Browsing Tag

doa belajar

doa belajar
Gaya Hidup,

Usah risau, amalkan doa ini apabila belajar perkara yang susah

Usah risau, amalkan doa ini apabila belajar perkara yang susah…

CUBA diingatkan kembali pada zaman anda masih di bangku sekolah. Pasti ada mata pelajaran yang anda suka kerana ia senang difahami.

Sebaliknya ada sesetengah subjek anda kurang gemari kerana tidak kira beberapa kali anda mempelajarinya, ia seolah-olah tidak ‘melekat’ di kepala.

Tetapi, walau apapun yang dipelajari, begitulah proses pembelajaran. Ada sesetengah perkara kita faham, namun ada juga hal yang mengambil lebih banyak masa untuk menjadi mahir.

Baca juga Doa dijauhkan daripada 4 jenis ilmu yang tidak bermanfaat

USAH khuatir ketika mempelajari sesuatu perkara susah kerana Rasulullah SAW ada mengajarkan satu doa bagi mempermudahkan urusan itu. Foto: Pexels

Baca juga Adab merupakan syarat penting dalam menuntut ilmu, ini penjelasannya

Dinukilkan daripada artikel Tzkrh, ada satu doa yang diajarkan Rasulullah SAW apabila mempelajari suatu perkara yang susah.

Daripada Anas RA, Rasulullah SAW bersabda:

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً

(Allahumma la sahla, illa ma ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna idza shi’ta sahla)

Ertinya: “Ya ALLAH! Tiada kemudahan kecuali apa yang ENGKAU jadikannya sebagai kemudahan. Dan ENGKAU lah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika ENGKAU kehendaki dengan kemudahan.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban, Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-Kabir)

Doa tersebut mengingatkan kita bahawa ALLAH MAHA BERKUASA menjadikan sesuatu perkara itu mudah. Tidak ada satu hal pun yang terlalu sukar dan mustahil bagi-NYA.

Turut disyorkan Hendak gali ilmu, jangan semberono pilih guru

DALAM masa sama, berhati-hati juga terhadap jenis ilmu yang tidak baik di luar sana. Foto: Pexels

Turut disyorkan Taliban larang wanita belajar di IPT, tetapi Islam mewajibkan mereka menimba ilmu

Oleh itu, jika anda sukar untuk mempelajari sesuatu benda, pohonlah doa daripada ALLAH SWT agar urusan berkenaan dipermudahkan serta diberikan kefahaman kepada kita.

Dalam masa sama, ketahuilah Islam sangat menganjurkan umatnya menimba ilmu bagi meningkatkan kefahaman terhadap sesuatu perkara.

Malah, dalam sebuah hadis daripada Abu Daud, dikhabarkan malaikat serta ikan di laut akan mendoakan orang yang menuntut ilmu.

Justeru, jika ia dipelajari dengan niat yang betul dan menuruti ajaran Islam, nescaya ilmu itu akan diberkati serta dipermudahkan oleh ALLAH SWT.

Baca juga Berhimpun di majlis ilmu tanda mensyukuri nikmat ALLAH

doa belajar

SESETENGAH perkara kita faham, namun ada juga hal yang mengambil lebih banyak masa untuk menjadi mahir. Foto: Pexels

Baca juga Ini hukumnya apabila kita ‘berguru’ dengan media sosial

Antara adab belajar dalam Islam seperti yang digariskan portal Mufti Wilayah Persekutuan adalah:

1. Belajarlah kerana ALLAH. Dengan niat yang ikhlas, barulah ada keberkatan dalam ilmu yang dituntut.

2. Menuntut ilmu bukan untuk mencabar ulama dan sebagainya tetapi semata-mata ingin membawa kepada perasaan takut kepada ALLAH.

3. Tiada kerehatan serta sanggup berpenat lelah dalam usaha menuntut ilmu. Pesan seorang ulama’ tabi’in, Abu Nasr Yahya al-Yamani, ‘Seseorang itu tidak mampu menguasai ilmu dengan kerehatan tubuh badan.’

Semoga perkongsian kali ini berguna untuk amalan para penuntut ilmu di luar sana

Sumber: Tzkrh 

Foto: Pexels

Usah risau, amalkan doa ini apabila belajar perkara yang susah…