Browsing Tag

doa selepas berwuduk

doa selepas berwuduk
Ibadah,

Terbentang luas jalan ke Jannah kerana istiqamah jaga doa selepas berwuduk

Terbentang luas jalan ke Jannah kerana istiqamah jaga doa selepas berwuduk

SEBELUM solat, umat Islam harus mengambil wuduk terlebih dahulu sebagai cara menyucikan diri. Ia merupakan suatu perbuatan mulia selain salah satu sunnah Rasulullah SAW.

Malah, amalan berwuduk boleh dilakukan pada bila-bila masa tanpa menunggu masuknya waktu solat. Antara yang dianjurkan ialah mengucapkan bismillah ketika mula wuduk, membasuh anggota wuduk sebanyak tiga kali, serta membaca doa selepas mengambil wuduk.

Namun, tahukah anda antara fadilat besar di sebalik wuduk ada pada doa yang diucapkan seusai kita melaksanakan perbuatan itu?

Baca juga Solat sunat wuduk, antara amalan ahli syurga

doa selepas berwuduk

Doa yang dimaksudkan ialah doa selepas wuduk yang biasa dilafazkan masyarakat, iaitu:

Nawaitul wudu a lilahi Taala

Maksudnya: “Saya niat berwuduk kerana ALLAH TAALA.”

Ketahuilah ada kebaikan besar di sebalik amalan ringan itu. Disebutkan dalam satu hadis bahawa orang yang membaca doa selepas wuduk akan dibukakan baginya pintu syurga.

Baca juga Sentuh isteri tidak batal wuduk, digelar puak wahabi? Ustaz Azhar Idrus beri penjelasan…

Daripada Umar RA, Rasulullah SAW bersabda:

Tiadalah seorang kamu berwuduk dan memenuhi kesempurnaan wuduk, kemudian berdoa: “: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ” kecuali akan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang lapan. Dia berhak masuk dari pintu mana yang dia mahu.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasa’ie, Ibnu Majah dan al-Tirmizi)

Turut disyorkan Berwuduk di dalam tandas, perlu atau tidak lafaz niat dimulut ?

doa selepas berwuduk

SEBELUM solat, umat Islam harus mengambil wuduk terlebih dahulu sebagai cara menyucikan diri. Foto: Unsplash

Baca juga Istinsyaq, sunnah cuci rongga hidung yang dapat mencegah penyakit

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, para ilmuwan mentafsirkan maksud pintu-pintu syurga dibuka dalam hadis di atas kepada dua bahagian iaitu:

Pertama, ALLAH akan menyampaikan seseorang ke pintu tersebut dengan cara mempermudahkan dia untuk melakukan kebaikan. Boleh jadi seseorang itu akan berasa ringan untuk melakukan amal soleh, serta mudah pula menjauhi dosa dan keburukan.

Bukankah ALLAH telah berjanji bahawa orang-orang yang mempunyai tekad dan bersungguh-sungguh memenuhi kehendak agama, maka Allah akan memimpin mereka ke jalan-NYA.

“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama KAMI, sesungguhnya KAMI akan memimpin mereka ke jalan-jalan KAMI (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) ALLAH adalah beserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.” (Surah al-Ankabut, ayat 69)

Turut disyorkan Amalkan tip kesihatan ini agar mudah beribadah

KETAHUILAH ada kebaikan besar di sebalik amalan berdoa selepas berwuduk walaupun perbuatan itu nampak ringan. Foto: Unsplash

Baca juga Status wuduk bila jari ada kesan dakwat

Kedua, makna futihat (فتحت) iaitu ‘telah dibuka’ di sini bermaksud akan dibuka pada hari kiamat nanti.

Fi’il madhi atau kata kerja yang menunjukkan ‘waktu lepas’ di sini bukan bermaksud peristiwa yang telah berlalu tetapi menunjukkan penekanan dan penegasan (tahqiq) bahawa ia pasti akan terjadi.

Bermakna, ia suatu jaminan dari ALLAH bahawa DIA akan membuka pintu syurga buat orang yang memelihara kesempurnaan wuduk seterusnya melengkapkan pula ia dengan doa.

Jadi, raihlah peluang yang disediakan oleh ALLAH sekalipun kecil, semoga ia menjadi jalan kemudahan buat kita di akhirat kelak.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan & Tzkrh 

Foto: Unsplash

Terbentang luas jalan ke Jannah kerana istiqamah jaga doa selepas berwuduk