Browsing Tag

diziarahi

golongan patut diziarahi
Gaya Hidup,

3 golongan patut diziarahi pada musim raya ini

3 golongan patut diziarahi pada musim raya ini

UMUM mengetahui bahawa sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia diraikan sepenuhnya sepanjang sebulan bulan Syawal.

Ketika ini, umat Islam akan mengambil kesempatan menziarahi sanak saudara dan rakan-rakan serta menganjurkan rumah terbuka, terutamanya pada hujung minggu sepanjang Syawal.

Di sisi agama, amalan itu begitu digalakkan kerana mampu memelihara silaturahim dan menjaga hubungan sesama Mukminin.

Namun, dalam kemeriahan ziarah-menziarahi dan menyambut musim raya, jangan lupa juga menyantuni tiga golongan ini sebagaimana dipetik menerusi portal Tzkrh.

Baca juga Beraya pun ada waktu-waktunya, elakkan 3 masa larangan berziarah ini

golongan patut diziarahi

Baca juga Bolehkah tuan rumah menolak tetamu yang datang ziarah lewat malam?

1.Saudara-mara.

Dalam Islam, perbuatan menghubungkan silaturahim sangat diutamakan. Yang dimaksudkan dengan silaturahim pula adalah hubungan dengan sanak saudara yang mempunyai pertalian darah dengan kita.

Justeru, ambil peluang mengeratkan hubungan silaturahim dengan saudara-mara dengan menziarahi mereka di musim perayaan ini.

Daripada Anas bin Malik, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang suka untuk dimurahkan rezekinya, dan dipanjangkan umurnya, maka hubungkanlah silaturahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

golongan patut diziarahi

ADA fadilat besar mengunjungi orang yang sedang sakit. Foto: Pexels

Baca juga Ikhlaskan hati, usah mengeluh menjaga orang sakit kerana ganjaran besar menanti

2.Orang sakit.

Selain itu, orang yang tidak sihat dan ditimpa sakit juga antara golongan yang perlu diziarahi khususnya ada musim perayaan ini. Bahkan melawat saudara seagama yang sakit merupakan salah satu tanggungjawab yang perlu dipenuhi setiap Muslim.

Sabda Nabi Muhammad SAW: “Hak seorang Islam ke atas seorang Islam yang lain ada enam. Sahabat bertanya: “Apakah perkara tersebut wahai Rasulullah?” Baginda menjawab: “Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam. Apabila dia menjemput kamu, maka terimalah jemputan tersebut. Apabila dia meminta nasihat, maka berilah kepadanya nasihat. Apabila dia bersin, maka ucapkanlah rahmat ke atasnya. Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia dan apabila dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya sehingga ke kuburnya.”(Hadis Riwayat Muslim)

Baca juga Hendak raya rumah orang pun kena berjemput ke? Ketahui pandangan Islam dalam hal ini

AMALAN berziarah di musim raya membuka peluang untuk kita meraikan pelbagai kelompok umat Islam. Foto: 123RF

Baca juga Orang Melayu Malaysia bersungguh benar beraya sampai sebulan, tapi apa kata Islam?

3.Golongan fakir miskin.

Selain saudara-mara dan handai taulan, tidak salah juga untuk kita turut menziarahi golongan kurang berkemampuan seperti orang fakir miskin dan anak-anak yatim.

Secara tidak langsung, dengan menyantuni golongan-golongan tersebut menerusi pemberian sedikit duit raya atau menganjurkan jamuan makan, dapatlah mengurangkan beban dan rasa sunyi yang mungkin ada pada mereka.

Ingatlah, amalan berziarah pada musim perayaan bukan hanya untuk bergembira dan bersuka ria bersama orang-orang yang kita rapat, bahkan ia juga demi meraikan umat Islam daripada pelbagai kelompok.

Sumber: Tzkrh 

Foto: 123RF & Pexels

3 golongan patut diziarahi pada musim raya ini