Browsing Tag

doa ketika marah

marah
Gaya Hidup,

Marah melampau hingga nyawa melayang, Islam larang perbuatan itu

Marah melampau hingga nyawa melayang, Islam larang perbuatan itu..

TULAR seorang penjawat awam maut selepas bertumbuk dengan seorang lelaki apabila dia dipercayai mengganggu isteri orang dalam kejadian depan sebuah premis di simpang empat, Kampung Sungai Hala, Machang, Kelantan, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi itu, lelaki berusia 51 tahun tersebut meninggal dunia di Hospital Machang selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Difahamkan, mangsa bertugas satu pejabat dengan isteri suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

Berdasarkan pemerhatian orang awam, pergelutan antara kedua-dua lelaki itu berlaku dalam tempoh 45 minit.

Baca Juga Redakan api kemarahan dengan melakukan empat amalan ini

Melihat situasi di atas, kedua-duanya ibarat bertindak tanpa berfikir panjang sehingga melibatkan mangsa kehilangan nyawa akibat pergaduhan tersebut.

Ketahuilah, Islam amat menegah umatnya daripada melayani sifat marah, apalagi berkelakuan baran keterlaluan.

Nabi Muhammad SAW banyak kali mengingatkan umat Baginda bahawa betapa kejinya nafsu amarah yang tidak terkawal kerana ia antara pintu digunakan syaitan dan iblis dalam menguasai manusia.

SUSPEK dibawa keluar mahkamah selepas tahanan reman dikeluarkan di Mahkamah Majistret Tanah Merah pada Isnin. 

Rasullulah SAW bersabda “Sesungguhnya syaitan menyusup dalam diri manusia melalui aliran darah.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Saat manusia marah, syaitan memasuki salur darah individu menyebabkan berlaku hilang pertimbangan akal fikiran, manakala wajah mulai merah dengan degupan jantung berlari kencang.

Baca Juga Bila rasa sedih, kesal dan marah, elakkan diri daripada cakap ‘kalau’

Tindakan itu mendorong manusia bertindak di luar kotak fikiran yang waras hingga boleh mengancam nyawa orang sekelilingnya termasuk diri sendiri.

Menurut Penasihat Darussyifa’ Semenyih, Ab Razak Mahadi, disebabkan itu, kadangkala apabila seseorang sudah reda kemarahannya, dia akan menyesali tindakan dilakukan kerana akal dan fikirannya dikawal syaitan sewaktu marah, malah boleh hilang pertimbangan.

PENASIHAT Darussyifa’ Semenyih, Ab Razak Mahadi.

“Ada dalam kalangan individu tengah marah, tidak sedar perbuatan dilakukan kerana ketika itu syaitan menguasai akal fikirannya,” katanya.

Ab Razak berkata, setiap umat Muslim perlu sedar, kegagalan mengawal kemarahan bererti tewas dengan tipu muslihat syaitan yang dilaknat ALLAH SWT.

Jelas beliau, Islam hanya membenarkan marah terhadap perkara berkaitan agama seperti apabila agama suci itu diperlekehkan atau perkara membabitkan soal haram dan halal serta suruhan dan larangan dalam syariat yang dipermainkan.

Baca Juga Enam pesanan penting Imam al-Ghazali untuk menghindar rasa marah

Terlalu banyak hadis yang memerihalkan supaya kita usah membiarkan diri daripada dikuasai nafsu amarah.

Dalam satu riwayat misalnya, ada seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah: “Berikanlah aku nasihat.” Baginda bersabda: “Jangan marah.” Maka orang itu mengulangi permintaannya tadi beberapa kali tetapi Baginda tetap menjawab: “Jangan marah.” (Hadis Riwayat Bukhari)

INGATLAH bahawa antara ciri penghuni syurga itu termasuk orang yang mampu menahan marahnya. Foto: Pexels

Dalam hadis lain, diriwayatkan pada satu ketika ada dua orang saling mencela di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang mencela lawannya dengan penuh kemarahan sehingga berubah wajahnya.

Maka, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya aku akan ajarkan satu kalimah yang jika diucapkan, akan hilang apa yang ada padanya, iaitu sekiranya dia mengucapkan: ‘Aku berlindung dengan ALLAH daripada syaitan yang direjam’.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Turut Disyorkan Jangan suka berlengah-lengah, sikap itu tiada dalam Islam

Ujar Ab Razak lagi, pengaruh persekitaran nafsu berang dalam dunia akhir zaman sekarang amat begitu juga menggoda jiwa umat Islam, tetapi mereka perlu bermuhasabah dan mencontohi Rasulullah SAW.

