larangan-NYA. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/50)

Taubat nasuha

Bagi mengetahui taubat diterima ALLAH, ada beberapa pendapat majoriti ulama’ menyebut bahawa orang yang benar-benar bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat taubat, maka dapat dipastikan penerimaan taubatnya di sisi ALLAH SWT. Hal ini seperti mana disebut oleh Ibn Rajab:

أَنَّ مَنْ تَابَ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا، وَاجْتَمَعَتْ شُرُوطُ التَّوْبَةِ فِي حَقِّهِ، فَإِنَّهُ يُقْطَعُ بِقَبُولِ اللَّهِ تَوْبَتَهُ، كَمَا يُقْطَعُ بِقَبُولِ إِسْلَامِ الْكَافِرِ إِذَا أَسْلَمَ إِسْلَامًا صَحِيحًا، وَهَذَا قَوْلُ الْجُمْهُورِ، وَكَلَامُ ابْنِ عَبْدِ الْبَرِّ يَدُلُّ عَلَى أَنَّهُ إِجْمَاعٌ

Orang yang bertaubat kepada ALLAH dengan taubat nasuha, memenuhi semua syarat taubat bagi dirinya, maka boleh dipastikan ALLAH menerima taubat dirinya. Ini seperti mana boleh dipastikan Islam orang kafir yang masuk Islam dengan benar. Inilah pendapat majoriti ulama’. Keterangan Ibn Abd al-Bar menunjukkan bahawa perkara tersebut telah menjadi kesepakatan ulama’. (Lihat Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, 1/418)

Baca juga Jangan suka tangguhkan amalan. Ini sebabnya…

Perbuatan syirik tidak diampuni

 

Walaupun begitu, dosa yang disebabkan oleh perbuatan syirik. Syirik ialah perbuatan menyekutukan Allah, baik dengan keyakinan, ucapan atau perbuatan serta percaya adanya kuasa ghaib selain Allah seperti memuja berhala. Perbuatan syirik merupakan dosa besar yang paling besar.

Antara firman ALLAH:

إِنَّ اللَّـهَ لَا يَغْفِرُ أَن يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَٰلِكَ لِمَن يَشَاءُ

Maksudnya: “Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya).” Surah al-Nisa’ (48)

Ibn Kathir berkata ALLAH memberitahu bahawa Dia tidak mengampuni perbuatan syirik dengan maksud Dia tidak mengampuni seseorang hamba yang menemui-Nya (mati) dalam keadaan musyrik.

Sebaliknya ALLAH mengampuni dosa yang selain itu bagi mereka yang dikehendaki-Nya daripada kalangan hamba-Nya. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 2/327)

Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda:
إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا اعْتَرَفَ بِذَنْبِهِ ثُمَّ تَابَ تَابَ اللَّهُ عَلَيْهِ
Maksudnya: “Sesungguhnya hamba, jika dia mengakui dosanya dan kemudian dia bertaubat, nescaya ALLAH SWT menerima taubatnya.Riwayat al-Bukhari (2661)

Menurut Mulla Ali al-Qari dalam Mirqat al-Mafatih (4/1616) menyebut iaitu seseorang yang menyedari keadaan dirinya yang berdosa, kemudian dia bertaubat dengan memenuhi segala rukun dan syarat-syaratnya seperti menyesal, meninggalkannya, berazam dan berusaha memperbaiki diri maka ALLAH akan menerima taubatnya berdasarkan firman-NYA:

وَهُوَ الَّذِي يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ

Maksudnya: Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hamba-NYA (yang bertaubat).
Surah al-Syura (25)

Manakala Al-Qurtubi berkata ALLAH pasti mengampunkan sebarang bentuk dosa iaitu dari perlakuan syirik sebelum mereka Islam. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan dari kebaikan dan kejahatan. (Lihat al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 7/27)

Perubahan sikap

Kedua, berkenaan tanda-tanda ALLAH menerima taubat seseorang apabila sikap dan akhlaknya berubah, jiwa menjadi dekat dan kasih dengan masjid, akhlak dan bahasa yang baik, seseorang itu merasa seronok untuk melakukan ibadat serta berterusan memohon keampunan kepada ALLAH. Maka dengan tanda-tanda ini ALLAH telah menerima ibadatnya.

