Browsing Tag

ditikam

imam ditikam
Antarabangsa,

Imam cedera ditikam ketika menunaikan solat Subuh dalam masjid di Amerika Syarikat

SEORANG imam cedera apabila ditikam ketika menunaikan solat Subuh dalam sebuah masjid di Paterson, New Jersey, Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap masjid, Abdul Hamdan memberitahu CNN bahawa kejadian itu berlaku pada imam Sayed Elnakib sekitar jam 5.30 pagi di Masjid Omar semasa jemaah sedang rukuk ketika solat.

“Suspek sedang menunaikan solat apabila dia tiba-tiba menerjang ke hadapan dan menikam imam dengan pisau beberapa kali,” katanya.

Baca juga Semakin banyak masjid di Amerika dibenarkan laungan azan

imam ditikam

Baca juga Ramadan diraikan penuh meriah di London

Ujar Hamdan, setelah itu suspek cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya setelah disekat oleh jemaah yang menahannya sementara menunggu pihak polis tiba.

Walaupun terdapat lebih 200 jemaah di masjid ketika insiden berlaku, namun tiada sesiapa yang mengenali suspek.

imam ditikam

POLIS baru mengesahkan suspek sebagai lelaki berusia 32 tahun bernama Serif Zorba. Foto: Kevin R. Wexler/NorthJersey.com

Baca juga Kuwait larang imam baca al-Quran guna telefon bimbit semasa solat berjemaah, ini tatacara sebenar melihat mushaf ketika solat

Dalam pada itu, jurucakap tersebut menjelaskan kejadian terbabit hanya satu kes terpencil. Hamdan turut berkata, masjid akan terus dibuka selain menjamin keselamatan para jemaah yang hadir.

Selain itu, Datuk Bandar Paterson, Andre Sayegh sempat melawat Imam Sayed yang sedang dirawat di Pusat Perubatan Universiti St. Joseph. Menurutnya, imam berkenaan dalam keadaan stabil.

DATUK Bandar Paterson, Andre Sayegh. Foto: Kevin R. Wexler/NorthJersey.com

Turut disyorkan Lebih 200 jemaah ditahan selepas diserang secara agresif dalam serangan Masjid al-Aqsa

Dalam sebuah sidang diadakan pada Ahad, Sayegh turut memuji usaha jemaah yang berjaya menangkap penyerang terbabit. Beliau mengumumkan akan meningkatkan kehadiran polis di sekitar masjid Omar.

“Kami menghargai usaha jemaah yang berjaya menahan penyerang. Di samping itu, kami ingin meyakinkan para jemaah dan keluarga bahawa akan ada peningkatan dari segi kehadiran polis di masjid.

“Pihak kami memandang serius terhadap perkara ini. Kita sekarang berada dalam bulan paling suci mengikut kalendar Islam. Jadi, kami ingin memastikan keselamatan semua jemaah supaya mereka tidak rasa takut diserang ketika beribadah,” ucap Sayegh.

imam ditikam

MASJID Omar akan dipantau oleh pihak polis sepanjang bulan Ramadan ini untuk mengelakkan kejadian serupa berulang. Foto: Kevin R. Wexler/NorthJersey.com

Baca juga Klinik sumbangan rakyat Malaysia antara yang terjejas akibat keganasan zionis Israel

Menurut pihak peguam negara, kes tikam itu masih dalam siasatan oleh Pejabat Pendakwa Daerah Passaic setelah mengambil alih Jabatan Polis Paterson.

Memetik laporan Biro Banci AS, Paterson mempunyai lebih daripada 150 ribu penduduk. Bandar itu juga antara kawasan dengan kepadatan masyarakat Islam tertinggi di negeri New Jersey.

Sumber: CNN

Foto: Kevin R. Wexler/NorthJersey.com

Imam cedera ditikam ketika menunaikan solat Subuh dalam masjid di Amerika Syarikat