“Marah perlu dikawal secara holistik yang boleh dilakukan dengan doa dan mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Malah kita juga disaran memastikan hanya makan daripada sumber halal,” katanya.

Renungkanlah firman ALLAH: “Dan jika engkau dihasut sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH MAHA MENDENGAR lagi MAHA MENGETAHUI.” (Surah al-A’raf ayat 200)

pexels-andrea-piacquadio-3777565
Gaya Hidup,

Enam pesanan penting Imam al-Ghazali untuk menghindar rasa marah

Enam pesanan penting Imam al-Ghazali untuk menghindar rasa marah…

MENAHAN amarah dan mengawalnya merupakan satu sikap yang amat terpuji dan dituntut oleh Islam.

ALLAH SWT telah berfirman dalam al-Quran, tatkala menyifatkan beberapa ciri orang yang bertakwa:

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. (Surah Aali ‘Imran ayat 134)

Mufti Wilayah berkongsi satu kisah yang diriwayatkan, bahawa suatu ketika Aisyah RA pernah berada dalam keadaan yang sangat marah disebabkan sesuatu perkara. Mengetahui akan hal itu, Baginda SAW pun berkata padanya,

“Syaitan yang menggodamu sudah datang.”

Aisyah bertanya kepada Baginda SAW

“Apakah dirimu juga digoda syaitan?”

Jawab Baginda,

“Ya, namun aku selalu berdoa kepada ALLAH hingga DIA berkenan menolongku dan aku terselamat dari tipu daya syaitan. Kerana itu aku hanya menyeru ke jalan kebaikan.”

Baca Juga Bila rasa sedih, kesal dan marah, elakkan diri daripada cakap ‘kalau’

Kemudian Baginda SAW memegang hidung Aisyah dengan penuh kasih sayang seraya berbisik kepadanya dengan kelembutan,

“Wahai Uwaisy (panggilan manja nabi bagi Aisyah) bacalah doa ini, Ya ALLAH, tuhan Muhammad, ampunilah dosaku, hilangkan kemarahan dari hatiku dan lindungilah aku dari fitnah-fitnah yang menyesatkan baik yang nampak mahupun tidak. Setelah membaca doa tersebut, segeralah duduk jika sedang berdiri, atau baringlah jika sedang duduk.”

INGATLAH bahawa antara ciri penghuni syurga itu termasuk orang yang mampu menahan marahnya. – FOTO: Pexels

Begitulah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW sekiranya berada dalam keadan marah.

Menurut Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulumuddin, antara tip untuk mengatasi rasa marah yang bergejolak dalam jiwa adalah seperti berikut:

1.Menyedari bahawa pahala dari menahan rasa amarah itu sangat besar.

2.Menakut-nakutkan diri sendiri akibat yang akan diterima (berupa seksaan ALLAH) kerana ikut rasa marah.

3.Yakin bahawa ALLAH SWT lebih berkuasa mengatasi perkara itu.

Artikel Berkaitan 

4.Mengingatkan diri sendiri akan akibat, hukuman serta risiko yang akan dihadapi jika tidak mengawal marah tersebut.

5.Belajar dan memikirkan betapa buruk penampilan orang yang sedang marah sehingga wajahnya yang sedang masam nampak begitu buruk.

6.Menyedari jika sedang marah sikap seseorang seperti binatang buas. Sebaliknya jika sedang bersikap ramah lebih menyerupai para Nabi dan wali ALLAH.

syaitan aurat

MOHONLAH pertolongan ALLAH SWT dengan memanjatkan doa kepada-NYA kerana DIA adalah sebaik-baik PELINDUNG. – FOTO: Pexels

Doa menahan marah

1.Doa agar diperbaiki diri

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ وَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang MAHA HIDUP, wahai Tuhan yang MAHA BERDIRI SENDIRI (tidak perlu segala sesuatu), dengan rahmat-MU aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata.” (Hadis Riwayat al-Nasa’ie)

2.Doa agar dikurniakan kesabaran dan keteguhan

Firman ALLAH SWT:

رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah tapak pendirian kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.” (Surah al-Baqarah ayat 250)