Menurut Abu al-Laith al-Samarqandi dalam kitabnya Tanbih al-Ghafilin menyatakan bahawa sebahagian hukama menyebut taubat seseorang dapat diketahui pada empat perkara:

• Jika dia sudah dapat mengawal lidahnya daripada berkata dusta, mengumpat dan kata-kata yang tidak penting / sia-sia.
• Jika sudah tidak ada rasa hasad, dengki, iri hati terhadap semua manusia.
• Jika telah menjauhi rakan taulan yang jahat.
• Sentiasa bersiap sedia menghadapi mati dan selalu beristighfar menyesali dosa-dosanya yang lalu serta bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepada ALLAH (Lihat Tanbih al-Ghafilin bi Ahadith Sayyid al-Anbiya’ wa al-Mursalin, hlm. 109)

Baca juga Ini tip kerohanian yang dianjurkan Islam ketika menghadapi peperiksaan

Sebahagian ahli hikmah telah ditanya: “Adakah ada tanda bahawa taubat seseorang itu telah diterima?” Mereka menjawab: “Ya, empat tanda taubatnya diterima, iaitu:

• Memutuskan hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bergaul dengan orang-orang yang soleh.
• Menghentikan semua jenis maksiat dan rajin melakukan ibadat.
• Hilang rasa untuk bersenang-senang dengan dunia dan selalu mengingati kesusahan hari akhirat.
• Percaya dan yakin dengan jaminan ALLAH dalam soal rezeki lalu dia menyibukkan dirinya dengan melakukan apa yang diperintahkan oleh ALLAH. (Lihat Tanbih al-Ghafilin, 110)

Justeru, mereka menyebut apabila terdapat semua sifat tersebut, maka termasuklah dia dari kalangan mereka yang disebut oleh ALLAH SWT:

إِنَّ اللَّـهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya: “Sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa menyucikan diri.” Surah al-Baqarah (222)

Atha’, Muqatil bin Sulaiman dan al-Kalbi mentafsirkan ayat ini bahawa Allah suka kepada mereka yang sentiasa bertaubat dari dosa dan suka menyucikan diri dengan air daripada sebarang hadas dan najis. (Lihat Ma’alim al-Tanzil, 1/259)

Sebagai kesimpulan, bukanlah bermakna seseorang yang telah mempunyai tanda-tanda taubatnya diterima ALLAH itu sudah boleh berhenti memohon keampunan.

Malah keinsafan seseorang itu dapat dilihat apabila dia sentiasa istiqamah dan berterusan dalam memohon taubat kepada ALLAH sepanjang hayatnya sebagaimana yang digambarkan oleh Nabi Muhammad SAW sendiri yang diriwayatkan beristighfar dalam sehari sebanyak 100 kali.

Ini sebagaimana yang disebutkan oleh Baginda SAW dalam hadis yang diriwayatkan daripada al-Aghar al-Muzani:

إِنَّهُ لَيُغَانُ عَلَى قَلْبِى وَإِنِّى لأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ فِى الْيَوْمِ مِائَةَ مَرَّةٍ
Maksudnya: Sesungguhnya dilitupi pada hatiku (dengan kelalaian daripada berzikir) dan aku memohon ampun kepada Allah SWT, sehari seratus kali.

Semoga kita termasuk dalam kalangan mereka yang sentiasa bertaubat dan diterima taubatnya di sisi ALLAH.

Sumber: Al-Afkar #52: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Unsplash

hasan-almasi-kPWfbe65lb4-unsplash
Gaya Hidup, Panduan,

Kejut ahli keluarga beribadah, antara amalan Rasullulah SAW pada 10 malam terakhir Ramadan

BULAN Ramadan bakal meninggalkan kita tidak lama lagi. Kini memasuki fasa 10 malam terakhir, maka umat Islam diseru melipatgandakan amalan kepada ALLAH.

Sesungguhnya, ALLAH menjanjikan terdapat satu malam yang amat bermakna diturunkan al-Quran iaitu Lailatul Qadar.

Ia adalah malam yang penuh keberkatan seperti firman ALLAH dalam Surah Ad-Dukhon ayat yang ke tiga yang bermaksud:

“Sesungguhnya kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya kamilah yang memberi peringatan.”

Itulah malam Lailatul Qadar dan ia pada bulan Ramadan seperti firman ALLAH dalam Surah Al-Baqarah ayat yang ke-185 yang bermaksud:

“Bulan Ramadan merupakan bulan yang diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan perbezaan antara yang hak dan yang batil.”

Menerusi portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, berikut merupakan amalan-amalan yang biasa dilakukan Rasulullah SAW ketika memasuki 10 malam terakhir.

1. Mengetatkan ikatan kain di pinggang baginda

Imam al-Hafiz Ibn Rajab dalam kitab Lataif al-Ma’arif menyatakan bahawa perbuatan mengetatkan ikatan kain di pinggang baginda membawa erti baginda mengasingkan dirinya dari isteri-isteri baginda.

2. Menghidupkan malam

Ganjaran menghidupkan malam dapat diperoleh sekiranya seseorang itu melakukan solat Isyak atau Subuh secara berjemaah.

Abd al-Rahman bin Abd ‘Amr meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barang siapa yang menunaikan solat Isyak secara berjemaah, maka dia seumpama telah mendirikan solat separuh malam dan sesiapa yang solat Subuh berjemaah, maka dia seumpama telah mendirikan solat seluruh malam”. (Riwayat Muslim)

3. Membangunkan ahli keluarga untuk beribadah

Terdapat riwayat yang menunjukkan bahawa Baginda mengetuk pintu dan membangunkan Fatimah dan Ali bin Abi Talib lalu berkata: “Apakah kamu berdua tidak bangun lalu menunaikan solat?” (Riwayat al-Bukhari).”

