Browsing Tag

doa elak malas

malas
Gaya Hidup,

Ada yang malas bekerja dan lesu bila beribadah? Nabi SAW sarankan doa ini dibaca setiap hari

SUDAH namanya manusia, kita memang tidak akan sunyi daripada memiliki beberapa sifat kelemahan, antaranya rasa malas.

Kebiasaannya, hujung minggu dijadikan hari bermalas-malasan duduk di rumah, terutamanya bagi pelajar dan golongan bekerja. Perasaan sedemikian dikira biasa kerana badan juga perlukan rehat selepas sibuk bertungkus lumus pada hari bekerja yang lain.

Namun, ada sejenis malas yang lebih membimbangkan iaitu malas untuk berusaha apa pun dalam hidup. Malas untuk belajar, malas untuk melakukan ibadah dan malas juga untuk berusaha mencari rezeki bak kata orang tua-tua, ‘hidup segan mati tak mahu’.

Apabila, segala yang memerlukan usaha, kerja keras dan kepenatan dirasakan membebankan, maka sifat itu disebut sebagai ‘al-Kasal’ (الكَسَلِ) sebagaimana pernah disentuh dalam satu hadis.

Jika perkataan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, ia membawa maksud malas. Tetapi sebenarnya intipati maknanya lebih mendalam, iaitu orang yang memiliki kemampuan untuk melakukan sesuatu, tetapi tidak ada dorongan motivasi untuk melakukan kebaikan.

Baca juga Zikir ketika terjaga waktu malam yang dapat menghapuskan dosa

malas

Turut disyorkan Tiga doa ini pasti dikabulkan ALLAH SWT

Lalu Rasulullah SAW menyuruh kita berdoa agar dijauhkan daripada sifat ini, yang jelas akan memakan diri sendiri.

اللَّهُمَّ إنِّي أعُوذُ بكَ مِنَ الهَمِّ والحَزَنِ، والعَجْزِ والكَسَلِ، والجُبْنِ والبُخْلِ، وضَلَعِ الدَّيْنِ، وغَلَبَةِ الرِّجالِ

Ertinya, “Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari kedukaan dan kesedihan, dari sifat lemah dan malas, dari sifat pengecut dan bakhil, dari bebanan hutang dan penindasan manusia.” (Hadis Riwayat Bukhari)

Rezeki tidak akan datang sendiri, sunnahnya ia memerlukan usaha barulah rezeki akan sampai. Dan usaha juga adalah proses yang panjang sebelum membuahkan hasil yang diinginkan.

Apatah lagi, kita sering diingatkan bahawa dunia di bumi ini hanyalah bersifat sementara. Maka, mereka yang memanfaatkan setiap saat di dunia dengan menyibukkan diri mengumpul amal soleh dan membantu ummah adalah golongan yang paling beruntung.

Sumber: Tzkrh 

Foto: Pexels