Browsing Tag

dengki dibolehkan dalam Islam

ghibtah
Gaya Hidup,

Ghibtah – Dua keadaan HASAD yang dibenarkan

Ghibtah, dua keadaan hasab yang dibenarkan…

TIADA sesiapa pun yang boleh mengatakan bahawa dirinya maksum bebas daripada segala perkara negatif kerana lumrah menjadi manusia, kita semua tidak sempurna.

Antara perkara buruk yang manusia perlu berdepan ialah penyakit hasad. Ia merupakan satu penyakit hati yang sekiranya tidak diurus dengan baik akan menyebabkan diri seseorang terjebak dalam perkara dilarang oleh ALLAH SWT dan mendapat dosa.

Hasad secara mudahnya boleh difahami dengan makna iri hati atau seseorang yang tidak boleh melihat sesuatu nikmat itu dirasai oleh orang lain.

Baca juga Tak guna buat baik kalau ada sifat hasad dengki

ghibtah

Baca juga Ubati segera penyakit hati, jangan dibiarkan melarat kelak menyusahkan emosi dan fizikal

Orang yang memiliki hasad berharap agar sesuatu nikmat yang dirasai oleh orang lain itu segera hilang dan sebaliknya, kebaikan itu dirasai oleh dirinya sendiri.

Bahkan, sekalipun nikmat yang hilang daripada orang lain tersebut tidak berpindah kepada diri orang yang berhasad, dia tetap mengharap orang yang menerima nikmat tersebut tidak terus menikmatinya.

Hasad bukan sahaja berada dalam hati, malah ia turut boleh dijelmakan menerusi tindakan. Orang yang tidak dapat mengawal hasad dalam diri akan berusaha melakukan perbuatan yang boleh mengakibatkan orang lain teraniaya.

Begitulah buruknya hasad dalam diri. Orang yang memiliki hasad tidak memahami atau sengaja tidak faham tentang betapa luasnya nikmat ALLAH dan hanya DIA berhak menganugerahkan rahmat-NYA.

ghibtah

HASAD berlaku apabila dirasakan iri hati terhadap nikmat diperoleh seseorang dan dalam masa sama, berharap kebaikan itu akan ditarik daripada individu tersebut.

Turut disyorkan Kita tak boleh kawal mulut orang, sebaliknya bacalah doa ini apabila dicaci maki

Dua keadaan hasad dibenarkan
Sebenarnya, ada keadaan yang dikaitkan dengan hasad namun ia tidak mendatangkan dosa. Istilah itu dikenali sebagai ghibtah yang dapat difahami sebagai perasaan iri hati atas nikmat yang diterima oleh orang lain dan menginginkan nikmat yang sama diterimanya.

Namun apa yang membezakannya dengan hasad adalah ghibtah tidak disertai dengan harapan mahupun tindakan agar nikmat tersebut hilang daripada orang lain.

Sebaliknya, ghibtah dalam diri itu dijadikan pembakar semangat agar seseorang itu berazam dan berusaha mendapatkan nikmat yang sama tanpa memudaratkan orang lain.

Baca juga ‘Orang tak suka dekat kita’, Ustaz Abdullah Khairi kongsi tips agar disenangi ramai

SENTIASA berdoa kepada ALLAH meminta perasaan hasad yang tidak elok dikikiskan daripada hati kita.

Sabda Rasulullah SAW: “Perasaan hasad itu dilarang kecuali pada dua perkara iaitu dengki terhadap seseorang yang ALLAH kurniakan kepadanya harta dan dia membelanjakannya pada jalan kebenaran serta seseorang yang dikurniakan hikmah (ilmu) dan dia berhukum dengannya dan mengajarkannya (kepada orang lain).” (Muttafaq ‘alaih)

Menurut Ibnu Hajar al-‘Asqalani, hadis tersebut menggambarkan bahawa hasad hanya dibenarkan dalam dua keadaan yang dinyatakan oleh baginda Nabi.

Justeru, istilah ‘hasad’ yang terdapat dalam hadis tersebut merujuk makna ghibtah iaitu keinginan untuk memperoleh nikmat seperti orang lain, tanpa wujud perasaan ingin melihat nikmat tersebut ditarik balik daripada orang lain.

Justeru, marilah kita berusaha untuk menjadi orang yang bebas daripada hasad dalam diri. Sebaliknya, yang perlu ada dalam diri hanyalah sifat ghibtah untuk memperbaiki diri agar dikurniakan nikmat-NYA seperti orang lain tanpa melakukan dosa.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Foto: Google