Selawat

SOLAT berjemaah adalah antara amalan yang dianjurkan oleh baginda SAW untuk meraih ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Kelebihan beribadah pada malam Lailatul Qadar:

1. Waktu diturunkan al-Quran secara sekali gus.

Al-Quran diturunkan ALLAH SWT pada malam disebut malam al-Qadr.

Diturunkan al-Quran dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia sekali gus (30 juzuk) dan secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan kepada Nabi Muhammad SAW.

2. Lebih baik dari 1000 bulan.

Firman ALLAH yang bermaksud, “Malam al-Qadr itu lebih baik daripada seribu bulan”. (Surah al-Qadr:3).

3. Dosa diampunkan.

Rasulullah memberi galakan beribadat pada malam al-Qadr dengan sabda baginda yang bermaksud;

“Sesiapa yang melakukan qiyam pada Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran beserta keampunan nescaya akan dihapuskan dosa-dosanya yang terdahulu”. (Riwayat al-Bukhari)

Qiyam bermaksud menghidupkan malam dengan ibadah.

Baca juga Wajibkah anak ganti puasa ibu bapa yang sudah meninggal dunia?

Antara amalan yang boleh dilakukan pada malam 10 terakhir Ramadan:

1. Menunaikan solat terawih dan qiyamullail
2. Membaca al-Quran
3. Beriktikaf
4. Bersedekah
5. Menunaikan solat fardu berjemaah
6. Berbakti kepada ibu bapa
7. Berzikir dan beristigfar
8. Berdoa اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Semoga ia dapat memberi manfaat bagi membantu kita dalam meningkatkan ibadah bagi memburu malam Lailatul Qadar.

Moga ALLAH merezekikan kita ganjaran beribadah pada malam tersebut yang nilainya lebih baik daripada 1,000 malam.

Foto: Unsplash

rachid-oucharia--5KiYzyuqV8-unsplash
Panduan,

Ustaz Ebit senaraikan 6 perkara perlu pelihara jaminan Muslim ke syurga

SEMUA orang Muslim berkeinginan untuk masuk syurga dan tiada sesiapa yang sanggup untuk menjadi penghuni neraka walaupun sesaat sekali pun.

Namun, tujuan Allah menjadikan syurga dan neraka itu ada sebab-sebabnya.

Syurga itu mempunyai nikmat yang tidak terperi hebatnya bagi mereka yang soleh.

Syurga turut digambarkan yang cukup indah, penghuninya boleh bersenang-lenang dengan pelbagai jenis buah-buahan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya syurga terdiri daripada seratus tingkat, jarak antara dua tingkatnya seperti jarak antara langit dan bumi, Allah menyediakannya untuk orang yang berjihad pada jalanNya.” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim].

Dalam surah ar-Rahman, ayat 52 Allah berfirman yang maksudnya; “Pada kedua-dua syurga itu terdapat dua macam daripada tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).”

Seperti yang dikongsi pendakwah bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit dalam Channel Telegram miliknya.

Daripada ‘Ubadah bin Ash Shamit bahawa Nabi SAW bersabda: “Jaminlah enam perkara untukku dari diri kalian, nescaya aku akan menjamin syurga untuk kalian; jujurlah jika berbicara, tepatilah jika kalian berjanji, tunaikanlah amanah jika kalian diserahi amanah, jagalah kemaluan kalian, tundukkan pandangan kalian dan tahanlah tangan kalian.” (HR Ahmad No: 21695) Status: Hadis Hasan.

Bulan Rejab

Menurut beliau, Rasulullah SAW memberi jaminan setiap Muslim akan masuk syurga jika memelihara enam perkara:

1. Jujur jika berbicara

Ibnu Qayyim berkata: Kejujuran adalah jalan yang lurus dimana orang yang tidak jujur, dia akan celaka dan binasa. Kejujuran akan membezakan antara munafik dan beriman.

2. Menepati janji

Tidak memenuhi janji adalah di antara sifat munafik.

3. Menunaikan amanah

Amanah berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia yang wajib ditunaikan.

4. Memelihara kemaluan (kecuali untuk pasangan yang sah)

5. Menundukkan pandangan

Ibnu Qayyim berkata: Menjaga pandangan adalah modal pokok untuk menjaga kemaluan. Siapa yang tidak menjaga pandangannya, dia telah menempatkan dirinya ke tempat kehancuran.

Baca juga Jiwa kacau, cuba ubati dengan pendekatan dianjurkan oleh agama

6. Menahan tangan

Seorang Muslim tidak menganggu, menyakiti saudara Muslim yang lain, teman, maupun tetangganya baik dengan lisan ataupun tangannya.

Mereka merasa aman dengan kehadiran dirinya.

Ayuh kita berlaku jujur, tepati janji, tunaikan amanah, jaga kemaluan, tundukkan pandangan dan menahan tangan.

Semoga bermanfaat!

Foto: Facebook

pexels-monstera-5996995
Gaya Hidup, Panduan,

Banyakkan puasa, rebut amalan bulan Syaaban

UMAT Islam digalakkan memperbanyakkan amalan-amalan kebaikan dalam bulan Syaaban.

Ia juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Bulan Rejab adalah bulan Allah dan Allah telah melebihkan darjatnya daripada segala bulan seperti halnya kelebihan-Ku atas segala makhluknya, Syaaban itu bulanku dan Allah telah melebihkan atas segala bulan seperti kelebihan-Ku atas segala nabi-nabi, dan Ramadan pula adalah bulan umatKu dan Allah melebihkan atas segala umat”.

Hadis ini menjelaskan tentang tiga bulan termasuk bulan Syaaban. Oleh itu, masyarakat Islam memperbanyakkan amalan pada bulan ini dengan membuat pelbagai aktiviti ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti puasa, solat, membaca al-Quran, berdoa, bersedekah, bertahlil, berwirid dan sebagainya.

Mereka yang sudah sebati dengan amalan tersebut melakukannya kerana mereka melihat kepada pengisian ibadah pada bulan atau hari tersebut tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Semua amalan diyakini baik bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Antara contoh amalan yang dilakukan mereka yang dianggap Sunnah Rasulullah SAW:

1. Puasa sunat

Mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW membanyakkan puasa di bulan Syaaban.

2. Membaca surah Yasin

Nabi Muhammad SAW menggalakkan umatnya membaca al-Quran. Setiap huruf diberi ganjaran pahala berganda. Surah Yasin adalah satu surah dalam al-Quran.

Waswas

SEBELUM menunaikan solat, amalkan baca doa daripada Surah al-Mukminun, ayat 87 dan 98 untuk mengelakkan diri daripada diganggu syaitan ketika sedang menghadap ALLAH SWT.

3. Berdoa

Nabi Muhammad SAW mengatakan bahawa doa itu senjata orang mukmin. Allah SWT memerintah hambaNya berdoa nescaya Allah SWT memperkenankan doa mereka.

4. Mengadakan majlis kenduri

Nabi Muhammad SAW menggalakkan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim. Kenduri juga merupakan perhimpunan sanak keluarga.

5. Bertahlil

Kerana berpendapat tahlil itu mengandungi bacaaan dari ayat al-Quran, zikir Lailaha illallah, berdoa dan beristighfar mohon keampunan Alah SWT terhadap keluarga yang meninggal dunia agar dicucuri rahmat ke atas rohnya.

Namun, amalan-amalan tersebut tiada larangan melakukan pada bulan Syaaban, tiada pula disunatkan kerana bulannya, hari atau malamnya tetapi apa yang disunatkan ialah kerana kesunnahan ibadah tersebut.

Al-Hafiz bni Rejab (r.a) menyebut di dalam kitabnya Lataa’if al-Ma’aarif tentang isu ini setelah membincangkan secara panjang lebar, Malam Nisfu Syaaban asalnya diutamakan oleh golongan tabi’in di kalangan penduduk Syam antaranya Khalid bin Mi’dan, Makhul, Luqman bin ‘Amir dan lain-lain di mana mereka beribadah bersungguh-sungguh pada malam tersebut.

Pada malam Nisfu Syaaban mereka membaca surah Yasin (3 kali). Sama ada secara individu atau berjemaah diikuti dengan doa selepasnya.

  • Bacaan Yasin pertama, niatkan memohon dipanjangkan umur untuk mentaati segala perintah dan menjauhi larangan Allah SWT.
  • Bacaan Yasin kedua, niatkan mohon keluasan rezeki yang halal serta diberkati.
  • Bacaan Yasin ketiga, niatkan memohon ditetapkan iman yang sempurna sehingga meninggal dunia kelak.

Baca juga 4 qul, perisai ampuh hindari hasutan syaitan, iblis

Jadi, sempena bulan Syaaban ini, marilah kita mengamalkan amalan-amalan yang baik bagi melatih diri menuju Ramadan.

Apa pun, semua itu terpulang kepada kemampuan masing-masing. Andai kata kita tidak mampu berpuasa, tidak perlu puasa.

Sebaliknya, jika mampu, bolehlah kita lakukan bersama-sama keluarga di rumah.

Ambillah peluang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan untuk melatih anak-anak kita berpuasa.

Sumber: Datuk Haji Abd Majid Omar

Foto: Pexels

towfiqu-barbhuiya-Yw9Vgr6i_-0-unsplash
Gaya Hidup,

Allah memberi ujian sakit sesuai daya tahan – Ustaz Ebit

SEBAGAI muslim, kita mesti yakin bahawa Allah bukan sengaja menguji dan membuat hambanya menanggung kesusahan.

Setiap perkara yang berlaku ada hikmah tersendiri sama ada diketahui oleh hambanya atau tidak.

Dalam satu riwayat al-Bukhari dan Muslim menyatakan, setiap kepenatan, sakit, dukacita, runsing, kesusahan walaupun sekadar tercucuk duri yang menimpa orang muslim, maka Allah akan menghapuskan dengan sebabnya akan dosa-dosanya.

Seperti yang dikongsi pendakwah bebas terkenal, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan gelaran Ustaz Ebit dalam Channel Telegram miliknya.

Allah memberi kita sakit, sesuai dengan daya tahan hambanya dan banyak hikmahnya serta bukti seperti;

1) Sakit itu zikrullah.

Bukti: Mereka yang diuji dengan sakit, lebih sering menyebut nama Allah berbanding di waktu sihatnya.

2) Sakit itu istighfar.

Bukti: Kita akan mudah teringat akan dosa ketika sakit sehingga lisan mudah untuk memohon ampun.

3) Sakit itu juga muhasabah.

Bukti: Orang yang sakit akan lebih banyak waktu merenung diri dalam sepi, menghitung-hitung bekal untuk kembali.

4) Sakit itu jihad.

Bukti: Orang yang sakit tidak boleh menyerah kalah, diwajibkan untuk berikhtiar demi kesembuhan.

5) Sakit itu ilmu.

Bukti: Sakit akan membuat kita memeriksa dan mencari ilmu untuk tidak mudah sakit.

6) Sakit itu juga nasihat.

Bukti: Yang sakit selalu suka menasihati yang sihat agar jaga diri. Yang sihat menasihati yang sakit agar bersabar.

7) Sakit itu silaturrahim.

Bukti: Keluarga yang jarang datang jengok akan datang menziarahi, penuh senyum dan rindu mesra dan dapat buah tangan lagi.

Allah memberi ujian sakit sesuai daya tahan - Ustaz Ebit

8) Sakit itu gugur dosa.

Bukti: Anggota badan yang sakit akan mendapat penyucian.

9) Sakit itu mustajab doa.

Bukti: Imam As-Suyuthi keliling kota mencari orang yang sakit agar mendoakannya dan kita juga selalu begitu.

Baca juga Ikhlaskan hati, usah mengeluh menjaga orang sakit kerana ganjaran besar menanti

10) Sakit itu menyusahkan syaitan.

Bukti: Diajak maksiat tak mahu dan tak mampu, malah disesalinya.

11) Sakit itu sedikit tertawa dan banyak menangis.

Bukti: Satu sikap keinsafan yang disukai Rasulullah SAW dan makhluk di langit.

12) Sakit meningkatkan kualiti ibadah.

Bukti: Rukuk sujud kita lebih khusyuk, tasbih istighfar lebih sangat. Tahyat juga jadi lebih lama.

13) Sakit itu memperbaiki akhlak.

Bukti: Kesombongan terkikis, sifat tamak dipaksa tunduk, peribadi akan jadi santun, lembut dan tawadhu.

14) Sakit mengingatkan kita akan mati dan membuatkan kita sentiasa beringat untuk menghadapinya.

Semoga perkongsian ini ada manfaatnya. Jom sama-sama berzikir, berfikir, syukur, sabar dan redha.

Foto: Unsplash

linkedin-sales-solutions-UK1N66KUkMk-unsplash
Berita Semasa,

Kemusykilan mengenai PKP akhirnya terjawab, dan 7 soalan netizen berjaya dihurai

BARU-BARU ini SinarPlus menyambut ulang tahun pertama mereka bersiaran yang mana pada 1 Mac lalu genap sudah usia penerbitannya selama satu tahun.

Bersempena dengan itu SinarPlus juga memeriahkan lagi sambutan dengan bersiaran secara langsung di laman Facebook melalui satu program yang dikenali sebagai Yass Satu Tahun Yang Awesome-SinarPlus Versary yang berjaya dilangsungkan selama 15 jam berturut-turut.

Durasi yang panjang itu bagi menghargai sokongan dan memenuhi permintaan pembaca SinarPlus yang mahu terlibat secara langsung terutama dalam segmen Happy Hour!-SinarPrise dan $inarPulu$.

Apa yang menarik, seawal pagi lagi, pelayar Facebook SinarPlus sudah membanjiri halaman maya untuk mendengar jawapan bertanya mengenai kemyuskilan agama melalui salah satu program yang ditawarkan khas buat pelayan iaitu Soal Jawab Netizen edisi agama.

Mungkin ada dalam kalangan kita yang musykil dengan beberapa perkara terutama mengenai ilmu agama, namun tidak mendapat jawapan yang pasti atau masih lagi ragu-ragu.

Oleh demikian, bagi menjawab soalan netizen ini, SinarPlus telah membuka peluang kepada pelayar untuk bertanyakan soalan kepada Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki dan suami Ustaz Muhidin Mokter untuk menjawab kemusykilan mereka.

Jom kita ikuti perkongsian beliau :

1.Saya sudah tiga bulan tidak berjumpa ibu dan bapa kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sebagai seorang anak yang rindukan ibu dan ayah bolehkan saya ingkari arahan PKP, apakah hukumnya?

USTAZAH ISFADIAH : Bila menyentuh soal PKP, ia tidak akan dilaksankan jika tiada perkara yang memudaratkan. Pihak kerajaan menetapkan arahan tersebut ia pasti mempunyai asbabnya yang tersendiri dan saya percaya ia adalah bertujuan untuk kesejahteraan semua pihak.

Sekiranya PKP ditamatkan, ini 5 strategi yang mungkin boleh diguna pakai untuk melandaikan kes Covid-19Soal rindukan ibu dan ayah pula sebenarnya ia melibatkan perasaan normal seorang anak. Namun hakikatnya mendengar arahan pemimpin atau pihak berkuasa lebih utama daripada melayan perasaan sendiri kerana jika kita ingkar, perbuatan kita itu mampu memudaratkan ibu dan ayah kita.

Allah s.w.t. berfirman:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Uli al-Amri” (orang-orang yang memimpin) dari kalangan kamu.

Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (al-Sunnah) Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (al-Nisa’, 4: 59).

2. Saya dalam proses menghabiskan puasa ganti Ramadan tahun lepas. Jika saya sengaja membatalkan puasa gantik itu, perlu atau tidak saya ganti semula puasa berkenaan sebanyak dua kali iaitu puasa ganti Ramadan dan puasa ganti yang saya batalkan tersebut?

USTAZ MUHIDIN MOKTER : Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah salah satu daripada rukun Islam yang difardhukan ke atas setiap umat Islam. Meninggalkan puasa dengan sengaja, tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa besar.

Namun begitu, Islam masih memberikan peluang kepada umatnya yang telah terlanjur meninggalkan puasa terutama golongan wanita untuk mengganti semula puasa tersebut sebelum kembalinya bulan Ramadan berikutnya.

Bagi menjawab persolan sama ada perlu ganti dua kali jika seseorang itu sekali lagi membatalkan puasa gantinya jawapannya adalah tidak.

Yang wajib diganti adalah puasa yang ditinggalkan ketika dalam bulan Ramadan sahaja manakala yang terbatal ketika seseorang itu cuba berpuasa ganti itu tidak wajib diganti. Cukup ganti satu puasa sahaja.

3. Saya bekerja di salah sebuah syarikat kurier. Barang yang diterima daripada pelanggan terlalu banyak sehingga ada masanya kami terlangkah barang-barang tersebut.

Paling menyedihkan jika barangan itu terdiri daripada al Quran dan kitab-kitab agama tanpa kami perasan.

“Aduan marhaen” Terlalu ramai ‘shopping online’ masa PKP, syarikat kurier hadapi masalahAdakah perbuatan kami dikira tidak memuliakan al Quran dan bagaimanakah cara untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku?

USTAZAH ISFADIAH : Tidak memuliakan al Quran jika kita tahu dalam parcel atau bungkusan itu terdapatnya al Quran. Kalau tidak tahu atau tidak sengaja, ia dimaafkan kerana kerana Islam itu sangat mudah.

Perkara atau cara yang paling elok untuk nak elakkan situasi itu berlaku adalah jangan biasakan melangkah barang-barang walaupun kita tahu ia bukan al Quran. Cuba elak dan biasakan untuk menghormati sesuatu barang atau bungkusan tersebut kerana ia sebenarnya adalah hak orang lain.

4. Baru-baru ini saya ada membeli umah sub-sales. Pemilik asalnya adalah bukan muslim, perlukah saya samak rumah tersebut dan bagaimanakah caranya dijika ia perlu dilaksanakan serta kawasan manakah yang perlu diberi perhatian?

USTAZ MUHIDIN MOKTER : Kebersihan adalah suatu perkara yang sangat dituntut dalam Islam. Allah SWT telah memerintahkan hamba-Nya untuk bersuci dan menjaga kebersihan.

Antara kaedah untuk membersihkan sesuatu adalah dengan kaedah samak atau sertu. Kedua-dua perkataan ini perlu difahami sebaiknya melalui pengertian dari segi bahasa dan juga segi istilah.

Sebelum saya menjelaskan lebih lanjut, suka untuk saya terangkan berkaitan dengan isu penggunaan bahasa terlebih dahulu. Ini kerana, terdapat perbezaan maksud di antara perkataan samak dan juga sertu.

Samak ialah satu perbuatan menyucikan sesuatu daripada kulit binatang dengan menggunakan bahan kesat seperti pasir dan sebagainya. Samak ini kebiasaannya digunakan untuk samak kulit bagi mengeluarkan daging, lemak, tulang, lendir dan tisu yang terlekat pada kulit haiwan yang ingin digunakan.

Manakala istilah sertu pula membawa maksud, menyertu menyucikan mana-mana bahagian badan yang terkena najis mughallazah iaitu anjing dan babi dengan basuhan sebanyak tujuh kali dan sekali air tanah.

Sekalipun tidak perlu berbalah dalam istilah, namun dengan mengetahui penggunaan kalimah yang tepat dapat membantu kita dengan lebih lanjut dalam memahami sesebuah permasalahan yang berlaku.

Dengan kata mudahnya jika kita lihat rumah yang bakal kita duduki itu bersih ia sudah memadai dengan hanya basuh sehingga kita yakin ia bersih.

Cara yang mudah, selamat dan betul untuk samak rumah anda adalah seperti :

  • Ambil tanah secukupnya. Sebaiknya tanah merah atau tanah liat.
  • Bancuh tanah tersebut di dalam bekas tong yang besar dan bersih.
  • Biarkan seketika tanah itu mendap. Kita hanya perlukan air yang kat atas saja.
  • Gunakan mop dan celupkan ke dalam air tanah tersebut dan mop di sekitar lantai rumah anda untuk bilasan pertama.
  • Boleh juga di siram air tanah tersebut menggunakan gayung dan ratakan di atas lantai.
  • Bilas air tanah tersebut dengan air bersih sebanyak 6 bilasan dengan cara menyemburkan lantai tersebut menggunakan paip.
  • Ratakan air bilasan tersebut ke semua ruang lantai anda atau boleh juga menggunakan mop.

5. Kalau wanita tidak tutup aurat dengan sempurna tapi dia rajin sedekah dan tolong orang lain. Adalah amalan solehnya diterima?

USTAZAH ISFADIAH : Amal soleh dan menutup aurat adalah satu amalan yang berbeza. Menutup aurat itu adalah perkara fardu yang diwajibkan untuk semua umat Islam sementara sedekah pula merupakan antara amalan yang terpuji dalam Islam.

Hakikatnya untuk melakukan kebaikan atau amalan kita sebenarnya perlu mengetahui apakah amalan yang disukai oleh Allah. Jelas membuktikan amalan yang disukai oleh Allah adalah melakukan amalan-malan yang wajib dan dengan kata mudahnya menutup aurat itu adalah satu amalan yang wajib.

Jadi, sebelum kita lakukan amalan-amalan terpuji, jauh lebih baik kita sempurnakan dulu amalan yang wajib seperti yang dituntut oleh Allah SWT.

6. Suami saya baru-baru ini kena buang kerja akibat penularan Covid-19. Sejak dari itu suami bergantung penuh pada pendapatan saya terutamanya perbelanjaan rumah. Apakah pendapat ustaz dan ustazah?

USTAZ MUHIDIN MOKTER : Nafkah adalah pembelanjaan keperluan manusia seperti makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan selainnya. Ia dinamakan Nafaqah kerana dikeluarkan atau digunakan untuk keperluan itu.

Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.

Nafkah dan hutang

NAFKAH merupakan tanggungjawab ketua keluarga dan hutang juga wajib dilunaskan.

Merujuk kepada soalan, suaminya hilang punca pendapatan bukan atas kerelaanya. Bila suami susah, orang yang layak membantu adalah isterinya yang merupakan individu terdekat.

Harus bagi suami untuk menggunakan harta isteri bagi tujuan perbelanjaan harian. Dengan kata mudah isteri boleh hadiahkan pendapatannya bagi tujuan membantu suami atau meminjam sementara waktu bagi tempoh-tempoh tertentu dan yang penting kerelaan.

Jangan susahkan perkara yang mudah. Bantu membantu dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain dalam urusan rumah tangga juga dituntut dalam Islam.

7. Sekiranya ada dalam kalangan ahli keluarga yang telah meninggal dunia, adakah kita perlu membantu menggantikan solat yang pernah ditinggalkan oleh arwah?

USTAZAH ISFADIAH : Solat itu adalah adalah ibadah yang bersifat badani (ibadat yang yang dilaksanakan dengan tubuh badan). Sebahagian ulamak mengatakan tidak memadai atau tidak cukup untuk seseorang itu menggantikan solat yang ditinggalkan orang lain. Mereka beranggapan perbuatan itu adalah perbuatan yang tidak mendatangkan apa-apa hasil dan juga boleh dianggap sia-sia bagi sesetengah ulamak.

Tidak ada asas mahupun dalil yang merujuk kepada perlakuan tersebut tetapi apa yang boleh dilakukan oleh waris adalah berdoa mintak Allah ampunkan arwah dengan segala salah dan silap yang telah dilakukan ketika hidup termasuk solat yang telah ditinggalkan.

Selain itu, sebagai waris atau ahli keluarga juga bolehlah bersedekah bagi pihak arwah dan uruskan perkara-perkara wajib berkenaan harga yang ditinggalkan arwah termasuk zakat dan badal haji.

Foto: Unsplash

pexels-timur-weber-9127732
Isu,

Kalau nak menegur orang sekeliling kita tiada masalah, tetapi mesti kena caranya. Jangan biarkan kemungkaran terus berleluasa…

SUKAR untuk menidakkan kewujudan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram (sekadar menyebut beberapa nama) yang banyak membantu mendekatkan hubungan jarak jauh baik bersama ahli keluarga, saudara-mara mahupun sahabat-handai.

Sekurang-kurangnya dengan adanya aplikasi moden seumpama itu kita berpeluang mengikuti perkembangan antara satu sama lain, meskipun tidak berkesempatan bersua muka.

Pun begitu, apa yang menyedihkan kemudahan teknologi moden juga boleh ‘memisahkan’ hubungan sesama manusia.

ELAK memerli dan menegur secara kasar di laman sosial kerana tindakan tersebut boleh merenggangkan kemesraan sesebuah hubungan kelak.

Artikel berkaitanKongsi Scan Ultrasound Di Media Sosial? Ini Pandangan Dalam Konteks Agama

Ia berikutan tindakan segelintir individu yang menjadikan laman sosial sebagai platform melempiaskan kemarahan, memerli dan menegur kesalahan orang lain.

Tanpa kita sedar hanya menerusi tulisan yang dimuat naik secara tidak langsung mengguriskan hati individu dituju sehingga meninggalkan kesan cukup mendalam. Bak peribahasa lama, mata pena itu lebih tajam dari mata pedang.

muslim hijab

PESAN Asma’ sekiranya bimbang orang yang ditegur terasa hati menerusi tulisan, maka kita boleh memanjatkan doa secara berterusan dan bersungguh-sungguh.

Justeru, dalam perspektif Islam, bagaimana cara terbaik untuk menegur kesilapan orang lain sama ada dekat atau jauh melalui tulisan atau perkataan tanpa membuatkan mereka terasa hati?

Pendakwah Asma’ Harun berkongsi jawapan mengenai persoalan berkenaan menerusi laman sosial Facebook rasminya, @Ustazah Asma’ Harun baru-baru ini.

“Jika tidak mahu orang terasa hati usah ditegur, tetapi kena kuatkan dengan doa berterusan dan bersungguh-sungguh. Namun begitu, sekiranya perlu membuat teguran, maka tidak boleh lari daripada terasa hati.

“Ingatlah, memberi nasihat dan teguran, apatah lagi mencegah kemungkaran adalah satu amalan dan ibadah yang sangat mulia dan dituntut,” tulis beliau.

Justeru, bagi mengatasi masalah tersebut Asma’ turut berkongsi beberapa panduan yang boleh dilakukan.

MUSLIM hijab

UMAT Islam diingatkan sentiasa menjaga tutur kata dan penulisan ketika menegur orang lain khususnya menerusi laman sosial bagi mengelakkan mereka berkecil hati.

1) Ikhlaskan hati sekiranya kita ingin menegur kerana ALLAH dan untuk kebaikan bukan kerana hawa nafsu atau iri hati, maka Insya-ALLAH, teguran itu akan sampai ke hati walaupun cara ini yang paling susah sebenarnya.

2) Berdoa dan mohon pertolongan daripada ALLAH SWT sebelum memberi teguran:
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

“Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku supaya mereka mengerti perkataanku.” (Surah Thoha, ayat 25-28)

Ia adalah doa Nabi Musa A.S ketika berdepan dengan firaun untuk memberi nasihat, berhujah dan menyampaikan dakwah.

3) Berdoa sekali lagi setelah teguran diberikan:
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Maksudnya: “…Ya Allah, berikanlah kepada kami rahmat dari sisiMu, dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami ini.” (Surah Al-Kahfi, ayat 10)

4) Bersedia untuk individu yang ditegur bertindak balas seperti marah, menyakitkan hati, memerli atau menuduh dengan pelbagai tohmahan. Pada saat ini, janganlah bersedih dan putus asa, terus mengulangi doa nombor tiga. Insya- ALLAH akhirnya teguran akan diterima.

MUSLIM hijab

Tiada salahnya memberi nasihat dan teguran, apatah lagi yang mencegah kemungkaran kerana ia amalan dan ibadah mulia.

Jika benar kita tegur kerana ALLAH SWT dan mengharapkan redha-NYA, maka kita tidak akan kecewa jika tindak balas yang diperoleh menyedihkan. Pujuklah hati:

“Janganlah kamu merasa lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, karena kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali Imran, ayat 139)

Di samping itu, Asma’ juga menitipkan pesanan buat tatapan umum yang berbunyi: “Berkata dan menulis yang baik percuma, namun ganjarannya pahala dan syurga.

“Berkata dan menulis yang keji juga percuma, namun balasannya dosa dan…Pilihan di tangan kita tergantung pada hati.”

Sumber: Facebook @@Ustazah Asma’ Harun

Foto: Pexels & Freepik